Kata pendahuluan
Bab 20 (Bahagian 1)
Kediaman Ameerais
"Ibu, along tak boleh ikut pergi KL," ujarnya.
"Kenapa? Ibu dah book bilik tau," balas Cik Aisyah, menggunakan kaedah reverse psychology.
Am merenung kertas putih itu lagi. Pasal kau lah aku tak boleh ikut mereka, desis hatinya. Dia kemudian menyerahkan kertas itu kepada ibunya.
Cik Aisyah membaca isi kandungan kertas itu. Ya Allah, desis hatinya. Am merenungnya lagi.
Kediamanku
Telefon bimbit Umi berdering, meminta pemiliknya untuk mengangkatnya. Aku mencapai telefon bimbit itu dan menyerahkannya kepada Umi.
"Cik Aisyah," ujarku. Umi mengangguk. Dan mulalah dua rakan akrab itu berbicara. Suddenly, aku rasa tak sedap hati. Pasti ada sesuatu yang tak kena. Maybe Ameerais's not following? Ah, positif Ain!
Umi nampaknya masih rancak berbual dengan Cik Aisyah. Ah, lebih baik aku sambung kerja aku!
Seminggu sebelum Kuala Lumpur, North Vista
RINA menyapaku dari belakang. Biasalah budak ni, belakang aku je lah yang dia tahu nak sergah, desis hatiku.
"Ye cik adik? Anda mahu apa?" ujarku.
"Orang tegur pun salah ke?"
"Eh, tak salah, mana ada salah! Tapi cara awak sergah tu memang salah!"
Rina di situ tersenyum kambing. Dia memberiku isyarat kening. Hahaha, ye, isyarat kening.
Aku menoleh belakang. La, Mickey rupanya. Dengan spontan, aku melepaskan batuk. Batuk-batuk kambing lah.
"Apa kes tu? Dua-dua senyum macam tak ada hari lain!"
"Akak jealous ke?"
"Takde time nak jealous!'
Rina memeluk bahuku. "Dah kemas beg untuk pergi KL?"
Aku mengangguk. Patutkah aku memberitahunya bahawa aku akan pergi sana tanpa Am?
"Well actually, I'm not going with Am. He can't make it. Or he just don't want to go. Or he just don't want to see me anymore. Or ah...... I just don't know!"
"Dia mesti ada sebab kan kenapa dia tak pergi?" balas Rina. Aku hanya tersenyum pahit. Adakah itu alasan yang kukuh? Tetapi kenapa aku perlu marah? Kenapa?
"Dia ada driving test."
"Tu kan, ada alasan yang kukuh! Tapi bagus juga dia tak ikut," ujar Rina lagi.
"Kenapa?" soalku kepadanya. Dah macam orang bodoh lagaknya!
"You can forget about him, kak. If that is the place you guys met, that will also be the place that will make you forget about him."
Aku diam. Ada betul juga kata-kata Rina. Perasaan oh perasaan, kenapa lah kau rumit sangat?
Sehari sebelum Kuala Lumpur, Bilik tidurku
Aku mencapai telefon bimbitku. Ada satu mesej dari Anisah.
Ain, memang Along tak dapat pergi. Takpelah Ain kan ada Nisah? See you tomorrow, can't wait to spend 4 days with you! xoxo
Aku meraup wajahku. Aku sudah tidak tahu apa reaksi yang patut aku berikan. Walaupun berat hati, aku membalas mesej Nisah.
It's okay, I'm already used to it. Used to his absence. Yes see you tomorrow too, can't wait too! Sleep tight! :)

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasíaTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...