Dua hari berlalu sejak peristiwa rumah Yoonji terbakar. Atau dalam erti kata lain, bilik Yoonji terbakar. Pihak polis masih cuba mengesan keberadaan Yoonji.
Ketiadaan Yoonji buat diri Taehyung tidak bersemangat. Hari-hari dia cuba mencari teman wanitanya itu namun tidak ditemui.
Mesej dari Yeoreum melalui instagram dibaca malas. Tiada benda lain yang nak dimaklumkan melainkan majlis hari jadinya. Kali ini, Yeoreum memberitahunya yang majlis itu sudah bertukar lokasi iaitu di rumah Park Seonghwa, teman lelaki Yeoreum.
Taehyung mengeluh hampa. Dalam keadaan Yoonji hilang entah ke mana ni, dia mana ada mood nak berparti bagai. Yeoreum ni ada otak ke tidak?
Taehyung keluar dari bilik Yoonji yang sedang dibaik pulih itu. Mata terus tertumpu pada Yoongi, Tuan Min dan Puan Min yang sedang berbincang dengan pihak polis di ruang tamu.
"Saya balik dulu." Pamit Taehyung. Tadi dia sudah menyertai perbincangan dengan polis tu, namun hampa. Keterangan polis itu mengatakan ada kemungkinan Yoonji diculik oleh orang yang mencetuskan kebakaran.
Dia tak percaya. Siapa saja yang nak bermusuh dengan Yoonji? Yoonji tak pernah ada musuh melainkan Yeoreum dan Hyuri.
Hyuri? Jangan-jangan Hyuri ada kaitan dalam hal ni.
Taehyung bergegas pulang ke rumah. Sampai di rumah, dia terus dapatkan Seokjin dan Hoseok yang sedang duduk bersembang di ruang tamu.
"Hyung, jom balik Seoul. Aku nak buat rawatan tu." Ujar Taehyung. Seokjin dan Hoseok berpandangan.
"Waeyo?" Tanya Seokjin.
"Aku dah buat keputusan. So, jom gerak."
"Sekarang?" Tanya Hoseok pula
"Yalah!"
"Ish yalah-yalah. Kejap nak siap." Kata Seokjin dan terus naik ke atas. Dia perlu segera sebelum Taehyung tiba-tiba ubah fikiran. Bukan senang nak suruh Taehyung buat rawatan. Tinggal dua saja lagi dan Taehyung bebas.
×××××
"Saya rasa Taehyung tak datang lah birthday party awak tu nanti sayang." Ujar Seonghwa semasa mereka makan di sebuah restoran. Yeojung mengunyah perlahan sambil mata tepat memandang ke arah pisau stik di sebelah pinggan Seonghwa.
"Lantak dia lah nak datang ke tak." Jawab Yeojung selamba. Seonghwa kerutkan dahinya memandang Yeojung.
"Seriously? Haritu bukan awak beria ke nak suruh dia datang?" Tanya Seonghwa pelik.
"Entah. Tiba-tiba terfikir benda lain pula." Kata Yeojung sambil keluarkan telefonnya.
"Tengok ni." Yeojung halakan skrin telefon ke Seonghwa. Seonghwa baca berita yang tersebar di media sosial itu kemudian dia pandang Yeojung.
"So?" Tanya Seonghwa hairan.
"Sebab berita ni lah Taehyung tak nak datang majlis saya tahu tak?" Yeojung merengus kasar.
"Dah lah bilik terbakar, lepastu nak hilangkan diri pula. Menyusahkan! Asal tak mati je? Senang sikit kerja saya nak hapuskan dua-dua tu." Telefon diletakkan atas meja dengan kasar. Seonghwa tersenyum lantas tangan Yeojung dipegangnya.
"Biarlah dia nak hilang. Biar Taehyung tu jadi gila balik. Easy right?"
"Saya tak nak dia gila. Saya nak dia mati. Mati! Saya dah plan nak bunuh dia masa birthday party tu keundae wae perempuan tu nak hilang pula?"
"Shh! Kita dalam restoran ni. Orang dengar nanti." Seonghwa lihat sekeliling. Mujur tiada siapa yang terdengar. Kalau tak, mahu ada yang call polis.
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...