3

264 33 1
                                    

Video : OST His Cinderella Part 1

"Eoh? Jihoon? Kau buat apa dekat sini?" Tanyaku. Jihoon tersengih. Headphone di kepalanya diturunkan ke leher.

"Jogging." Katanya sambil buka air mineral lalu minum. Aku mengangguk saja.

"Kau? Buat apa dekat sini?" Tanya Jihoon semula.

"Aku memang selalu lepak dekat sini dengan Taehyung. Tapi tak pernah pula nampak kau dekat area sini." Kataku jujur. Sebenarnya satu sekolah dah tahu aku dengan Taehyung macam belangkas. Jadi, takde apa nak disorokkan.

"Oh. Mana Taehyung?" Mata Jihoon melilau memandang sekeliling taman tasik itu.

"Beli aiskrim."

"Wah. Dekat mana ada jual aiskrim? Sorry lah aku tak tahu selok belok taman tasik ni sebab aku baru pindah sini. Sebelum ni aku duduk dekat area lain." Jelas Jihoon. Aku buat mulut bentuk o.

"Ada dekat hujung sana. Ada pakcik jual manisan." Aku halakan jari telunjuk ke arah tempat aiskrim itu dijual.

Tiba-tiba terasa sesuatu yang lembik naik ke kakiku. Aku lantas memandang betisku. Seekor ulat gonggok hitam kuning naik ke kakiku.

"Arghh! Jihoon eee tolong buang tu!" Aku sudah menggelupur di situ. Jihoon pegang aku supaya duduk diam dan dia ambil ulat itu dengan berhati-hati. Kemudian ulat itu dia letakkan kembali atas rumput.

"Bunuh lah! Geli tahu tak?" Aku mahu memijak tetapi ditahan Jihoon.

"Andwae! Ulat tu tak salah pun. Janganlah bunuh dia." Kata-kata Jihoon buat aku terdiam. Ok, Jihoon terlalu baik.

"Lain kali kalau nak pergi tempat macam ni jangan pakai seluar pendek. Padan muka!" Kata Jihoon sambil tergelak. Aku hanya tersengih. Aku memang selalu pakai seluar jeans atas lutut. Dan tshirt lengan pendek yang biasa.

"Err..tak selesa lah pakai seluar panjang."

"Oh! Ada bunga!" Jihoon ambil kelopak bunga yang gugur atas kepala aku. Aku tunduk sedikit. Kemudian mata kami bertentang.
Jihoon..dia sangat tampan.

_____________

Taehyung genggam kuat aiskrim yang dipegangnya kini. Adegan yang tidak sedap mata memandang berlaku di depan matanya. Hati dia..sakit. Kuat aiskrim itu digenggan sehingga remuk aiskrim yang dipegang di tangan kirinya itu. Taehyung lantas hempas aiskrim itu atas tanah dan terus berjalan ke arah Yoonji dan Jihoon yang sedang bersweet di situ. Diaorang ingat drama ke?

"Sorry Yoon! Lambat sikit." Taehyung duduk di tengah antara Jihoon dan Yoonji. Jihoon yang rasa tak selesa terus bangun.

"Err..aku pergi dululah. Annyeong!" Jihoon terus berlalu pergi. Taehyung hanya memandang kosong dan kemudian lihat Yoonji yang tak lepas dari memandang Jihoon.

"Stop it! Aku tak suka." Taehyung buat muka menyampah sambil tolak muka Yoonji supaya memandang ke arahnya. Yoonji pandang Taehyung geram.

"Kau ni lambat kenapa? Beli aiskrim ke buat aiskrim?" Perli Yoonji. Taehyung merengus geram dan terus buka aiskrim kon perisa vanilla itu lalu dimakannya.

"Beli satu je? Untuk aku takde?" Tanya Yoonji dengan suara sedih. Seketika kemudian baru Taehyung teringat. Aiskrim Yoonji tadi dah kena buang!

"Err..nah ambil ni." Taehyung hulurkan aiskrimnya kepada Yoonji.

His CinderellaWhere stories live. Discover now