Taehyung lihat profile picture pada nombor Seonghwa. Nombor itu sudah disimpan. Profile picture itu masih kabur kerana rangkaian wifi yang entah apa-apa di klinik Namjoon ini.
"Kau pakai wifi apa hyung?" Tanya Taehyung tanpa sedar. Namjoon yang sedang merekod sesuatu di buku rekod kesihatan Taehyung terus tanggalkan kaca matanya.
"Kenapa?" Tanya Namjoon hairan.
"Lambat! Aku nak tengok pfp Seonghwa ni pun tersangkut." Omel Taehyung.
"Eh, eh. Ingat Tae dengan hyung je ke yang pakai wifi? Nurse dengan doktor yang lain pun pakai lah." Kata Namjoon. Taehyung hanya mampu berdiam. Tidak lama kemudian gambar itu mulai jelas. Taehyung kerutkan dahi lihat gambar Yoonji yang berada di situ. Sangkanya gambar Seonghwa.
Baru saja dia nak telefon Seonghwa. telefonnya menerima satu kiriman video dari Seonghwa. Taehyung terus muat turun video itu. Anehnya, cepat pula video itu dimuat turun. Tadi nak tengok profile picture pun susah.
Video dilihat dengan penuh tanda tanya namun matanya membulat lihat Yoonji diikat di dinding dengan rambut yang dicengkam kuat oleh Yeoreum.
"Cakap lah apa-apa dekat Taehyung. Sebab kau takkan jumpa dia dah lepas ni. Jumpa dia dalam neraka jelah."
"Taehyung! Taehyung tolong saya. Saya tahu mungkin kita tak sempat jumpa, tapi saya nak awak tahu saya cintakan awak sangat-sangat. Saya tunggu awak datang. Palliwa.."
Mencerlung mata Taehyung melihat video berdurasi 20 saat itu. Tangisan Yoonji buat dia sakit hati. Hatinya bagai disiat-siat dengan pisau bila lihat Yoonji diperlakukan begitu.
Yeoreum? Jadi Yeoreum yang menculik Yoonji selama ini?
"Bodoh!" Jerit Taehyung lantas dia bangun dari duduknya. Namjoon terkejut.
"Nak pergi mana tu?" Tanya Namjoon cemas.
"Kau tak payah sibuk!" Jerkah Taehyung sambil mengatur langkah keluar dari bilik rawatan.
"Eh! Aigo!" Namjoon keluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Seokjin. Beberapa kali dia membuat panggilan baru Seokjin menjawab.
"Seokjin! Adik kau lari!"
_______
Bunyi loceng berkali-kali bersama ketukan pintu yang kuat buat Seonghwa dan Yeojung berpandangan. Seonghwa terus letak pinggan berisi sepotong kek yang masih belum dipotong kemudian dia terus ke pintu. Tak payah ditanya, dia memang sudah dapat agak Taehyung yang datang.
"Jakkaman.." kata Seonghwa bersahaja. Sebaik saja pintu dibuka tubuhnya terus dirempuh sehingga dirinya terjatuh atas lantai.
"Yoon!" Taehyung menghampiri Yoonji yang sedang menangis tetapi mulutnya dilekat dengan gam sellotape.
"Korang ni memang s*** lah!" Jerkah Taehyung. Yeojung yang sedang bersandar di atas sofa terus bangun. Dia berpeluk tubuh.
"Kau tak boleh sentuh perempuan ni. Dia hadiah birthday aku." Kata Yeojung selamba. Taehyung yang tidak mengerti terus saja menghampiri Yeojung.
"Kau apa masalah sekarang ni? Kau tak puas hati apa? Hah?" Bahu Yeojung ditolak dengan jari telunjuknya.
"Kau tanya aku? Kau sendiri tahu kan?!"
"Mwonde?!" Jerit Taehyung.
"Sebab perempuan ni Yeoreum mati!"
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...