''Hacuuuuum!"
Ah, selsema dah mula menyerang aku ni. Mana tidak, air-con dalam bilik hotel sejuk sangat. Aku memang seorang yang sensitif. Aku pun bangun dan jalan ke arah meja solek. Kotak tisu itu aku capai. Aku pun mengambil tisu itu dan menyumbatkan tisu itu ke dalam hidungku. Dah jadi tabiat kot.
"Selamat pagi semua, cepat bangun!" ujarku sambil menyelak langsir tebal itu untuk memberi laluan kepada cahaya matahari pagi untuk masuk ke dalam bilik hotel itu. Jam menunjukkan pukul 8. Nasib tak bangun lambat, desis hatiku.
"Apa ni kak, baru nak sambung tidur. Menyebok aje." ujar Rahimi.
"Eh, dah dah. Jangan nak sambung tidur balik. Baik pergi mandi sekarang!" jawabku sambil menjegilkan mataku kepadanya.
"Eeeeee geramlah! Yelah!" ujar Rahimi sambil berjalan ke arah bilik air itu. Dan sebagai tanda protes, dia menghempaskan pintu bilik air itu.
Aku pun membuka pintu almari baju. Harus fikirkan apa yang harus aku pakai. Aku ada membawa sehelai dress dan beberapa plain top. Tetapi aku buntuh. Mana satu yang aku nak pakai? Dress okey juga, tapi harus dikenakan dengan cardigan. Bukit Tinggi bukannya sejuk sangat pun. Aku pun meragakan semua pakaian-pakaianku walaupun dengan keadaanku yang masih mamai dan kusut. Belum mandi.
Setelah mencuba semua pakaian-pakaianku, aku memutuskan untuk memakai top putih yang jarang. Tetapi aku memakai singlet hitam di dalam. Aku mengenakannya dengan skinny jeans. Boleh la kan, tak menonjol sangat. Aku pun senyum dan mengetuk pintu bilik air itu. Masa untuk aku mandi.
ANISAH menelefon abang longnya untuk bangun. Sejak daripada tadi, telefon itu tidak diangkat. Masih tidur lagi la tu, desis hatinya.
"Nisah, abang long angkat tak?" soal Cik Aisyah sambil memakai tudung dan menoleh ke arah Anisah.
"Tak ibu. Alah biarkanlah diorang. Kita makan breakfast dulu okey!" ujar Anisah sambil menghadiahkan senyuman dan memaut lengan Cik Aisyah. Cik Aisyah hanya membalas Anisah dengan anggukkan. Tiada guna dia memaksa dua anak bujangnya untuk bangun. Mereka selalu bangun lambat. Terutumanya Ameerais.
"Aisyah... Cepat sikit siap. Nanti breakfast dah habis!" ujar Cik Maseri yang sedang memakai kasutnya.
Cik Aisyah dan Anisah pun menelek diri mereka di hadapan cermin sebelum keluar melangkah ke bawah.
************************************************************************************************************
"Sedap juga eh makanan kat sini?"
"Ah kau memang, semuanya sedap. Makanan kan semua kau punya bestfriend." ujarku sambil mengusap hidungku dengan tisu. Suara aku sedikit serak, kesan daripada selsema teruk itu.
"Diam ah kak. Nak ni?" Ujar Rahimi sambil menunjukkan penumbuknya ke arah aku. Dia memang tak lain. Kalau marah memang selalu macam gini. Umi dan Abah yang menjadi pemerhati memberikan muka supaya kami mengawal diri kami. Aku menendang kaki Rahimi, dan sebelum dia menendang kakiku kembali, bunyi handphone abah mematikan hajat Rahimi. Yay, aku menang.
Cik Maseri rupanya. Mereka semuanya sudah siap dan kami masih di hotel, masih menikmati sarapan pagi.
"Eh dah, cepat habiskan. Abah pergi collect kunci kereta dulu okey. Lepas tu Abah drive kereta kat depan. Cepat tau, diorang dah tunggu."
"Baik bos!" Kami adik-beradik serentak membalas arahan Abah.
Umi pula menyuarakan hasratnya untuk ke bilik kembali untuk mengambil handbagnya. Aku pun kena ambil beg kameraku. Takkan tak nak bergambarkan?
"Ain cepatlah sikit! Nanti Abah marah!" bebel Umi, yang sedang menungguku di pintu.
"Yes, I'm coming!" jawabku sambil membetulkan pakaianku di cermin. Seperti biasa, aku mencalitkan sedikit lip gloss dan memakai perfume. Aku pun bergegas ke pintu utama bilik hotel, dengan beg yang sarat dengan mp3, DSLR dan makanan.
************************************************************************************************************
Ah, berdebar hatiku disaat ini. Ameerais yang baru melangkah keluar daripada kereta itu aku pandang. Seperti di dalam sebuah filem, ia semua berlaku secara slow motion. Rambutnya yang disikat ke belakang ditiup ke tepi oleh sang angin. Mukanya yang ada jerawat kecil di pipi kirinya itu menoleh ke arah kami sekeluarga. Dan zaaaaap. Aku kembali ke realiti. Eh, aku dah tak selsema lagi? Eh, dah baik dah selsema aku? Sungguh ajaib!
"So siapa nak lead the way?" ujar Cik Maseri, sambil menoleh ke arah Abah. Aku yang berdiri di sebelah Abah itu memberi isyarat supaya kami yang mengetuai jalan ke Bukit Tinggi. Apa ingat aku ni tak pandai ke jalan kat Malaysia ni? Desis hatiku. Abah pun memberi isyarat yang sama. Jadi kami pun sudah bersedia. Satu-satu memasuki perut kereta masing-masing. Ameerais adalah orang terakhir yang memasuki kereta, sama sepertiku. Dan kami pun mengambil tempat duduk depan. Eh, sama? Dan satu senyuman terukir di bibirku. Di dalam mindaku sekarang hanya ada Ameerais dan Bukit Tinggi. Apakah ada kenangan yang bakal tercipta oleh kami berdua? Adakah ia manis atau pahit?
"Ain, duduk kat depan itu jangan termenung ya. Kena tengok signboard kat depan tu ye sayang." perli Umi yang mengesongkan badannya ke depan sambil memaut daguku. Memang agaknya aku ni dah sangau. Selalu mengelamun.
"And, don't forget to look out for the other 2 cars at the back."
Aku merengus tajam dan membuka peta itu. Nurul'Ain Mazlan menjadi assistant driver!

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...