Bab 19
Kini (9 bulan selepas Kuala Lumpur), Woodlands Waterfront
Aku merenung ke arah sempadan sana. Johor Bahru yang kaya dengan lampu yang berwarna-warni, Malaysia yang aku rindui. Sekali gus membuat aku memikir kembali tentang orang yang dikaitkan kuat dengan Kuala Lumpur. Ameerais.....
Berapa lama harus aku pendam perasaan ini? Berkali-kali aku memikirkan tentang ini. Patutkah aku berterus terang sahaja padanya? Tapi bukankah itu bakal menghadirkan rasa janggal lagi antara kami? Angin malam yang menjamah wajahku membangkitkan lagi rasa rindu itu. Ain, kau tak boleh kalah.................
Dan pada masa aku sedang melayan perasaanku, telefon bimbitku berdering. Panggilan dari Zemi.
"Hello, Ain?" ujarnya.
"Urm hi."
"You buat apa tu? Macam bunyi bising aje," balasnya.
"I kat Woodlands Waterfront, dengan my family. You buat apa pula?"
"I baru nak study, tu yang I teringat kat you tu. So semua okey?"
"Haah, banyaklah you punya ingat! Entah-entah tak teringat pun! Alhamdulilah okey.." jawabku, sambil tersenyum.
Zemi ketawa. Kemudian dia menanyakan lagi tentang sekolah dan kami terus berbicara hingga Umi dan Abah memutuskan untuk pulang. Ameerais dilupakan buat seketika.
Kediaman Ameerais
AMEERAIS merenung skrin telefon bimbitnya lagi. Tiada mesej langsung daripada Amelia. Dia hampa. Dalam kehampaan itu, dia meneliti lagi perbualan mereka yang dahulu.
I have something to tell you, Amelia. I dah tak boleh tipu perasaan I lagi dah. Buat pertama kalinya, you dah curi hati I. I kalah dengan perasaan I sendiri. I cuba untuk menidakkan perasaan ini. Tapi I tak boleh. Setiap saat I teringatkan you. Beri I peluang untuk menyayangi you, Amelia? I think I've fallen in love with you.......
Ameerais meraup mukanya lagi. Salah aku ke kerana meluahkan perasaanku kepadanya? Aku yang kenal dirinya dahulu, tetapi dia memilih lelaki itu daripada diriku. Apa kurangnya diriku? Desis hatinya.
Patutkah aku melupakannya? Diraup lagi wajahnya, tanda kegelisahan.
***************************************************
ZEMI meletakkan gagang telefon rumahnya. Dia tersenyum puas kerana akhirnya Ain telah membukakan ruang untuk dirinya. Dia gembira kerana akhirnya Ain dapat melupakan kisah mereka yang lama. Dan Fitri? Sudah dia buang jauh dari hidupnya. Kini dalam hati dan mindanya ada nama Ain sahaja walaupun dia tahu Ain masih berat hati untuk menerimanya dengan sepenuhnya.
"Anak Ibu ni tersenyum, ada apa-apa ke?" ujar Cik Marlisa, ibunya.
"Eh, Ibu. Tak ada apa-apa pun," balas Zemi sambil tersenyum malu. Malu kerana dia tidak sedar ibunya masuk ke dalam biliknya!
"Hmm, walau apa pun, Ibu tetap gembira sebab Zemi bahagia. Tengok anak Ibu ni dah pandai senyum seorang diri!"
Zemi hanya tersengih.
*************************************************
6 bulan selepas Kuala Lumpur
Aku meneliti wajahku di cermin. Tudung yang menutupi kepalaku aku tatap. Wajarkah aku membuat keputusan mendadak ini? Nafsu mengatakan tidak, minda mengatakan ya. Berapa lama lagi harus aku menunjukkan auratku?
"Kau masih muda, usahlah pakai tudung sekarang." ujar nafsu.
"Ain, aurat kau adalah hak kamu. Tak sayangkah kau pada bapa kau? Setapak kau langkah keluar rumah tanpa menutup aurat, setapak jugalah bapa kau dengan Neraka Jahanam." ujar mindaku.
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...