21

182 27 0
                                    

"Mana dia pergi ni, Hoseok. Aku risaulah." Seokjin mengeluh beray sambil urut kepalanya yang mula berdenyut-denyut memikirkan kehilangan Taehyung.

"Relax Seokjin. Aku tak rasa Taehyung buat something yang bukan-bukan. Dia cuma ada masalah gangguan emosi je. Dia bukannya sampai hilang akal macam orang gila."

"Haih..macam mana aku tak risau Hoseok. Dia tu tak boleh jangka. Kau tengoklah apa yang jadi dekat villa haritu. Kai dengan Yeonjun nyaris mati dikerjakan Taehyung."

"Dapat tak jejak phone Beomgyu ?"

"Dapat. Diaorang ada dekat Gangnam." Kata-kata Hoseok itu buat Seokjin hembus nafas lega. Nasib baik.

____________

"Tuan, sebenarnya kita nak pergi mana ni? Dari tadi kita berjalan." Beomgyu garu kepalanya yang tidak gatal. Taehyung jongketkan kedua belah bahunya. Dia kemudian lihat sekeliling.

"Kita jalan je sampai jumpa Yoon?" Taehyung angkat kedua-dua keningnya. Beomgyu tepuk dahinya. Tapi segera dia buat riak biasa bila Taehyung memandangnya. Mampus dia kalau Taehyung nampak dia tepuk dahi tadi. Taehyung bukan boleh salah sikit.

"Ok." Beomgyu ukir senyum palsu.

Taehyung senyum sinis. Bukan dia tak tahu apa yang ada dalam kepala otak Beomgyu. Saja je dia diam dan buat-buat tak nampak.
Kepalanya sekarang ligat berfikir kejadian semasa dia larikan diri bersama Beomgyu tadi. Dia terlanggar seorang perempuan.

Sepertinya dia kenal perempuan tadi berdasarkan siara gadis itu. Yoon ke? Mustahillah Yoon. Sebab perempuan tadi bergaya sangat. Yoon yang dia kenal bukannya seorang yang pandai bergaya. Bukan macam Yeoreum. Tidak sama sekali. Yeoreum..

Beomgyu kecilkan mata memandang sebuah kereta putih yang lalu tidak jauh dari mereka. Kereta itu macam kereta Seokjin. Tapi, takkan lah?

"Erm, tuan. Saya nak pergi tandas sekejap boleh tak? Sakit perut lah.." Beomgyu pandang Taehyung yang berwajah dingin itu. Dia merengus kasar.

"Tahan tak boleh ke?" Taehyung menjeling Beomgyu. Beomgyu mengeluh tanpa sedar. Haih, janganlah dia terlepas kereta tu.

"Tuan duduklah dekat sini dulu. Sekejap je saya pergi. Saya tak tahan sangat dah ni.." Beomgyu pegang perutnya. Dahinya sengaja dikerutkan. Bagi nampak real sikit.
Taehyung lihat jam di tangannya.

"10 minit je. Aku takde masa nak tunggu kau." Taehyung terus duduk di sebuah bangku yang disediakan di situ. Beomgyu tersenyum dan terus berlalu pergi. Dia perlu segera. Taehyung berpeluk tubuh memandang gerak-geri Beomgyu. Jarinya bermain-main di lengan.

Senyuman sinis terukir di bibir.

"I'm not as stupid as you thought, Choi Beomgyu." Taehyung terus bangun dan dia terus berlalu pergi. Sebaik dia menoleh, badannya terlanggar tubuh seseorang.

Mata bulatnya bertentang dengan mata hazel dia. Taehyung terkejut. Sangat terkejut. Jantungnya berdegup laju. Nafasnya mula tak teratur sekelip mata badannya rebah atas lantai.

"Omo!"

_____________

Hyunji POV

Aku termenung atas katil memandang salji turun di luar tingkap. Tenang.
Tapi tak setenang hati aku yang setiap kali tengok salji turun, menangis.
Aku tak pernah lupakan dia. Sama sekali tidak. Walaupun nama Yoonji aku sudah bertukar menjadi Hyunji, hati aku tak pernah bertukar.

Aku masih cintakan dia. Tapi, aku tipu diri sendiri.

"Know you love me boy..so that I love you.." Aku menyanyi perlahan. Air mata yang mengalir aku seka perlahan. Taehyung patut sambung nyanyian aku. Dah lama lagu itu tak lengkap.

His CinderellaWhere stories live. Discover now