Bab 14
Masa Kini
"Tak apa, Ain dah okey, Nisah janganlah buat muka bersalah macam gitu."
Anisah memandangku. Dia kemudian tersenyum hambar. Dan tangannya mula menlingkari pinggangku.
Aku menunjukkan muka fobiaku.
"Nisah janji Nisah takkan cuit pinggang Ain lagi," ujarnya.
Aku hanya tersengih. "Baik bos!"
CIK AISYAH tersengih dengan gurauan Ameerais. Masakan tidak, anak bujangnya itu terlalu petah bercakap dengan Cik Ros. Yang hairannya, anak bujangnya itu hanya membuka mulut bila Ain dan Anisah tiada. Pelik.
"Along ni pun... gelak tu gelak juga. Makan kuih tu betul-betul, nanti terbegik baru tahu!" ujar Cik Aisyah sambil menepuk lembut bahu anak bujangnya itu.
"Tahulah bu.... By the way, suji Cik Ros sedap!" ujar Ameerais sambil memandang ke arah Umi.
Umi hanya tersipu-sipu di situ.
"Nanti Cik Ros bungkus kan sikit untuk Meerais okey."
Ameerais mengangguk, tersenyum sambil menunjukkan dua ibu jarinya kepada Umi.
Beberapa jam kemudian
"Okey, jom balik. Ada lagi satu rumah kita nak kena pergi ni," ujar Cik Maseri.
"La, nak balik dah?" ujar Abah.
"Balik dulu la Lan. InshaAllah lain hari kitaorang datang lagi," ujar Cik Maseri sambil menghulurkan tanganny kepada Abah. Abah menyambut salam itu dengan anggukan.
"Along, Angah, bangun. Nak balik," ujar Cik Maseri lagi apabila memandang dua anak bujangnya tidur di atas sofa di ruang tamu itu.
Amsyar bangun, sambil meraba-raba matanya. Cik Maseri cepat mencapai tangan Amsyar supaya dia berdiri. Ameerais masih terbaring lagi.
"Nak kena panggil Anisah kejutkan, baru dia bangun. Hah, itu dia Cik Anisah kita," ujar Cik Aisyah sambil tergelak.
Anisah yang baru sahaja keluar daripada bilik bersamaku mula berjalan ke arah sofa itu.
"ALONG, BANGUN!!!!!!!!"
AMEERAIS tersentak dan terus bangun. Dia meraba matanya. Semua mata sedang merenungnya kini. Malunya, desis hatinya.
"Lain kali kalau nak tidur, tidur aje kat dalam bilik Ain, macam tak biasa pula," ujar Umi, dalam nada gurauan. Ameerais hanya tersenyum sahaja.
"Okeylah Lan, kita orang balik dulu. InshaAllah kalau ada masa kita datang lagi," ujar Cik Maseri sambil bersalaman dengan Abah. Umi ke dapur untuk mengambil bungkusan Suji untuk Ameerais dan aku berpelukan dengan Anisah.
"Takecare, love you, Princess. Jaga tu kepala." ujar Anisah. Aku hanya tersenyum.
"Love you too."
Empat bulan yang lalu, Dataran Putrajaya
"Panasnya, tapi berangin. Jom duduk kat sana." Aku menoleh ke arah itu. Kini kami sedang menunggu Cik Ning dan juga Cik Sani yang masih membeli-belah di kedai cenderahati di aras satu di Dataran Masjid Putra.
"Ain cuba tengok kat Along tu. Tak habis-habis dengan komik Archie dia tu," ujar Anisah.
Aku hanya ketawa. "Dah dia suka kan. Daripada kecil pun kan? Ain ingat lagi, dia pernah cerita kat Ain yang dia memang suka baca komik macam gitu."
Giliran Anisah pula yang ketawa. "Tak sangka kan yang kita ni dah besar. Sekejap je masa berlalu kan?"
Aku tersenyum pahit. Aku menoleh pula ke arah lantai. Kemudian aku toleh ke Anisah.
"Nisah ingat lagi tak bila kita sama-sama pergi Genting?"
Anisah mengangguk sambil tersenyum.
"SORRY lambat. Okey jom, kita nak pergi mana lepas ni? Aku lapar." ujar Cik Sani kepada Cik Maseri.
"Alamanda. Kau ikut Lan. Lan, kau jalan dulu okey?"
Abah hanya mengangguk.
PUSAT MEMBELI-BELAH ALAMANDA, PUTRAJAYA
"STOP. Im so visiting this shop," ujarku kepada Umi apabila kami berhenti di hadapan kedai buku MPH.
"Tak payahlah, nanti semua kena tunggu kita," ujar Umi.
Aku memekakkan telinga dan terus melangkah masuk ke kedai itu.
Novel-novel di rak-rak situ bagaikan emas dan berlian buatku. Perasaan ghairah itu hadir serta-merta. Memang susah kan nak cari tempat yang jual banyak novel-novel begini di Singapura?
Aku rakus memilih buku sehingga tidak sedar ada sepasang mata sedang merenungku di sebalik dinding kaca di kedai buku itu.
Sepasang mataku bertembung dengan Ameerais, lagi. Dia kalut mengalihkan pandangannya. Dia cuba berbual dengan Rahimi yang berhampiran. Sungguh pelik. Aku hanya tergelak sambil menoleh ke rak-rak belakang pula. Pelik sangatkah aku sampai dia perlu merenung aku sebegitu? Tetapi renungannya semalam cukup untuk membawa aku ke alam fantasi, sehingga aku termimpikannya.
Haruskah aku percaya pada theori 'Jika kamu termimpi tentang seseorang, maka orang itu memikirkan tentang diri kamu sebelum tidur'? Tetapi kenapa mataku sering bertemu dengan matanya? Kenapa? Kenapa juga aku sudah mula merasa rindu kepada dirinya?
Sanggupkah aku menaruh harapan pada dirinya? Sanggupkah aku membiarkan diriku dikecewakan? Apa yang patut aku harapkan, mata kami yang bertaut. Tetapi hati? Aku tidak menafikan bahawa aku sudah mula membuka pintu hati ini untuknya. Tetapi hatinya pula? Hanya Allah sahaja yang tahu.
"Ain nak beli ke semua buku-buku tu?" ujar Umi sambil merenung ke arah tanganku yang penuh dengan novel-novel.
Aku tersengih. "Kalau bolehlah, nak semua ni."
Umi menjeling. "You can only choose one. Not more than that."
"Fine. I shall buy none then," ujarku sambil melangkah keluar.
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasiaTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...