Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 10

519 14 0
                                    

Bab 10

Masa Kini, Compass Point, Singapura

"Ah yela... Ain dah nak balik ni. Okey bye," ujarku mematikan talian.

"Siapa call?"

"Mak aku."

"Ohokey," ujar Nadirah.

Setelah selesai makan tengah hari di Pizza Hut (untuk meraihkan Syawal dan untuk melepaskan penyakit mengidam aku dan Nadirah), kami pun berjalan ke aras satu untuk membeli ais krim. Memang kegemaran aku dan Nadirah.

"Kau tak keluar beraya hari ni?" soalku sambil menyuapkan sesudu aiskrim ke dalam mulutku.

"Taklah. Nanti mesti ada orang nak datang." ujar Nadirah, sambil mengelap mulutnya yang ada kesan ais krim itu.

Aku tersenyum.

"Kau dah happy mood nampak? Ni mesti ada apa-apa. Mak kau cakap apa tadi?"

Aku tersengih. Sambil menyuapkan ais krim ke dalam mulut, aku berkata, "Nak jalan raya malam ni. Mungkin kita pergi rumah Ameerais. Rindu."

Nadirah menggeleng. Patutlah Ain tersengih-sengih! Desis hatinya.

"Kan.... Kau tengok mulut aku ni, masin kan? Hah dapat juga kau jumpa dia kan Ain ah happy la tu!" ujarnya sambil mencuit pinggangku.

Aku membalas cuitan itu. Sudu yang hampir masuk ke dalam mulut Nadirah itu terjatuh dan 'mendarat' ke atas seluarnya.

"Ain!!!!!" jeritnya sambil mengejarku.

Aku hanya ketawa sambil melarikan diri daripadanya. Nadirah yang lari terkedek-kedek itu mengejarku, tanpa mempedulikan orang ramai yang sudah mula memerhatikan kami.

Rumah, Seng Kang

"Siaplah akak. Pergi mandi. Nanti nak jumpa Ameerais," ujar Huda, comel.

Aku tahulah nak jumpa dia. Tapi tak payahlah nak melebih sampai terkena semuanya. We are not official yet and aku pun tak tahu kalau dia merasakan perasaan yang sama ini. Lagipun dia dengan Amelia kan dah......

"Yelah," jawabku malas.

Aku pun mengambil tualaku dan melangkah masuk ke dalam tandas.

Seketika dahulu, Sekolah Menengah North Vista

"I found out that he likes her."

"Serius kak? Siapa?" ujar Rina sambil menoleh ke arahku.

"Siapa lagi kalau bukan perempuan yang akak selalu cakap tu, yang Ameerais selalu berbual dengan tu."

Rina memandangku dengan raut wajah yang keliru. Dia mengjongketkan bahu, tanda tidak tahu.

Aku mengumpulkan semangatku untuk menyebut namanya. Memang sakit telinga dengar nama gadis itu.

"Shahidah Amelia Azmi."

Rina hanya terlopong.

Masa Kini, Kediaman Ameerais

"Assalamualaikum," ujar kami sekeluarga, serentak.

Pintu yang ditutup rapat itu mula terbuka, menunjukkan ruang dalaman rumah itu. Suara lembut Cik Aisyah menyambut salam kami.

"Waalaikumsalam. Ingatkan tak datang tadi," ujar Cik Aisyah.

Kami semua hanya tersengih sahaja. Aku pun membuka kasut tinggiku dan mula melangkah masuk. Hatiku gugup sebenarnya.

Mataku menjamah seluruh ruang rumah Ameerais itu. Anisah dan Amsyar tidak kelihatan. Ameerais juga.

Aku melangkah ke arah Cik Aisyah untuk menyalaminya dan kemudiannya menjenguk ke arah bilik Anisah. Pintunya tertutup rapat. Aku berjalan ke arah pintu itu.

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now