Selepas membeli-belah di BB Plaza, kami memutuskan untuk menaiki KL Monorail untuk ke Masjid India. Siapa yang tak tahu Masjid India? Memang sudah menjadi satu kemestian setiap kali kami ke Kuala Lumpur. Biasalah, shopping kan? Dan tanpa kami sedar, ia sudah waktu untuk makan tengah hari. Medan makan di tepi Jalan Masjid India menjadi pilihan kami. Perut kosong ini harus diisi.
"Ain, tengoklah sini. Say something please!" Anisah memegang kamera DSLR ku, mengarah untuk aku berbual. Orang tengah makan, sibuk je nak amikvideo, desis hatiku.
"Hello....." Jawabku malas.
"So hello! Sekarang kita kat Masjid India, tengoklah Ain ni makan Nasi dengan Ayam Cili Api. Sedap tak?" Ujarnya sambil mengarahkan kamera itu kepadaku.
"Sedap sangat, rasa-rasanya ini lah masakan yang asli. Susah nak cari kat Singapore!"
Anisah pun mengiakan dan kamera itu pula dialih pada yang lain. Ameerais yang kebetulannya duduk di hadapanku menjadi sasaran utamanya.
"Hi along... Say hi Along!'
Ameerais yang sedang bermain dengan handphone menoleh ke arah Anisah. Dia memberi Anisah muka dua belas. Ya Allah, comelnya dia. Ish Ain, jangan merepek, getus hatiku. Entah mengapa semenjak tadi bagai ada satu perasaan yang menusuk ke dalam tangkai hatiku. Apakah perasaan itu? Semenjak tadi mataku dengan matanya asyik bertaut. Dan apabila mata kami bertaut, hatiku bergetar. Sudah jatuhkah aku? Apakah dia rasa perasaan yang sama sepertiku?
"Habiskan makan tu cepat Ain, lepas ni kita nak pergi Petaling Street lagi," ujar Umi.
Dan ia, aku asyik memikirkan hal ini sehingga aku sendiri tidak sedar akan realiti.
*********************************************
ZEMI menutup skrin laptopnya. Dia meraup mukanya. Ah, dia gelisah. Tidak tenteram. Sanggup Ain pergi KL tanpa memberitahunya. Bagaimananya sekarang? Perasaan rindu ini tidak tertanggung lagi. Salah aku juga, aku yang tinggalkannya. Aku yang menukar nombor telefon. Aku yang larikan diriku daripadanya. Aku yang sanggup biarkan dia begitu demi Fitri. Ah, maafkan i Ain, desis hatinya.
Bab 3
Petaling Street. Tempat yang tidak asing lagi. Memang tempat ini tempat kegemaran aku juga. Banyak barang-barang yang dijual di sini. Memang syok la. Seperti di BB Plaza, kami semua berjanji untuk berhimpun kembali di pintu masuk Petaling Street selepas membeli-belah. Aku melambai ke arah Anisah dan memberinya isyarat supayashopping lebih-lebih. Anisah pun membalasnya dengan menunjukkan ibu jarinya. Ameerais yang di belakang Anisah menjadi pemerhati. Dan sekali lagi, mata kami bertaut............
"Kak, nak beli tak jersey Harimau Malaya ni?" ujar Abah, sambil membelek-belek jersey yang tersusun rapi di kedai itu.
"Takpelah, Abah beli untuk Abah aje." jawabku pendek. Tetapi sebenarnya aku ingin memiliki jersey itu. Tetapi memandangkan aku telah membeli banyak barang (dan pada masa yang sama telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk tabiat shopping aku), aku menolak tawaran itu. Bukannya apa, kena jimat juga duit ringgit. Baru satu hari dekat KL ni takkan nak habiskan semua, kan?
Abah pun memberi isyarat kepada penjual itu untuk mengukur saiz jersey itu. Abah pun mengeluarkan nota merah dan menghulurkannya kepada penjual itu. Keluarga Anisah pula menyusul..
"Cik, berapa baju tu eh?" Tanya Ameerais. "Tu jersey Harimau Malaya kan?"
"Ha'ah. 12 ringgit je. Meerais nak? Pilih colour yellow bagus." jawab Abah.
"Lawa jugak. Hmm boleh lah. Abang, minta size M eh."
AMEERAIS melangkah kedai itu berasa puas. Dia pasti jersey itu adalah jersey yang diinginkan oleh Ain. Ain daripada tadi memerhatikannya. Dia yakin dan pasti jersey itu lah yang disebut-sebutkan oleh Ain di Twitter. Dia tersenyum sendirian.
"Okay, nak makan dinner kat mana? Kita balik hotel dulu la eh?" cadang Cik Maseri, sambil menoleh ke arah Abah.
"Ah, eloklah itu. Aku pun dah penat ini. Nanti apa-apa kau call aku la. So nak balik naik apa ni?"
Abah memberi isyarat supaya kami berjalan kaki balik ke hotel. Mampus jalan balik sampai Bukit Bintang desis hatiku. Cik Maseri mengambil keputusan untuk menaiki teksi. Anisah pun melambai tanda selamat tinggal. Cik Maseri mengajak kami bersama tetapi Abah berkeras, tidak mahu membazirkan duit katanya. Satu-satu memasuki perut teksi itu dan orang yang terakhir adalah Ameerais. Sekali lagi, mata kami bertaut.. Dia kemudian mengalihkan pandangannya dan tersenyum. Senyuman yang sukar untuk dimengerti....
Aku pun mengatur langkahku, mengejar keluargaku. Tiba-tiba aku teringatkan lagu Taylor Swift. Lagunya begini:
This night is sparkling, dont you let it go. Im wonderstruck, blushing all the way home. I'll spend forever wondering if you know I was Enchanted to meet you.
Ya. Wahai Ameerais, I really was enchanted to meet you. I am now. Dan aku mengukirkan senyuman yang cukup lebar....................
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...