Dari Mata Turun Ke Jiwa

2.7K 39 9
                                    

Bab 1

"Apabila pandang bertukar sayang, siang terbayang malam termimpi."

Aku menatap frasa itu. Sukar untuk difahami tapi senang untuk dimengerti. Rangkap ini benar-benar membuatkan aku fikir tentang seseorang......

Aku melangkah ke kedai pam minyak untuk membeli makanan. Ya la, perjalanan jauh kan. Aku menuju ke arah rak-rak itu. Harus dibeli keropok itu. Aku pun mengeluarkan beberapa keping nota ungu.

Sedang aku menuju ke pintu kedai itu, seorang jejaka sedang melangkah masuk dan mata kami bertentangan. Rambutnya yang disikat ke belakang begitu mempersonakan. Jejaka itu tidak bertubuh sasa tetapi tinggi lampai. Matanya... Ya matanya... Aku dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang begitu aneh.

Tapi aku tepiskan perasaan itu jauh-jauh. Tak mungkin.........

"Ain..... Apa ni termenung jauh. Cepat masuk kereta. Kita dah lambat ni!" ujar Abah yang sudah lama menunggu di kereta. Haihhh mengelamun je yang aku tahu kan eh apa nya tak tadi mamat tu kan handsome.... Ya aku kenal dia. Cukup kenal.. Cair aku. Ish Ain, kau dah gila ni. Gila ke aku?

Aku pun melangkah masuk ke dalam keretaku. Fiat Punto. Perjalanan cerita aku dan dia akan bermula.......

************************************

"Ain, bangun. Dah sampai ni. Takkan tanak makan dulu? Nanti lapar. Cepat bangun.."

"Huh? Dah sampai ke?"

"Belum lagilah, ni baru kat Machap lagi ni. Eh dah keluar cepat, semua orang tunggu Ain ni. Cepat!" Bebel Umi.

"Yela." balasku dengan malas. Dengan cepat aku menutup pintu kereta aku dan membetulkan rambutku. Aku terkesima. Mamat tu ada kat sana la...... Dia pun ikut sekali? Dan sekali lagi, mata kami bertaut buat seketika. Ah, perasaan aneh ini datang balik. Si dia pun melakarkan senyuman dan terus berjalan masuk ke pintu masuk medan makan itu.

Ya Allah apa perasaan yang aku rasa ni? Aku rasa aneh..... Macam dalam filem pula. Ya Allah matanya.... Senyumannya....

*************************************

AMEERAIS melangkah masuk medan makan itu dengan senyuman yang penuh bermakna. Dah lama tak jumpa, muka lain. Dulu kecil je, sekarang dah besar. Haih cepat masa berlalu ye. Best pula kita tak sengaja tengok each other. Mata dia ya Allah. Macam dalam drama pula!

"Apa ni tersengih-sengih!" ujar Anisah sambil membulatkan matanya.

"Takde pape la, jangan kacau along boleh tak. Ish menyebok je budak ni." Ameerais membalas, menutup malunya. Mana tak malu kalau adik sendiri nampak alongnya tengah senyum sendiri.

"Jangan nak tipu la along, nisa tahu Along tersengih-sengih ni sebab tengah fikirkan pasal Ain kan? Jangan nak bohong, Anisah tahu semuanya." Usik Anisah.

Riak wajah Ameerais berubah. Malunya harus ditutup.

"Mana boleh macam gini. Merepek. Karut. Aku suka dia? Kalau aku sukakan dia pun, dia takkan suka aku balik punya," Desis hatinya.

Ameerais pun memakan roti bakar yang dibeli oleh ibunya sambil menggunakan telefon bimbitnya.

************************************

Bab 2

Akhirnya. Sampai juga aku kat sini. Oh Kuala Lumpur. Papan tanda yang terpapang luas menyambut kedatangan kami. Aku menghentikan lagu yang aku mainkan di mp3ku dan tergamam dengan keindahan Menara Kembar Petronas, KLCC. Mercu tanda Kuala Lumpur. Walaupun sudah beberapa kali ke sini, aku tidak pernah jemu. Perasaanku seperti memberitahuku bahawa di kota ini aku akan jatuh.... Jatuh apa?

Dan kepalaku terlanggar tingkap keretaku. Adoi! Jeritku kesakitan.

"Abah nak stop sekejap. Kereta dorang hilang entah ke mana. Anyway, kita dah sampai woohoo!" Ujar Abah dengan nada teruja. Aku pun teruja. Teruja campur rindu akan kota ini.

"Eh, lapar pulak. Dik, passkan akak keropok tu."

"Pergi ambil sendiri. Semua nak suruh orang. Rahimi tengah tengok ni dia orang dah sampai ke belum." ujar Rahimi malas sambil menoleh ke arah belakang kereta.

Kurangajar punya adik. Suruh ambilkan keropok tu pun tak boleh. Ish. Saja la tu nak sakitkan hati aku. Itu memang normal. Rahimi memang suka sakitkan hati aku.

"Hah itu pun dia orang! Dah Abah, bergerak sekarang!" ujar Rahimi.

"Okay let's hit the city guys!" ujar Abah. Abah kalau dah excited memanglah haruslah jadi macam gitu.

Aku pun mengiyakan sambil memakai kembali headphones aku. Kene on lagu ni.

*************************************

Kami memulakan percutian ini dengan membeli-belah di BB Plaza. Hotel yang aku dan keluargaku nginap pun tidak begitu jauh daripada BB Plaza. Jadi kami berjalan kaki ke situ. Orang yang pertama aku nampak adalah Ameerais. Ya Allah dia. Ah, tidak.

Sekali lagi, mata aku bertentangan dengan Ameerais. Ya Allah sengaja ke dia tengok aku ni? Alamak kenapa dia senyum pula ni. Janganlah buat aku cair. Aku seperti di dalam filem, aku cuma nampak dia, tak nampak orang lain. Ramai yang lalu lalang di situ, maklumlah Bukit Bintang. Tak pernah sunyi. Aku berada di dunia fantasi, ya.

"Hi Ain!" Ujar Anisah, membuatkan aku kembali kepada realiti.

"Oh hi Anisah....." Aku membalas dengan senyuman yang lebar. Bukan kerana Aisyah yang menegur, kerana apa yang telah berlaku tadi. Tak mungkin kan aku telah jatuh? Ish, tak mungkin. Jangan buat kerja gila Ain.

Kami semua membuat haluan masing-masing di BB Plaza, dan berjanji untuk menghimpun di Starbucks Cafe setelah selesai. Yes, shopping. Bab favorit aku ni kalau pergi melancong.

AMEERAIS melangkah ke dalam kedai sukan. Dia bagaikan teruja dengan barang-barang yang dijual di sana. Peminat dan penggiat bolasepak la katakan. Dia memberi isyarat kepada ibunya, Cik Aisyah supaya menemaninya.

"Bu.... Sini kejap bu...." ujarnya.

Cik Aisyah memberi Ameerais muka dua belas, tanda tidak setuju.

"Boleh la bu.. Along memang dah nak but kasut ni. Kat Singapore mahal juga. Atleast kat sini murah sikit." desak Ameerais.

Cik Aisyah memberi Ameerais senyuman yang pahit sambil mengerakkan jari telunjuknya dan kemudiannya melangkah keluar kedai itu.

"Tak boleh la tu. Haih apalah nasib badan.." ujarnya sambil meletakkan tangan kasarnya ke dalam saku seluar jeansnya. Kena dan harus berlagak macho.

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now