Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 16

380 6 0
                                    

Bab 16

Perhentian Machap

"Astaghfirullahalazim lagi! Kantoilah aku gini!" ujar Ameerais sambil melihat kelibat Ain dan Anisah pergi ke tandas.

"Kantoi apa bang, dah sah dah abang ni memang sukakan Ain tu kan? Tak payah nak deny la abang. Lagipun abang dengan Ain kan dah lama kenal, sejak kecil dulu... " usik Sufian lagi.

"Apa kau merepek la! Dah dah pergi main sana, jangan kacau aku!" ujar Ameerais lagi. Rahimi dan Sufian terus ketawa.......

Tandas Awam

"NISAH dah habis ke belum?" ujarku.

"Soon, I'm coming!"

"Nanti kena tinggal baru tahu!"

"Dah, dah habis dah!"

Anisah mencebik. Aku hanya tersenyum sambil membelek penampilanku di cermin tandas itu.

Seketika dahulu, Genting Highlands

"Ain tak nak naik la Abang. Ain takut. Rahimi naik ajelah dengan Abang Meerais ya," ujarku sambil memandang Ameerais dan Rahimi serius. Mereka mempelawaku untuk mencuba roller coaster itu. Aku memang seorang yang lemah semangat dan takut akan permainan sebegini.

"Alah, roller coaster ni tak ada apa-apa la Ain. Rileks, Rahimi dengan Abang kan ada," ujar Ameerais sambil menyiku lengan Rahimi.

Rahimi yang berusia 8 tahun itu tersenyum sambil mengangguk.

Tak apalah, cuba dahulu. Mungkin aku dapat mengatasi ketakutan ini nanti, desis hatiku.

Ameerais tersenyum dengan kesudian aku menaiki roller coaster itu. Seketika kemudian, roller coaster itu pun bergerak dengan kelajuan yang tidak dapat aku bayangkan. Aku mula pekik seperti seseorang yang hampir kehilangan nyawanya.

"Adik, akak takut! Ah... Abang! Ah lajunya!"

"Woohoo! Abang dengan Rahimi ada ni, jangan risau! Pegang handrail tu!" ujar Ameerais.

Aku menelan airliurku.

Perhentian Machap

"Lepas ni nak pergi mana?" soal Cik Sani kepada Cik Maseri.

"Mana-mana la yang kau suka."

"Okey, kita singgah Pandan la."

Cik Maseri hanya mengangguk.

TEPAT pada pukul 7.30 malam, kami pun bertolak daripada Perhentian Machap itu. Johor Bahru hanya 40 kilometer jauh sahaja.

Ah, Singapura. Kalaulah kami semua dapat duduk di Kuala Lumpur dalam tempoh yang lagi lama. Oh alangkah indahnya dunia.

Seketika dahulu

"Ain tak nak naik roller coaster tu lagi. Hah, nasib baik tak muntah! Kalau muntah habis Abang kena jawab dengan Cik Lan!" ujarku sekali gus memberi amaran.

Ameerais hanya ketawa.

"Cik Lan pun tak kisahlah kalau Abang ajak Ain dengan Rahimi naik ni! Dia lagi suka!" usiknya lagi.

Aku pula mencebik. Eee bencinya!

"Ain, tak bagus tau benci-benci orang. Dosa. Ah cepat sikit tu, Abah awak tunggu kat bawah tu cik adik."

Aku terkesima. Boleh pula dia baca fikiran aku ya! Eee benci!

Ameerais di tepi hanya tersenyum sahaja sambil mengarahkanku untuk turun tangga bersama Rahimi.

Pasar Borong Pandan, Johor Bahru

"Penatlah nak jalan," ujar Anisah sambil merenung ke arahku.

"Ngantuk ya sayang? Kesian ya dia ngantuk..... Tak apa la mai cek peluk hang," ujarku lagi sambil memeluk bahu Anisah.

Anisah melentokkan kepalanya di atas bahuku sambil menguap.

"Tak sabar nak balik Singapore."

Tak sabar? Hai aku kalau boleh nak duduk dekat KL tu lama. Kalau boleh pun selama-lamanya! Hah, gila kan aku?

"Tak sabar nak balik ke atau tak sabar nak jumpa pakwe?" usikku.

"Pakwe tu boyfriend eh?" ujar Anisah.

"Ha'ahlah bahasa Malaysia!"

"Ish Ain ni! Mana Nisah ada pakwe! Saja je kan!" balasnya lagi sambil mencuit pinggangku.

Aku hanya tersengih.

"Jomlah ikut diaorang tu. Ain pun malas sebenarnya."

AKU menoleh apabila Abah memanggilku.

"Ain, sini. This is the jersey that you wanted. Belilah kat sini, murah," ujar Abah sambil menunjukkanku jersey biru Harimau Malaya.

Aku terus mengangguk. Abah kemudian mengukurkan baju itu di badanku. Memang dah ngam-ngam untuk badanku!

Aku pun mengambil baju itu dan membuat gaya seperti orang sedang memperagakan baju itu.

Dan aku pun membuat pusingan 360 darjah dan zap! Ameerais sedang ralit memerhatikanku. Ah! Dia lagi!

Ameerais hanya menoleh ke arah lain dengan kelam kabut.

Seketika dahulu

Genting Highlands

"Abah tengoklah Abang Meerais! Pandai aje ejek orang! Dia pun apa kurangnya!" ujarku sambil memandang Abah yang sedang mengambil gambar Rahimi di tepi bot itu.

'Abang' Ameerais hanya terus mengejek dan menjengilkan lidahnya ke arahku.

"Ain pengecut! Abang Meerais lagi berani okey! Naik roller coaster terjerit-jerit!"

Aku hanya mendengus sahaja. Kenapalah Abah mengajak Ameerais dan bukan Anisah? Dahlah psycho. Gila! Kuat ejek! Eee tak akan ada perempuan yang nak akan mamat ni la!

Daripada aku layan mamat ni, baik aku nikmati pemandangan di dalam pusat membeli-belah ni!

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now