Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 8

583 11 0
                                    

Bab 8

Masa Kini, Singapura

Aku merenung frasa itu kembali. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu.. Dah empat bulan. Empat bulan aku tinggalkan kota metropolitan itu. Empat bulan aku merindui seseorang. Empat bulan aku memendam rasa. Sanggupkah akuh menahan perasaan ini? Perasaan rindu yang menebal di dalam hati ini. Tetapi apakah dia di sana merasakan yang sama?

Bilik aku itu aku renung. Bayangkan, kenanganku bersamanya pun ada di dalam bilik tidurku. Terlalu banyak. Kalaulah masa boleh berulang, akanku pulang ke zaman kanak-kanakku. Dan ya aku tidak boleh menafikan yang Ameerais banyak membesar denganku.

Sungguh aku tidak boleh dapat melupakan insan yang bernama Ameerais ini. Mengapa begitu susah untuk aku melupakannya?

Kamera DSLR itu aku capai. Cuba mengimbas kembali memori kami bersama...

Kuala Lumpur, 4 bulan yang lalu, KLCC

"Ain, tak nak masuk Uniqlo ke?" tanya Anisah sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah butik Uniqlo.

Aku hanya menggelengkan kepala.

Anisah yang sedang memakan yogurt menghulurkan cawan yogurt itu kepadaku.

"Kenapa?"

"Alaa, pegangkan la. Sayang Ain." ujarnya sebelum tersenyum dan mengikut abang long dan ayahnya ke dalam butik itu.

Kini hanya tinggal keluargaku dengan Cik Aisyah. Amsyar dan Rahimi pulang ke hotel bersama Cik Sani kerana kepenatan. Mereka akan hanya mengikuti kami pada waktu malam. Dan kini Ameerais keseorangan sahaja. Tiada teman.

"Kita pergi jalan-jalan dulu la." ujar Umi kepada Cik Aisyah yang sedang memakan biskut Famous Amos.

"Lebih baik lah kalau macam gitu. Ni anak beranak shopping entah bila habis," ujarnya sambil memberi isyarat supaya kami berkumpul di sini semula.

Umi hanya mengangguk.

"MANA Lan sekeluarga?" tanya Cik Maseri sebaik sahaja beliau keluar dari butik baju itu.

"Dia orang jalan-jalan dulu, ye la, tunggu kau orang habis lambat sangat," balas Cik Aisyah.

Cik Maseri memandang Cik Aisyah dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Abah didail.

"KAU dah habis shopping eh? Okay ah aku datang sana sekarang," ujar Abah.

Abah memandangku dan memberi isyarat supaya aku membuat bayaran secepat mungkin. Aku hanya mengangguk dan mengeluarkan beberapa keping nota biru dan merah dari saku jeans aku.

Tak sabar rasanya untuk aku memakan Roti Boy yang baru sahaja aku beli.

HATIKU berdegup kencang. Rambutku terasa seperti melayang, seperti aku di tepi pantai dengan angin yang bersepoi-sepoi. Jantungku seperti ingit melompat keluar daripada tempat asalnya. Ya, mata aku sedang bertaut dengan mata Ameerais Maseri.

Ya, aku seperti berada di awangan. Aku sedang terbang, ya seperti rama-rama.

Kenapa terasa macam terlalu lama nak sampai ke Anisah eh? Kenapa macam slow motion aje semua? Detik hatiku. Dan yang peliknya, kawasan basement KLCC itu sesak dengan orang. Orang-orang yang sedang berjalan itu seakan hilang. Aku hanya nampak Ameerais dan Anisah sahaja. Ya aku ingin ke Anisah. Ameerais berada dibelakangnya, ya. Kenapa dia memandang aku dengan begitu sekali?

"AIN! Ain pergi mana tadi?" ujar Anisah, menghentikan babak itu. Aku terus kembali ke realiti dan ya, kelihatan Ameerais pun begitu juga. Anisah hanya mencebik apabila dia tersedar bahawa aku tidak membalas soalannya.

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now