Bab 9
Masa Kini, Rumah, Seng Kang, Singapura
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana ruang hati untuknya
Yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang ke dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
Bait lagu Andai Ku Bercinta Lagi oleh kumpulan Mojo bagai tersemat kemas di dalam hatiku. Lagu itu sedang dimainkan di radio Era, radio nombor satu di Malaysia.
Ya, nama saja aku rakyat Singapura. Tetapi jiwaku ini bagai tertinggal di Malaysia.
Suara Dina Nadzir menandakan bahawa lagu itu sudah tamat.
"Era kini hanya memainkan muzik hit yang terbaik! Baiklah anda bersama saya Dina Nadzir dan saya ada beberapa hadiah untuk dimenangi oleh pendengar-pendengar semua. Ada dua tiket ke konsert Yuna di Pulau Pinang dan kata kuncinya adalah Welcome home Yuna. Baiklah anda boleh call saya di 03-244579 sekarang!"
Berutung siapa yang dapat tiket tu kan.Hah, aku takkan dapat punya. Desis hatiku. Ha'ah matikan radio ni pun cantik.
Jam di dinding menunjukkan pukul 4.45 petang. Bosan sungguh. Apa yang aku harus lakukan? Nak kata solat Asar, tadi aku dah buat. Aku merenung ke arah Umi yang sedang ralit memakai telefon bimbitnya itu.
Umi yang sedar dirinya diperhatikan menoleh ke arahku.
"I stalked him. And guess what? He passed his driving theory."
"What? You stalked him?!" ujarku separuh menjerit.
"Ya. And I liked all his photos on Instagram. Abih dia cute sangat! Anyway my daughter do have a good taste," usik Umi sambil memaut daguku dan berlalu keluar.
Dia meninggalkanku keseorangan di bilik terlopong dengan apa yang baru sahaja dia beritahuku.
Ya ALLAH, mana nak letak muka aku ini? Macam mana aku nak hadapinya nanti?
Masa Kini, Sekolah Menengah North Vista, Singapura
"Mesti tak ada apa-apa la kak," ujar Rina yang berada di sebelah kananku.
Nadirah di sebelah kiriku hanya diam membisu. Kami sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.
"Tak ada apa-apa? Karang silap hari bulan dia ingat akak syok gila kat dia sampai nak like semua gambar dia kat Instagram tu. Ya Allah muka ni nak letak kat mana ni Rina, Dirah?"
"Relaks la Ain. Kau buat muka macam biasa okey? Anggap aje insiden itu tak pernah happen," ujar Nadirah.
"Dahlah, kau nak sedih buat apa. Sepatutnya kau happy. Dia dahlah pass driving theory dia tu. Nanti senanglah kau, dia boleh ajak kau jalan-jalan. Drive pergi KL pun tak apa."
Rina hanya mengangguk dengan kata-kata Nadirah.
"Yela, Mrs Minho!" ujarku dengan nada usikkan, cuba untuk menyembunyikan pipi yang sudah berubah warna.
"Diamlah Mrs A!" serentak Rina dan Nadirah membalas.
Aku sudah tersipu-sipu. Pandai kenakan aku ya?

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasíaTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...