Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 11

483 8 0
                                    

Bab 11

Seketika dahulu, White Sands, Starbucks

"So memang Zemi sanggup tinggalkan Ain sebab Fitri?"

Zemi hanya diam tertunduk.

"Okay fine Zemi, thats it. Thanks for hurting me. Thanks for breaking your promise, saying that you wont hurt me like all the previous guys in my life did. Thank you." ujarku dalam nada sebak. Beg tangan aku itu aku capai dan terus berlalu pergi.

Hati yang sakit ini perlu dirawat. Air mata yang tadinya aku tahan akhirnya merembes keluar.

ZEMI hanya mampu melihat kelibat Ain pergi. Dia tahu dia telah melukakan Ain tetapi dia tidak mahu kehilangan Fitri. Tetapi itu tidak bermakna dia juga sanggup kehilangan Ain.

Maafkan Zemi, Zemi tahu Zemi memang tidak sepatutnya tinggalkan Ain macam gitu. Zemi masih ingat janji yang Zemi dah buat dekat Ain dulu, tapi.... Zemi juga sayangkan Fitri.

Zemi meraup mukanya dan kali ini dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Masa Kini

Telefon bimbit Samsung Galaxy Ace 2 itu aku capai. Baru sahaja aku rasakan gegaran yang datangnya daripada handphoneku itu. Aku membuka peti masuk SMS aku itu.

Goodmorning sayang. <3 <3 <3

Aku terlopong. Meluatnya aku baca, Ya Allah. Kau dah tinggalkan aku untuk setahun sekarang baru nak datang balik? Aku pun masih ada harga diri okey.

Aww, goodmorning too honey!

Hampir saja aku muntah membalasnya. Memang SMS yang aku balasnya itu tidak ikhlas. Kalau sekali sekala sakitkan hati Zemi tak apa kan?

Aku tersenyum sinis sambil meletakkan telefon bimbitku kembali ke dalam beg tangan Louis Vuitton milikku dan terus menelek penampilanku lagi di hadapan cermin.

Songket purple menjadi pilihanku pada hari ni. Dan khabarnya kami akan ke rumah Uncle Deen, salah satu kawan rapat Abah. Memang rapat dengan Cik Maseri juga.

Entah mengapa aku rasa seperti aku akan bertemu dengan Ameerais lagi. Ah, itu hanya perasaan kau sahaja Ain, semalam kan baru jumpa? Desis hatiku.

Aku mencapai patent heel aku yang berwarna hitam dan tingginya empat inci dan terus memakainya. Oh, sungguh feminin.

Malam Hari, kediaman Uncle Deen

Dan akhirnya sampai juga kami di rumah Uncle Deen. Seharian kami sekeluarga berjalan raya dan penatnya tidak terkira. Rumah Uncle Deen adalah penutup untuk hari ini. Dan selalunya kami akan melepak di sini sampai lewat malam dan kadangkala sampai Subuh. Pelik bukan? Memang dah tradisi mereka.

"Orang jauh dah sampai!" ujar Cik Liza, isteri kepada Uncle Deen. Dia menyambut kedatangan kami sekeluarga.

Aku pun menyalaminya dan terus masuk ke dalam rumahnya. Mataku pula bertemu dengan Kak Diyana, anak kepada Uncle Deen. Kami agak rapat juga, dia banyak memberiku nasihat.

Aku pun terus mendapatkannya dan kami berpelukan. Lama benar aku tidak bertemu dengannya.

"Duduklah," ujarnya apabila pelukan kami terlerai.

Aku hanya menurut. Dan selepas itu kami berdua berbual, mengongsi kisah.

Empat bulan yang lalu, McDonald's Bukit Bintang, Kuala Lumpur

"Happy Birthday Umi!" ujar Huda sambil mencium pipi bersih Umi. Abah di sebelah juga membuat benda yang sama. Umi hanya tersipu-sipu kerana banyak mata yang sedang memandang mereka.

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now