Yoongi lihat Yoonji yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton drama Start Up di televisyen. Rindu pada si adik. Terkejut juga dia tadi bila lihat Taehyung, Jungkook dan Yoonji ada depan rumah.
Lepas Yoonji ceritakan segalanya, barulah dia faham. Tak guna punya keluarga kandung.
"Amboi dah lawa.." puji Yoongi. Rambut Yoonji dibelai. Yoonji menepis tangan Yoongi geram. Mengacau saja dia mahu menonton televisyen.
"Adik tak suka macam ni. Nak macam dulu." kata Yoonji. Nadanya kedengaran seperti merungut.
"Maksud adik?" tanya Yoongi.
"Adik berubah macam ni pun sebab nak jaga imej daddy. Dia kan ahli korporat. Lagipun adik beradik adik semuanya cantik, handsome. Sampai dekat adik? Hmm..." Yoonji mengeluh. Kenapa dia rasa seperti mimpi ngeri bila teringat yang dia pernah tinggal bersama keluarga kandungnya? Padahal mereka keluarga kandungnya.
"Taehyung duduk mana?" tanya Yoongi.
"Rumah lama dia lah."
"Bukan rumah tu kena sewa ke?" Tanya Yoongi dengan dahi berkerut.
"Mana ada. Tu kan rumah parents dia, mana boleh sewakan dekat orang sesuka hati. Mana oppa dapat berita ni?" Rimut tv dicapai lalu dia tutup tv di hadapan. Wajah Yoongi dipandang.
"Oh yeke? Oppa just dengar cerita je dari orang." Yoongi tersengih. Kalau begitu, tak apalah. Tak adalah dia risau sangat di mana Taehyung nak tinggal.
"Ji..oppa nak tanya sikit boleh?" tanya Yoongi.
"Mwonde?"
"Suka Taehyung lagi?" tanya Yoongi. Yoonji terdiam. Wajah ditunduk menekur lantai. Suka Taehyung?
Dia tak pernah berhenti cintakan lelaki itu.
"Kalau suka dia, terus terang je lepas ni. Pastikan Ji tak kecewa untuk kali kedua." Nasihat Yoongi. Yoonji tersenyum hambar.
"Thanks oppa. Ji naik atas dulu. Goodnight!" Yoonji terus berlalu pergi bersama senyuman di bibir.
______
"Mint chocolate..satu!" Kata Taehyung pada si penjual. Selepas membuat pembayaran, dia terus melangkah ke arah Yoonji yang sedang duduk menunggunya di meja makan kafe. Taehyung tersenyum.
"Jungkook mana?" tanya Taehyung sambil meletakkan cup bersaiz besar berisi aiskrim yang dipesan sebentar tadi.
"Dia mesej aku cakap on the way. Tapi on the way dia since 20 minit lalu. Bruh." Yoonji buat muka menyampah. Cup aiskrim ditarik lalu dia makan dengan penuh berselera.
"Kau ingat tak dulu kita suka lepak tepi Sungai Han, makan buah?" tanya Yoonji tiba-tiba. Taehyung rampas sudu di tangan Yoonji lalu cup ditarik ke hadapannya pula.
"Ingat. Kau even craving nak makan mangga time kita study dulu." kata Taehyung. Aiskrim disuap ke mulut Yoonji. Tidak lama kemudian Jungkook muncul sambil bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon.
"Hmm..ok. Ye, aku datang. Ada Taehyung dengan Yoon sekali. Alright." Jungkook terus tamatkan panggilan. Dia menarik kerusi lalu duduk.
"Busy betul kau kan?" Tegur Yoonji.
"Jihoon call aku tadi." kata Jungkook bersama senyuman. Taehyung kecilkan matanya. Jihoon? Lelaki yang agak rapat dengan Yoonji masa zaman sekolah?
"Kenapa dia call?" tanya Taehyung mendatar.
"Rumah dia ada buat majlis hari jadi. Hari jadi dia. Dia ajak semua ex classmate dia datang." kata Jungkook. Taehyung terus ketawa berdekah. Yoonji pandang Jungkook. Jungkook pandang Yoonji. Masing-masing mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...