Bab 6
Alhamdulilah, cuaca pada hari ini tidak teruk dan tidak terlalu panas. Redup aje. Sebuah bangunan ala French menyambut kedatangan kami. Sungguh indah. Aku rasa memang berbaloi la pening-pening semua tadi. Berbaloi juga aku mengesyorkan kepada mereka untuk ke sini. Aku pun memetik beberapa gambar bangunan itu.
Abah dan kaum adam yang lain telah masuk ke dalam dulu tanpa kami, kaum hawa. Tak sabar sangatkah?
Cik Ning yang di sebelahku menepuk bahuku.
"Ain, amikkan gambar semua orang kat depan inilah. Cantik tau."
Aku hanya membalas dengan senyuman dan memberi isyarat kepada mereka untuk berdiri rapat.
"Ish, Ain pun masuk sekali la." ujar Umi.
"Abih siapa nak amikkan?" jawabku malas.
"Ayah....... sini sekejap. Tolong amikkan kita semua ni." jerit Cik Aisyah, memanggil Cik Maseri.
Cik Maseri yang tersedar dirinya diperhatikan terus jalan menuju kami. Kuat juga kalau Cik Aisyah jerit, getus hatiku.
"Mana kameranya?" usik Cik Maseri dalam telo Jawa.
"Ah, ini. Cik Maseri picit ini eh." Ujarku sambil menunjukkannya punat mana yang dia harus picit. Aku pun berlari ke mereka untuk mengambil gambar. Cik Ning memeluk bahuku dan aku senyum.
"Nah, tak lawa sangatlah. Cik Maseri bukannya tahu pakai camera Ain tu." ujarnya sambil menghadiahkan satu senyuman buatku.
"Takpelah, its okay." ujarku sambil menyambut kameraku itu daripadanya dan membalas senyumannya.
Aku pun menelek gambar itu. Okey apa. Clear aje, desis hatiku. Aku pun melangkah masuk ke dalam apabila aku sedar aku ketinggalan. Hai jalan melulu nampak semua!
"Nurul, amikkan gambar kita orang boleh?" sapa seseorang. Ya Allah terperanjat aku. Ingatkan siapa tadi. Rupanya Cik Sani. Ya lah, tiada orang lain yang memanggil aku dengan gelaran Nurul selain Abah. Mungkin Cik Sani lupa nama keduaku kut, bisik hatiku.
"Ha'ah boleh. Mana kameranya?" balasku sambil mendepakan tanganku dan senyum.
"Ah ni ini dia." ujarnya sambil memberi kamera digitalnya. Dia yang sedang berjalan ke arah Abah dan yang lain-lain pula pusing, dan dalam nada usikan, dia berkata, "Cik Sani rasa Nurul pandai kan bab-bab kamera ni, jadi Nurul mesti tahu nak picit mana kan?"
Aku hanya mampu tersengih.
"Eh semua masuk okey! Okey semua tengok Nurul!" ujarnya sambil memeluk Ameerais dan Abah yang berada di tepinya. Sufian dan Rahimi yang berdiri hadapan mereka senyum dan saling berpelukan.
"Okey, 1,2,3 senyum!"
Ya Allah handsomenya dia! Bisikku di dalam hati sambil merenung skrin kamera itu. Aku memang dah sah angau kan? Apa nak jadi lah dengan aku ni.. Eh salah aku ke? Salah Ameerais la!
ANISAH menepuk bahu abang longnya. Tindakannya itu membuat lelaki itu terbahak dan jelas ada kesan air di bajunya.
"Along haus sangat ke sampai minum air gelojoh sangat?" ujarnya.
"Menyibuk aje tau. Dah tu, takkanlah sampai Along nak togok botol ni kan. Ni hah tekak along kering sangat." balas Ameerais.
"Along buat apa sampai kering gitu? Nisah tak nampak pun along menjerit. Berbual pun tidak! Hah, alasan!"
"Betullah, tadi kan kita semua naik Japanese Garden tu. Mana tak hausnya!" ujarnya sambil mengangkatkan kakinya daripada bangku itu. Anisah perlu dibiarkan di situ. Menyibuk betul. Hah, mana yang lain semua? Hilang macam biskut! Getus hatinya sambil meletakkan tangannya ke pinggangnya.
YOU ARE READING
Dari Mata Turun Ke Jiwa
FantasyTiada yang mustahil di dunia ini. Sama bagi dua insan ini yang tidak pernah merancang untuk menaruh harapan pada diri masing-masing. Perasaan itu hadir, tetapi dibiarkan berlalu begitu. Rindu mula mengundang tetapi ditepis kuat kerana takut. Takut a...