2

323 36 4
                                    

Omg. Omg. Omg. Kenapa cerita ni..menyedihkan? Help me! Cerita ni paling sedih aku pernah tengok selepas Winter Sonata. Haih, kenapalah aku tengok cerita ni. Aku paling tak suka cerita sedih. Aku expect cerita ni happy-happy je sebab watak utama dia optimis. Tak sangka ending dia macam ni.

Menyesal tengok!

"Ji-ahh, tak tidur lagi ke? Esok nak sekolah kan?" Aku pandang gerangan yang menegurku itu. Ibu aku. Ibu angkat. Dia jaga aku sejak aku berumur 2 hari lagi. Aku sayang sangat dekat dia. Jujur cakap.

"Ji nak habiskan movie ni. Erm dah habis dah pun." Aku tersengih. Okay korang jangan confuse. Nama aku Min Yoonji. Hanya rakan-rakan selain ahli keluarga saja yang panggil aku Yoon. Sebab, Taehyung yang memandai suruh. Family aku semua panggil aku Ji. Aku ada abang nama dia Min Yoongi. Dia abang paling annoying dalam dunia lah kalau korang nak tahu. Tapi aku tetap sayang dia. Dia je kawan aku dulu sebelum aku jumpa Taehyung and the geng masa umur 6 tahun.

"Pergi masuk bilik, tidur. Jangan nak main telefon ke nak tengok kpop ehh. Ji tu pelajar lagi. Tak elok jaga sampai lewat malam." Nasihat ibu.

Haih, bersyukur kan? Ada juga orang nak jadi ibu aku. Daripada Taehyung? Dia takde ibu. Ayah pun takde. Dua-dua mati accident 2 tahun lepas. Tapi, nasib baik Taehyung ada abang. Abang dia pun bertanggungjawab orangnya. Bolehlah biaya semua kos pengajian Taehyung. Peliklah, orang baik macam Seokjin tu takde girlfriend ke?

"Ok gudnite omma." Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik aku yang terdapat di tepi tangga.

_____________

Aku salin nota yang cikgu tulis di papan putih. Taehyung yang tidur di sebelah aku tengok. Pelik, Taehyung paling tak suka tidur dalam kelas walaupun cikgu tak kisah pelajar dia nak tidur ke nak apa, yang penting dia dah ajar. Yelah, budak pandai. Dapat nombor satu je dalam kelas.

"Weh Taehyung! Bangunlah! Asal kau tidur pula ni?" Aku berbisik padanya. Taehyung gerak kan badannya sikit tapi kepalanya masih elok letak atas meja.

Hmm, lantaklah. Mungkin Taehyung letih tadi dia main bola keranjang masa waktu pendidikan jasmani.

Aku sambung salin nota di papan putih. Sekejap saja nota ini bertahan, nanti mesti cikgu padam lepastu buat nota baru. Sebab tu kena salin cepat.

"Oh sebelum saya terlupa, pelajar. Minggu depan ada pertandingan menulis sebuah cerita pendek. Siapa nak masuk, bagi nama. Buatlah cerita apa pun, saya tak kisah. Pertandingan ni sempena minggu bahasa. Kalau boleh, saya nak awak semua libatkan diri lah. Ni pun last year untuk awak semua sebelum awak sambung belajar entah kemana-mana pula." Kata Mr. Yoo kepada pelajar.

"Hadiah dia apa?" Tanyaku.

"Dua keping tiket ke Everland Park."
Kata Mr. Yoo dan terus sambung menulis semula.Mataku membulat. Tu..tempat aku dengan Taehyung plan nak pergi! Dengan pantas aku kejutkan Taehyung.

"Weh Taehyung! Jom masuk pertandingan tu! Jom lah..." Aku goncang-goncangkan badannya.

"Yoon, janganlah." Kata Taehyung. Tak nak diganggu semasa dia tidur.

"Ala Taehyung, jom lah masuk. Kau cakap je nak masuk ke tak?"

"Nantilah cakap pasal ni. Aku sakit kepala ni. Tak tahulah kenapa." Kata Taehyung yang masih letakkan kepala atas mejanya. Aku pandang Taehyung. Kepalanya aku pegang dan urut perlahan.

"Nak balik ke? Aku call Seokjin oppa suruh dia datang ambil kau."

"Takpe lah. Dia kerja. Sikit je ni. Nanti ok lah tu." Kata Taehyung. Aku mengeluh. Degil. Seokjin boleh je datang ambil kalau sibuk. Seokjin kan boss. Aku rasa karang aku nak call Seokjin lah.

His CinderellaWhere stories live. Discover now