Bab 18
Sekolah Menengah North Vista
Rina menelek gambar-gambar dari album kecil. Album itu mengandungi gambar-gambar zaman kanak-kanak aku dan adik-beradik aku yang lain. Dia ketawa kecil apabila ternampak gambar aku dan Anisah memeluk Huda.
"Comelnya! Lainnya muka akak....."
"Mana ada lain, sama je."
Aku merampas album itu dan terus membeleknya lagi. Dan apabila aku ke halaman yang seterusnya, Rina terkejut.
"Ya Allah kak, Ameerais ke tu?"
Aku mengangguk sambil mengagumi gambar itu. Dia sedang berdiri di sebelah diriku. Di belakang kami pula adalah landskap Genting Highlands. Memang indah. Waktu itu kami sedang menunggu bas untuk pulang ke hotel kami, The Royale Bintang.
People change. Photographs and memories don't.
Maka terbuktilah teori itu. Banyak yang telah berubah sebenarnya. Ameerais yang bersuara kecil telah bertukar kepada Ameerais yang bersuara garau. Ameerais yang dahulunya ceria dan peramah telah bertukar kepada Ameerais yang sombong dan tidak banyak berbual.
Kalaulah kami mesra macam dulu...
Rumah Ameerais
Seminggu selepas Kuala Lumpur
Ameerais merenung skrin komputer ribanya. Dia bagaikan hilang nikmat untuk berbicara. Dia kaku.
Amelia kini bersama dengan lelaki itu? Ini tidak adil! Aku yang inginkan dirinya dahulu! Ameerais meraup. Jelek dengan kemesraan yang ditunjuk oleh lelaki itu di Twitter, dia memutuskan untuk mematikan laptop itu.
Amelia..... Kenapa kau jatuh ke tangan orang lain walaupun kau tahu aku memang ada menyimpan perasaan untuk kau?
Sekolah Menengah North Vista
"Kak.... Ni la perempuan yang Mickey Mouse suka tu," ujar Sabrina sambil menunjukkan gambar seorang gadis berusia empat belas tahun itu.
"Apa nama dia?"
"Shahindah Alia."
Namanya seakan-akan sama seperti wanita yang Ameerais suka itu..... Tunggu. Mungkin cinta. Ya. Aku tersenyum pahit.
Disini jua memori tercipta walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis semuanya bagiku terindah ku ingati buat selama-lamanya.........
Lagu Memori Tercipta dendangan penyanyi favorit aku, Shila Amzah begitu memahami diriku kini..... Aku menghadiahkan Rina sebuah senyuman pahit lagi.
Seketika dahulu
"1, 2, 3 terjun!"
Mereka terjun sebelum memanggilku untuk turut turun ke 'dalam'. Aku memang sudah lengkap dengan sut renangku tetapi masih lagi ragu-ragu dengan ketinggian (atau kedalaman) kolam renang itu. Eh ada ke perkataan kedalaman?
"Ain turun la sini.... Tak dalamlah, Abang dah try!"
Aku tersengih. Kakiku masih kaku, melekat di atas kerusi yang disediakan pihak hotel Royale Bintang itu. Ameerais masih lagi ingin mencuba nasibnya, dia 'memanjat' keluar dari kolam renang itu. Dia mendekatiku.
"Ain degil kan? Kalau tak boleh pakai cara baik then Abang pakai cara kasar......"
Ameerais kemudian memanggil Anisah, Amsyar dan Rahimi untuk menarikku ke dalam kolam renang itu. Aku tiada pilihan melainkan untuk sama-sama terjun bersama mereka walaupun telah banyak kali aku berkeras berkata tidak.
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasiaTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...