Mesej yang dikirim oleh Yeoreum melalui dm dibaca sekilas saja. Yeoreum menghantar alamat rumahnya sebagai jemputan ke majlis hari jadi.
Taehyung mengeluh. Jika diikutkan hati, dia tak mahu pergi ke majlis itu memandangkan dia tak nak lukakan hati Yoonji lagi.
"Taehyung." Taehyung terus menoleh bila namanya disebut. Kelihatan Seokjin sedang berdiri di muka pintu biliknya sambil berpeluk tubuh.
"Hmm?"
"Balik Seoul. Kau kena buat sambung treatment."
"Nak sambung apa lagi? Aku dah sihat lah hyung!" Bentak Taehyung. Seokjin mengeluh hampa.
"Cuba lah dengar cakap aku sikit. Aku ni abang kau. Kau tu ada lagi dua treatment je. Lepas Namjoon dah confirmkan kau betul-betul dah sihat, ikut suka kau lah nak merayap ke mana pun." Bebel Seokjin.
"Yang kau ada dekat sini ni dah kenapa?" Tanya Taehyung geram. Seokjin ni businessman. Jadual sentiasa penuh dengan meeting dan sebagainya. Harini tiba-tiba saja Seokjin ada masa.
"Aku tak boleh nak datang sini ke pun? Ni bukan rumah kau sorang. Rumah aku juga." Jawab Seokjin.
"Kau pergi lah balik Seoul. Aku nak duduk sini sorang-sorang. Kacau je." Rungut Taehyung. Baru je nak tenangkan fikiran duduk di sini. Nampaknya tak kesampaian.
"Aku boss, suka hati aku lah." Seokjin terus berlalu pergi. Taehyung merengus kasar. Menyibuk je!
Dalam ketidakpuasan hatinya itu, telefonnya berdering minta diangkat. Taehyung lihat skrin telefon sebelum bibirnya meloret senyum gembira.
"Yes, my cinderella?"
"Kau nak kena dengan aku ke?"
"Haa? Apa maksud kau? Aku buat apa?"
"Tak kelakar lah Taehyung. Tak kelakar!"
"Tak, aku tak faham. Apa salah aku? Kau kenapa ni?"
"Kau lah! Nak takut-takut kan aku tu kenapa?"
"Bila masa pula? Eh Yoon, kau okay tak?"
"Dah lah Taehyung. Aku tahu kau dekat luar. Tak payah nak prank-prank aku sebelum aku naik angin."
"Aku dekat rumah lah. Baru je nak on the way pergi rumah kau."
"Tipu. Habis bunyi dekat luar tu apa?"
"Kau dengar bunyi apa?" Taehyung mula rasa tak sedap hati. Siapa pula yang cuba menakut-nakutkan Yoonji ni? Jangan-jangan Jungkook?
"Bunyi tapak kasut." Yoonji sudah mahu menangis. Taehyung telan air liurnya. Dia terus berlari keluar dari bilik dan bergegas ke rumah Yoonji.
"Kau kunci pintu bilik. Jangan keluar selagi kau tak dengar suara aku. Araso?"
"Nae. Palliwa. Aku takut."
"Ye sayang. Sekejap, aku datang." Anak tangga dituruninya laju. Namun nasibnya malang bila dia tersadung.
Taehyung mengeluh. Dia cuba bangun namun tak berjaya. Agaknya kaki dia terseliuh.
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...