Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 7

631 13 0
                                    

Bab 7

Singapura, 2 minggu selepas pulang dari Kuala Lumpur.

"HI kak! Kenapa tu termenung?" ujar Rina sambil menepuk bahuku.

Aku yang terkejut dengan tepukan itu menoleh belakang. Oh, Rina rupanya. Rina ni memang selalu macam gini. Satu-satunya junior yang aku rapat dalam aktiviti tambahan kat sekolah, English Drama. Itu yang membuatkannya manja dengan diriku. Dah rapat macam adik-beradik dah.

"Rindu KL." Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Tidak sangka sudah dua minggu aku meninggalkan kota itu. Dan sudah dua minggu aku tidak bertemu dengan Ameerais. Rindukah aku padanya? Tapi rindukah dia pada diriku juga?

"Hmm nak buat apa kak... Kan kita masih sekolah." ujarnya, ingin menarik perhatianku. Dia pun menggapai tanganku dan menyuruh aku untuk berdiri.

"Jom ikut Rina pergi beli makan!"

Aku hanya mampu menurut sahaja. Tahu saja budak ni yang aku tengah lapar, desis hatiku.

*****************

"Nad, I really think I've fallen in love." ujarku sambil menghempas buka Matematik sehingga ia menarik perhatian Nadirah.

Nadirah adalah teman baikku di sekolah. Kami boleh kongsi apa-apa sahaja dan itulah yang membuatkanku sayang sahabat aku ini. Dia seorang yang spontan dan senang sahaja gelabah. Sama macam aku.

Sebab itulah kami boleh 'ngam'. Lagipun rumah aku dengan rumahnya hanya jauh satu blok sahaja. Pergi dan balik sekolah sama-sama.

"What? Who?" ujarnya dengan nada terkejut, hampir menjerit.

"Kau ingat tak Ameerais? Aku pernah ceritakan dia dekat kau. Lelaki yang aku cakap aku membesar dengan keluarga dia?"

"Ha'ah aku ingat. Dia?" balasnya, kembali tenang.

"Yup."

Nadirah kemudian mengemas semua barang-barangnya ke dalam beg sekolahnya. Sekolah sudah tamat.

"Ah meh cerita kat aku."

Aku mengumpul semua kekuatanku dan menceritakan satu demi satu yang berlaku di kota metropolitan itu.

*********************

ZEMI gelisah. Ternyata Fitri sudah tahu akan Ain. Susahkah Fitri menerima Ain?

"I tak kira. You pilih. I atau kawan baik you tu!" jerkah Fitri sambil mencekik pinggangnya.

"Tapi apa salahnya kalau dia berhubung dengan I?" balas Zemi, seperti merayu.

"I tak kira. Pilih cepat. I atau perempuan tu!"

Zemi yang sudah kehabisan modal untuk membalas kata teman wanitanya itu tertunduk.

Dia cuba mengumpul semangat. Ain atau Fitri? Di dalam mindanya ada kedua-dua wanita ini. Ah, kenapa susah sangat untuk aku lupakan Ain? Getus hatinya.

"I pilih you."

Fitri yang berdiri tadi kembali mengambil tempatnya di sebelah Zemi. Dia tersenyum puas. Dia perlu membuat sesuatu untuk memisahkan teman lelakinya itu dengan gadis yang bernama Nurul'Ain. Apa yang istimewa sangat tentangnya?

"BEGITULAH ceritanya." ucapku seusai menceritakan segala-galanya.

"Oh jadi dia sekarang ni Mr Enchanted kau la?" balas Nadirah sambil mengipas dirinya.

"Yup. Sebelum pergi KL tu aku tak faham lagu Enchanted tu. Tetapi lepas kejadian malam tu....... Seolah-olah membuatkan aku faham sarikata lagu tu. Nad, I was enchanted to meet him and I dont want him to be in love with someone else."

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now