Will you stop time
If this moment passes
As though it hadn’t happened
I’m scared scared scared I’ll lose you__________________
Hari berganti hari. Malam berganti malam. Semuanya berjalan seperti biasa. Taehyung terus-terusan beri harapan palsu pada aku tapi aku dah biasa. Sebab aku rasa mungkin dia nak layan aku dengan cara lain pula takut aku bosan.
Sudah sebulan berlalu. Sedikit saja lagi, kami bakal tamatkan sekolah. Masing-masing bawa haluan masing-masing. Mungkin juga, aku dan Taehyung bawa haluan masing-masing selepas itu.
Tak. Tak mungkin. Kami dah berjanji akan sentiasa bersama. Di mana ada Taehyung, di situ ada aku. Tapi, itu perjanjian sewaktu kami berumur 10 tahun. Boleh pakai lagi ke perjanjian tu?
Aku masih ada perasaan pada dia. Aku tengah belajar sesuatu. Iaitu perbezaan antara suka dan cinta. Mungkin aku cuma suka saja pada Taehyung? Dan perasaan ini mungkinlah bukan sesuatu yang orang panggil cinta.
Suka seseorang bermakna kau gembira dengan orang itu, sambil mencintai seseorang bermakna kau tidak boleh tahan tanpa orang itu.Cinta adalah emosi tanpa syarat, sementara suka adalah versi cinta yang lebih banyak disiram. Mungkin..aku cuma sukakan Taehyung? Aku saja yang ambil serius padahal takde apa pun.
"Aigoo! Kau buat apa dekat sini Yoonji ahh. Sejuk tahu tak dekat luar ni. Sini! Aigoo aigoo aigoo, tengok tu kau dah jadi orang tua ke? Rambut kau yang hitam pekat dah tukar jadi putih." Kepala aku diusap-usap oleh Taehyung yang baru datang. Dia buang salji yang penuh atas kepala aku. Aku tersengih.
"Know you love me boy so that I love you." Aku menyanyi sambil tadah salji yang turun dengan tangan aku.
"Know you love me girl so that I love you." Taehyung menyambung nyanyian aku.
"thank you so much for being at my side so far."
"I’ll be by your side always don’t worry ’bout a thing my love."
"I know the red carpet that spreads out ahead of me it’s red because of
the tears of blood of the people who love me.""I know your gaze that remained on me that day is something shared between you and me that can never be replaced." Kami berhenti nyanyi di situ. Lagu tu dinyanyikan oleh kami setiap kali tengok salji turun. Aku pandang Taehyung. Dia diam. Tangannya bermain-main dengan kuku sambil kepala dia menunduk.
Aku telan air liur yang terasa kelat. Tangan Taehyung aku pegang. Sejuk.
"Kim Taehyung." Aku jeda. Memandangnya yang tiba-tiba berubah sedih. Aku gosok-gosok tangannya.
"Kalau sakit, bagitahu. Kalau sedih, menangislah. Kalau tak ada tempat untuk luahkan, datanglah dekat aku. Menangislah dekat aku. Mintalah aku rawat kau. Sebab aku sentiasa ada untuk kau." Kataku perlahan. Taehyung pandang aku. Aku nampak dia tahan air matanya.
"Bogo shipeoseo." Katanya pada aku dan air matanya jatuh di pipi. Aku tarik kepalanya dan disandarkan pada tepi bahu aku. Kepalanya diusap.
"Aku tak nak menangis tahun ni. Tapi macam mana pun aku tahan, aku sakit. Sakit sangat. Aku rindu diaorang." Luahnya. Tangisannya tak kedengaran tapi air matanya mengalir. Itulah Kim Taehyung.
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...