29

134 19 5
                                    

"Buat apa tu?" tanya Yoonji. Dia duduk di sebelah Taehyung yang sedang fokus membaca webtoon.

"Baca cerita It's Me. Bila sampai?" Tanya Taehyung. Terus saja dia simpan telefon ke dalam poket dan badannya dipusingkan menghadap Yoonji.

"Hari nak hujan lah Taehyung. Aku rasa harini tak payah lepak lah." kata Yoonji bersama keluhan.

"Mana boleh. Belum hujan lagi. Kau duduk sini, aku pergi beli aiskrim." Taehyung gosok kepala Yoonji sebelum dia beredar.

Langkah Taehyung dipandang sepi sebelum dia keluarkan telefon. Mesej dari Younghoon sedikit sebanyak buat dia rasa sedih. Younghoon suruh dia balik.

Younghoon
-nuna baliklah..kita bincang elok2

Yoonji
-mummy daddy tak suka nuna dkt sana

Sementara menunggu balasan dari Younghoon, Yoonji pandang ke depan. Kelihatan Taehyung sedang membelek telefonnya sementara menunggu giliran membeli aiskrim. Yoonji tersenyum. Taehyung je yang boleh buat hati dia tenang.

Taehyung decline panggilan dari Seokjin. Dari semalam Seokjin dan Hoseok mesej menyuruhnya pulang untuk meneruskan rawatan bersama Namjoon. Masalahnya, dia dah sembuh. Namjoon sendiri yang bagitahu hanya Yoonji ubatnya.

Tak fahamlah.

"Nak perisa apa Taehyung?" tanya pakcik penjual aiskrim.

"Mint chocolate satu.."

"Saya pun nak satu mint chocolate." Sampuk satu suara.

"Maaflah, perisa mint chocolate tinggal satu je. Untuk si Taehyung ni." kata pakcik itu.

"Oh jeongmal?" suara gadis itu terus mengendur. Taehyung angkat muka memandang gadis itu. Serta merta riaknya berubah. Jantung berdegup laju bagaikan mahu pecah dadanya.

"Yeo..Yeoreum?" soal Taehyung.

"Eoh Taehyung?" Yeojung tersenyum sinis. Lihat saja muka terkejut Taehyung buat dia ketawa jahat dia dalam hati. Sadis hidup kau Taehyung!

"Kau hidup lagi?"

"Hidup? Bila masa saya mati?" Yeojung ketawa yang sengaja dibuat-buat. Aiskrim yang dihulurkan oleh pakcik penjual aiskrim itu terus disambarnya.

"Kalau awak rasa bersalah atas apa yang berlaku dulu, bagi lah saya aiskrim mint chocolate ni." Yeojung hulurkan duit dan terus berlalu pergi.

"Yeoreum!" Panggil Taehyung. Langsung dia tidak jadi beli aiskrim sebaliknya dia kejar Yeojung yang disangkanya Yeoreum.

"Apa dah jadi?" tanya Taehyung.

"Jadi apa? Kita break empat tahun lepas. Lepastu buat haluan masing-masing. I bet awak dah couple dengan cinderella kau kan?" Yeojung jilat aiskrim miliknya. Matanya sudah nampak Yoonji yang sedang duduk di satu kerusi tepi tasik.

"Bukan kita accident ke?"

"Accident? Oh yeah, sebab kita bergaduh kan? Tapi saya tak mati. Takpelah Taehyung, saya dah move on." Selamba saja Yeojung tuturkan kata. Dalam hati sudah menongkol geram. Ingin saja dia bunuh Taehyung di sini. Tangannya sudah diseluk ke dalam poket untuk keluarkan pisau tetapi niatnya terhenti apabila lihat Seonghwa menggelengkan kepalanya dari jauh. Gigi diketap.

"Saya balik dululah. Esok datanglah rumah, ada party." ujar Yeojung sebelum dia menghilang ke dalam sebuah kereta. Taehyung mengeluh. Dia terus menoleh ke tepi. Kelihatan Yoonji sedang bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon. Taehyung melangkah menuju ke arah Yoonji.

"Ye, nuna..nuna mianhaeyo. Yes Hoon cakap daddy dah boleh terima nuna tapi Hyuri? Dia boleh terima ke?" Keluhan terbit di bibir Yoonji. Secara tiba-tiba telefonnya dirampas dari belakang. Taehyung lihat skrin telefon sebelum dia tamatkan panggilan.

Wajah berkerut Yoonji dipandang.

"Waeyo?" tanya Yoonji.

"Kau berhubung lagi dengan keluarga tu?"

"Still family aku." balas Yoonji bersama keluhan.

"Aku bukannya nak menghasut kau Yoon. But please lah buka mata kau tu. Diaorang layan kau macam sampah." kata Taehyung.

"Macam yang aku cakap, diaorang still lagi family aku."

"Kau ni bodoh ke apa? Takde maruah?" Soalan Taehyung itu buat Yoonji terdiam. Mukanya dialihkan ke arah tasik. Air hangat bergenang di tubir mata.

"Aku tak boleh benci diaorang." tutur Yoonji perlahan.

"Tengok tu, kau nak menangis kan?" Taehyung tarik bahu Yoonji supaya menghadapnya. Anak mata gadis itu dipandang dalam.

"Kalau aku tak fikirkan kau, dah lama aku pukul diaorang tahu tak? Sebab kau cinderella aku. Cinderella dalam dunia aku. Yang tak layak untuk bersedih." Ujar Taehyung. Seketika kemudian terasa air menitik ke mukanya. Lama-lama semakin banyak dan Taehyung terus mendongak.

"Kajja. Hujan dah." Jaket kulit yang tersarung di badannya ditanggalkan lalu diletak atas kepala Yoonji. Mereka berlari anak ke sebuah pondok berdekatan.

"Ahh dah lama tak main hujan." kata Yoonji. Tangannya bermain-main dengan air hujan yang jatuh menitik dari atas bumbung.

"Tae.." panggil Yoonji. Taehyung menoleh.

"Aku nak mandi hujan." Kata Yoonji tiba-tiba.

"Jangan nak merepek. Kau tu bukannya budak kecil." Larang Taehyung sambil digelengkan kepalanya. Tanpa menghiraukan kata-kata Taehyung, Yoonji terus saja keluar dari pondok itu dan bermain dengan air hujan. Seronok. Ini saja cara supaya hatinya tenang.

"Yoon!" Taehyung berdecit. Nak redah, tapi hatinya melarang. Sudahnya dia hanya memerhati saja Yoonji yang ketawa gembira. Senyuman tak lekang di bibir.

______

"Achum!"

"Eee jangan dekat!" Kata Yoongi sambil jarakkan dirinya dari Yoonji yang baru turun dari atas.

"Orang demam jelah. Bukannya kena covid." ujar Yoonji.

"Demam tu tanda-tanda awal covid. Baik kau pergi cek Ji." arah Yoongi.

"Mengarut lah! Semalam adik main hujan tu yang demam. Dah sana." Halau Yoonji. Dia baring atas sofa sambil mata memandang skrin tv yang memaparkan rancangan tv I-Land. Lama kelamaan matanya semakin layu dan dia terlelap.

Yoonji terjaga dari tidurnya apabila terasa seperti rambutnya dibelai. Bila dia buka mata, wajah Taehyung yang berada di pandangannya. Yoonji kerutkan dahi.

"Taehyung?" tanya Yoonji pelik. Ni mesti Yoongi yang beritahu Taehyung dia demam. Kalau tak, takkan Taehyung boleh ada di sini pula sedangkan lelaki itu perlu balik ke Seoul bertemu Seokjin harini.

"Lain kali degil lah lagi. Kalau boleh mandi hujan lama sikit." perli Taehyung.

"Demam sikit jelah." kata Yoonji.

"Ni lah sebabnya aku tak nak mandi hujan semalam. Kalau aku demam, siapa nak jaga kau?" Taehyung capai mangkuk bubur di atas meja lalu disuapnya ke mulut Yoonji. Yoonji gelengkan kepalanya.

"Eleh bukannya Yoongi takde. Omma dengan appa pun ada jaga aku."  Ujar Yoonji selamba.

"Oh sorry. Diaorang takde. Pergi rumah bakal kakak ipar kau dekat Gangnam. That's why here I am. Yoongi call tadi." kata Taehyung. Yoonji lihat sekeliling. Serius lah dia kena tinggal? Apalah malang sangat nasibnya ni.

"Aku tak nak makan." Kata Yoonji dengan suara sedihnya.

"Aku tak bagi kau pilihan. Kau kena makan." Taehyung masih bertegas.

"Makan aku cakap." Suara dikeraskan. Yoonji mencebik dan makan juga dengan terpaksa. Bersusah payah dia telan bubur itu sebab sakit tekak. Taehyung hulurkan gelas pada Yoonji. Puas hatinya bila bubur sudah habis.

Selesai memberi Yoonji makan ubat, Taehyung ke dapur untuk letak mangkuk dan gelas yang sudah kosong. Dia kembali semula dan kelihatan Yoonji sudah tertidur semula. Mungkin kerana kesan ubat.

"Sleep tight, dear." bisik Taehyung.

To Be Continued

nak habis dah :)) thank you yang baca, vote, comment, silent reader and semuanya lah. thank you♡

His CinderellaWhere stories live. Discover now