Bab 13
Masa Kini
Rumah, Seng Kang
"Ain, angkat telefon tu," ujar Umi yang sedang sibuk mencuci pinggang mangkuk di sinki dapur.
Aku tidak membantah dan terus menuju ke arah telefon bimbit Umi.
Aku terkejut apabila nama Cik Aisyah muncul di skrin telefon bimbit Umi itu.
"Umi, it's Cik Aisyah! You talk to her. I'm not picking it up for you," ujarku sambil mendepakan telefon bimbit Umi itu.
Umi hanya menurut saja.
"Waalaikumsalam orang semalam! Apa dia? Oh boleh, rumah Ros memang terbuka hari ini. Kalau nak datang, datanglah. Ah okey, assalamualaikum, bye."
Aku memandang Umi pelik.
"Ameerais nak datang," ujar Umi tenang.
Aku hanya mengangguk dan terus berlalu keluar dari dapur itu.
Proton Gen 2
"Nisah, call Along. Tanya dia dekat mana," ujar Cik Aisyah sambil mencalitkan lip stik di bibirnya.
Anisah terus mendial nombor Ameerais.
"HELO Along dekat mana? Hah? Hah okey, dalam masa limi minit kita sampai. Tunggu. And by the way, kita nak pergi rumah Cik Lan. Ah okey. Bye."
"Bu, Along dekat Chua Chu Kang MRT station."
Cik Aisyah hanya mengangguk sambil menoleh ke arah suaminya.
"Chua Chu Kang."
Empat bulan yang lalu, The Royale Bintang, Kuala Lumpur
Aku memetik beberapa gambar bangunan hotel The Royale Bintang sebelum memasuki Fiat Punto. Hari ini adalah hari terakhir dan kami akan meninggalkan kota Kuala Lumpur ini.
Kelihatan semua sudah mula memasuki perut kereta masing-masing. Kota Putrajaya pula yang menantikan kehadiran kami.
Selamat tinggal KL, desis hatiku.
Dataran Masjid Putra, Putrajaya
"Ain, bangun. Dah sampai."
Aku meraba mataku. Sekejapnya dah sampai? Aku tidurkah?
"Cepat, semua dah tunggu," ujar Abah.
Aku mencapai beg kameraku dan terus keluar sebelum Abah menekan punat untuk mengunci kereta.
"Kita lambat ke Abah?" soalku.
"Yes. We took the long way."
Aku menunjukkan muka keliruku.
"Alaa, laluan baru SMART la."
"Oh, cakaplah," ujarku.
Aku pun mengeluarkan Canon 500D aku itu dan mula memetik beberapa gambar sebelum kami sekeluarga turun ke aras bawah.
Medan makan Masjid Putra
"Hah! Sampai juga!" ujar Cik Maseri sebaik sahaja melihat kelibat kami sekeluarga.
Abah hanya tersengih sambil mengambil tempat duduk di sebelah Cik Maseri.
Umi pula duduk di meja bertentangan dengan meja Cik Aisyah, Anisah dan Ameerais.
Aku hanya membontoti sahaja.
"APA yang best kat sini eh?" ujarku kepada Anisah.
"The ice-cream is good here," ujar Cik Aisyah, menyampuk perbualan aku dan Anisah.

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...