Bab 12
Masa Kini
"Kenapa tak balas mesej Ain?" ujarku sambil memegang erat telefon bimbitku itu.
Zemi di hujung talian hanya diam.
"Helo, kalau Zemi tak cakap juga Ain letak telefon ni."
"Urm..... Siapa Ameerais? Siapa Mr Enchanted yang Ain selalu tweet tu? Siapa?" soal Zemi dengan nada cemburu.
"Jeles eh? Adalah. Zemi tak perlu tahu, Zemi tak ada hak untuk tahu," jawabku tenang.
Zemi mengeluh. Dan sebelum aku tahu, talian telah diputuskan.
Aku tersenyum puas dan terus merebahkan badanku ke atas katil.
Biarlah Zemi kecil hati. Siapa dia untuk melarang aku? Biarlah hanya Ameerais yang memiliki hati ini dan bukan sesiapa, desis hatiku.
Selepas panggilan itu
ZEMI meraup mukanya. Dia berasa sebak dengan jawapan Ain itu. Ain yang dulunya ceria dan gila-gila itu sudah bersikap dingin kepadanya. Mengapa?
Ketukan di pintu mengejutnya.
"Zemi......." Panggil ibunya.
Zemi mengesat airmatanya.
"Ya bu?"
"Why are you crying?" soal ibunya.
Zemi hanya diam sahaja.
Ibunya, Cik Marlisa seakan-akan tahu akan kesedihan Zemi itu, menepuk bahu Zemi.
"Let it all out when you're ready. I'm always here for you darling," ujarnya sambil mencium dahi anak tunggalnya itu. Dia kemudiannya melangkah keluar bilik anaknya.
Empat bulan lalu, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
"Nisah tak patut buat Ain macam gitu....." ujarku sambil menunjukkan muka muncungku.
"Eh biarlah, okey apa. Suka tengok pipi Ain merah gitu," balas Anisah sambil mengusap pipiku.
Aku hanya merengus geram.
"Kalaupun Ain sukakan Along Anisah tu, bukannya Along tu nak suka kat Ain balik, ingat tu! Ain kan siapa......." ujarku lagi.
Anisah hanya tersenyum tersengih.
"Tahulah apa Nisah nak buat!"
"Nisah, jangan eh!" ujarku sambil mengejar Anisah yang sudah berlari untuk mendapatkan Ameerais.
Anisah hanya terus berlari tanpa mempedulikanku di belakang.
************
"ALONG, jalan tu perlahan sikit lah!" ujar Anisah.
Ameerais menoleh.
Ini mesti ada apa-apa, desis hatinya.
"Apa nisah nak?"
"Takdelah Nisah nak suruh Along jalan slow sikit, tunggu kaum hawa kat belakang tu," balas Anisah.
"Suruh je dia orang tu cepat sikit," ujarnya sambil memuncung ke arah 'kaum hawa' yang dimaksudkan Anisah itu.
Anisah hanya memuncung.
CIK MASERI, Abah dan Cik Sani menghentikan langkah mereka di hadapan satu kedai sukan yang menjual barang-barangan sukan. Ameerais orang yang pertama untuk memasuki kedai itu; dia seorang penggemar sukan bolasepak.
Cik Aisyah dan kaum hawa (termasuklah aku) yang lain hanya membontoti dan juga turut memasuki kedai sukan itu (walaupun kami tidak minat).
"AIN, try ni hah seluar. Okey kan? Boleh buat jogging, buang lemak dan babat tu," ujar Abah sambil mengambil seluar trek itu dan mengukur di kakiku.

YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...