Bab 5
Subhanallah.. Sesungguhnya ciptaanNYA amat sempurna lagi cantik. Aku memuji permandangan Bukit Tinggi sebaik sahaja aku melangkah keluar dari keretaku. Abah menurunkan kami ke tepi jalan dan memakirkan kereta. Yang lain pun menurut serta. Aku mengeluarkan DSLRku dan memetik beberapa gambar. Permandangan di situ begitu.... Susah hendak digambarkan dengan kata-kata.
"Anisah, jom naik atas sana!" ujarku sambil mengheretnya ke atas lereng bukit itu. Ada sebuah statue besar di atas itu. Anisah pun hanya menurut. Kami memang di Bukit Tinggi, tetapi kami ke Japanese Garden dahulu.
Cantik. Itu sahaja yang mampu aku cakap apabila aku berada di atas lereng bukit itu. Tetapi bukan permandangan yang penuh kerana ada beberapa pokok yang menghalang permandangan itu. Aku menghirup udara. Ini baru betul namanya udara yang nyaman dan segar. Tidak seperti di Singapore. Sering tercemar. Aku pun memetik beberapa gambar dengan Anisah di atas itu. Dan sepasang mata sedang memerhatikan kami.....
"Nisah... Ain! Mari turun!" Aku dan Anisah pun melumba turun ke bawah.
"Okey, so kita kena daki lereng bukit itu untuk naik ke Japanese Garden. Semua okey?" Ujar Cik Maseri sambil menudingkan jarinya ke arah bukit itu.
Umi yang terperanjat akan ketinggian bukit itu menggelengkan kepala. Bukan Umi tak boleh, peningnya masih bersisa. Pening yang tadi akibat jalan ke atas sudah membuatnya hampir-hampir muntah.
"Umi, jomlah. Ain pimpin Umi ya?"
"Takpelah, kau orang naik. Umi, Cik Ning dan Cik Aisyah tunggu dekat sini."
"Alaaa tak bestlah kalau takde Umi semua. Naik la ya, Ain dukung semuanya," usikku. Cik Ning dan Cik Aisyah di sebelah Umi ketawa.
"Hmm yelah, nanti kalau patah pinggang dan backbone awak itu barulah tahu. Kita tiga ni bukannya ringan." perli Umi sambil menepuk bahuku.
"Eh sudah-sudahlah itu. Jom semua naik! Ini arahan daripada suami-suami tercinta," ujar Cik Maseri. Rahimi, Sufian, Amsyah, Anisah, Huda dan Ameerais sudah pun berada di tepi bukit itu. Aku pun berjalan ke mereka dan memaut tangan Anisah supaya kami menaik dahulu. Dan akhirnya Cik Maseri berjaya memujuk mereka bertiga. Thank you, desis hatiku.
Anisah mengemaskan lagi pautan di tangannya dan menarik aku perlahan-lahan. Aku yang sudah termengah-mengah membiarkannya menarikku. Hah, pinggang dah start sakit. Tulang belakangku senget lima peratus dan itu menyebabkanku sering mengalami sakit pinggang yang kadang-kadang teruk.
"Ain, come, let me bring your camera bag for you." ujar Anisah.
"Eh, takpelah."
"Kasi jela ish! Or just give me your camera."
"Okay fine!"
Anisah pun memberikan riak wajah yang puas. Dia menyarungkan kameraku ke lehernya dan terus mengambil video.
"Hello, so sekarang kita dalam perjalanan ke atas Japanese Garden!"
Ah, dah agak. Dia tak ada lainlah, memang selalu suka amik video. Anisah pun mengarahkan kamera itu kepadaku. Ini dah start nak usik la ni.
"Tengok ni, budak ni kesiankan? Termengah-mengah dia. Hehehe."
Aku menunjukkannya muka dua belas. Lebih baik aku teruskan perjalanan. Lagipun dah nak sampai. Anisah yang di belakang tidak aku endahkan. Biarkanlah dia, desis hatiku.
**********************************************************************************************************
"YAY, dah sampai!" ujar Rahimi dan Sufian, serentak. Ameerais yang di belakang mereka menghelakan nafas lega. Akhirnya, desis hatinya. Mana dia orang eh? Lambatnya jalan. Ah, pergi toilet dulu lah.
"Ayah, along pergi toilet dulu ya." ujar Ameerais. Cik Maseri mengiakan.
"Urm Ayah, angah pun ikut sekali la," sampuk Amsyah. Dan Cik Maseri mengiakannya sambil memberinya isyarat supaya cepat-cepat ke tandas. Dia yang tadi sedang mengambil gambar dengan Ipadnya itu menumpukan perhatiannya kembali ke skrin Ipad itu.
"OPOCOT!"
Aku terlanggar Anisah yang sedang mengambil gula-gula di rak-rak kedai itu. Aku memandang Anisah yang kini mentertawakanku. Kurang asam punya kawan, desis hatiku. Aku pusing ke belakang untuk keluar dari kedai itu. Dan Ameerais ada di pintu kedai itu. Alamak, maknanya dia nampak aku jatuh tadi lah. Alamak, malunya! Dan dia juga terdengar aku melatah. Alahai, apa nasib aku ini. Dan sempat pula mata kami bertentangan. Aku rasa macam ada kuasa elektrik yang sedang berkuasa dalam diriku ini, seperti tenaga itu datang daripada Ameerais.
Aku pun melangkah keluar dari kedai itu, dengan perasaan malu yang menggunung.
AMEERAIS ketawa kecil. Comel pula aku dengar dia melatah. Macam manalah dia boleh terlanggar Anisah? Betul poteklah dia ini. Tapi kelakar pula cara dia jatuh tadi. Muka dia yang menahan malu itu lagilah comel. Eh, comel? Desis hatinya. Anisah yang di hadapannya dia tepuk.
"Apa?" rengus Anisah tajam.
"Sakit tak tadi Ain langgar Nisah?" soalnya.
"Menyebuk aje Along ini. Tak." jawab Anisah.
"Okey. Eh belikan abang satu eh." ujarnya sambil menunjukkan jarinya ke arah ice-cream itu.
"Hmm okey." balas Anisah.
************************************************************************************************************
"1, 2, 3 smile!"
Aku memandang semuanya. Semua senyum lebar, permandangan di belakang adalah sebuah pintu gerbang. Permandangan yang cantik, detik hatiku. Ah memang pun, aku kan photographer yang baik! Sesuatu menarik perhatianku. Ameerais. Aku cuma suruh keluargaku untuk bergambar, tetapi kenapa dia ada? Mata Ameerais ada di dalam gambarku itu. Dia menoleh ke arah kameraku! Pelik. Dia tengok aku aku ke DSLR aku? Tengok aku? Ish perasan betul ya kau Ain.
Aku berhenti sambil menelek gambar-gambar di dalam DSLRku itu. Semuanya sedang berjalan ke arah pintu keluar Japanese Garden itu. Terasa seperti ada seseorang yang sedang diri di belakangku. Dan apabila aku pusing, alangkah terperanjatnya aku. Muhammad Ameerais Maseri yang tadinya mengikat tali kasutnya berada dibelakangku dan kami hampir terlanggar. Nasib baik aku mengelak. Mata kami bertentangan buat seketika. Kejutan elektrik itu datang baliklah. Alamak nak buat apa ini.
"Urm........Sssorry." Ujar Ameerais sebelum Anisah memotongnya.
"Ain cepat! Your Umi dah call suruh amik gambar!" ujar Anisah sambil memaut lenganku dan mengheretku ke arah pintu keluar itu. Dan tertinggallah Ameerais di situ.
Tadi dia macam nak cakap sesuatu lah. Tapi aku tak dengar. Pelannya suara dia. Hmm potong betullah Anisah ini, desis hatiku.
"Ain, mari masuk." arah Umi.
Nak suruh amik gambar la tu. Ish aku tak naklah.
"Takpe, biarkan Ain amikkan gambar korang aje."
Umi menunjukkan penumbuknya. Kemudian dia menyuruh Cik Aisyah yang berdekatan dengan kami untuk mengambilkan gambar kami. Aku yang harus menurut katanya menunjukkan muka dua belasku dan memberi Cik Aisyah kameraku. Aku menunjukkan punat mana yang dia harus picit untuk mengambil gambar dan terus mengambil tempatku.
AMEERAIS merengus geram. Dia tak dengar ke aku cakap sorry? Ini semua Anisah punya pasal lah. Baru nak berbual dengannya. Tapi dia nak ke berbual dengan aku? Selama ini aku macam sombong dekat dia aje. Dia pun macam sombong aje. Aku patut senyum kat dia dulu. Hari itu aku senyum pun dia macam tak senyum balik aje. Hmm..
"Along.. Cepat turun, kita nak ke Colmar Tropicale pula, dia orang dah tunggu kat bawah tau." ujar Cik Aisyah.
"Ye bu... along nak turun ini." jawabnya sambil berlompat turun daripada tangga itu dan juga sambil mengemaskan rambutnya yang ditiup oleh sang angin.

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...