34

162 23 4
                                    

Yeojung pandang Seonghwa kemudian dia pandang Taehyung semula. Ketawa yang dibuat-buat oleh Yeojung mula kedengaran.

"Kau buat lawak ke?" Tanya Yeojung.

"Kau rasa aku tengah buat lawak ke sekarang ni?" Soalan dibalas dengan soalan. Yeojung tolak tubuh Taehyung supaya menjauhinya.

"Kau tipu! Habistu kalau betul semua tu cuma lakonan, kenapa Yeoreum terluka bila kau dengan Yoonji?" Tanya Yeojung.

"Sebab Yeoreum mungkir janji. Dia lari dari plan asal."

"Tipu! Aku tak percaya!" Kata Yeojung dengan mata yang sudah berair.

"Aku..tak tipu."

Flashback 4 Tahun Lepas

Dua hari selepas Taehyung keluar dari hospital gara-gara gastrik. Bubur McDonalds yang dipesan hanya dikacau-kacau menggunakan sudu. Jam di tangan dilihat sudah pukul 5.30 petang. Baru saja dia nak menelefon Yeoreum, kerusi di hadapannya ditarik.

"Mian lambat!" Kata Yeoreum. Beg galas diletakkan atas meja. Taehyung tersenyum kecil.

"Gwenchana. Ada apa nak jumpa saya?" Tanya Taehyung terus. Yeoreum pandang Taehyung serba salah. Selepas dia berjumpa dengan Yoonji tempoh hari di kafe hospital, dia jadi serba tak kena. Kenapa dia boleh begitu berani bertindak menipu gadis itu? Sedangkan Taehyung bukan memilihnya, tetapi dia kata pada Yoonji yang Taehyung memilihnya.

Wajah Taehyung yang bersih itu dipandang. Sejujurnya dia memang dah lama jatuh cinta pada Taehyung. Dari dulu dia asyik memerhati Taehyung dari jauh setiap kali lelaki itu datang ke McDonalds.

Sampailah dia dan Taehyung menyamar untuk jadi pasangan kekasih. Perkara itu tak susah baginya kerana dia anggap Taehyung teman lelakinya. Cuma Taehyung saja yang mungkin menganggapnya tidak lebih dari seorang kawan.

"Yeoreum?" Taehyung memanggil bila lihat Yeoreum mengelamun.

"Hmm?"

"Neo gwenchana? Ada masalah ke? Awak sakit?" Tanya Taehyung. Yeoreum gelengkan kepalanya.

"Saya ada sesuatu nak cakap dekat awak."

"Cakap lah."

"Saya sebenarnya suka awak." Yeoreum berterus terang. Dia tak sanggup lagi menyimpan perasaannya pada Taehyung. Dia mahu apa yang dikatakan pada Yoonji tempoh hari di hospital menjadi kenyataan.

"Mwo?" Taehyung terus ketawa yang kedengaran hambar.

"Na jinjahae."

"Neo micheoseo? Kita dah bincang? Cuma menyamar jadi pasangan kekasih. Bukannya betul-betul jadi pasangan kekasih. Dah lupa?"

"Kalau macam tu kita stop pretending. Let's be real." Kata Yeoreum tanpa teragak-agak. Taehyung gelengkan kepalanya.

"Andwae. Awak tahu kan? Perempuan yang saya cintakan tu cuma Yoon."

"Tapi saya cintakan awak." Tutur Yeoreum perlahan.

"Yeoreum. Macam mana saya nak terima awak? Hati saya pada orang lain." Taehyung mengeluh kesal. Kenapa jadi macam ni pula?

"Awak takkan tak faham perasaan saya? Awak cintakan Yoonji tapi Yoonji tak nampak. Macam tu juga saya. Saya cintakan awak tapi awak tak nampak. Awak faham kan perasaan saya?" Yeoreum nampaknya mendesak. Taehyung mula tak keruan. Wajah diraup kasar.

"Gwenchana kalau awak tak cintakan saya. Kita mula dari bawah perlahan-lahan." Tambah Yeoreum lagi.

"Mianhae Yeoreum. Saya tak boleh." Taehyung bingkas bangun dari duduknya dan terus membuka langkah untuk beredar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His CinderellaWhere stories live. Discover now