Aku dan Taehyung keluar dari kelas apabila sudah waktu rehat.
Kami tak makan di kantin sebaliknya beli makanan di koperasi dan makan di dalam kelas."Yoon, kalau kau suka seseorang, kau buat apa?" Tanya Taehyung tiba-tiba. Aku kerutkan dahi.
"Aku diam je. Lepastu cari masa sesuai untuk confess." Kataku sambil menilik jam di tanganku.
"Tapi kan, macam mana kalau..masa kau confess, kena reject?" Tanya Taehyung lagi.
"Haih kau ni dah ada suka dekat sesiapa ke ni? Pergi jelah confess dekat dia nanti sebelum kena kebas dengan orang lain." Aku merengus kasar. Dalam hati aku dah menangis dah bila aku cakap macam tu. Mana boleh Taehyung confess dekat orang lain.
"Ok, Yoonji. Sebenarnya, aku suka kau. Dah lama dah. Since aku nampak kau dekat mcdonald haritu. Aku dah lama perhati kau. Setiap kali aku pandang kau, hati aku berdebar. Dah lama lepastu, baru aku tahu yang..aku dah jatuh cinta dekat kau. Err..sudi ke kau terima cinta aku? Kalau tak sudi takpe. Aku pergi!" Taehyung pejam matanya. Aku tergamam. Terkedu. Trrkejut. Semua ada. Aku ke? Aku ke perempuan tu? Taehyung luahkan perasaan dekat aku?
"Ottae? Jadi ke? Nampak macam real ke?" Taehyung buka matanya sambil tersenyum lebar. Matanya bersinar-sinar menunggu jawapan aku. Bibir aku terketar-ketar. Again. Dia bagi fake hope. Aku terasa mahu menangis sekarang ni. Kenapa aku perlu menangis untuk orang yang tak cintakan aku pun.
"Err..ok ok. Perfect! Even aku pun terpukau. Tapi kau add lah something. Kau menyanyi ke untuk dia. Mesti dia lagi suka." Cadang aku. Entah apa aku buat sebenarnya ni. Aku suka dia. Tapi aku bantu dia cadangkan pula cara nak confess. Hish!
"Gomawoyo Yoon ahh. Kau memang kawan baik aku!" Tubuh aku dipeluk. Aku hanya tersenyum hambar. Ini hanya fake hope! Fake hope! Sedarlah Yoonji!
"Taehyung, Cikgu Jung nak jumpa." Kata seorang pelajar lelaki. Taehyung betulkan uniform sekolahnya dan terus berlalu pergi tinggalkan aku.
"Annyeong cinderella!" Kata Taehyung sambil buat mini heart dekat aku banyak kali. Aku menjelingnya dan turut berlalu pergi ke arah lain.
"Yah Park Jihoon!" Panggilku sebaik saja aku nampak dia berjalan berseorangan di koridor sekolah menuju ke kantin. Aku berlari ke arahnya.
_____________
Taehyung berlalu pergi tinggalkan Yoonji. Dia sempat menoleh dan layangkan mini heart kepada Yoonji. Banyak kali dia buat tapi hanya jelingan yang dibalas oleh Yoonji. Taehyung tergelak kecil.
"Kwiyom." Kata Taehyung dan terus sambung jalan.
"Yah Park Jihoon!" Jeritan Yoonji buat Taehyung berpaling semula. Dia lihat Yoonji berlari anak ke arah Jihoon. Taehyung merengus geram.
"Kenapalah dia nak lalu sini pula!" Taehyung genggam tangannya. Lihat saja Yoonji dengan Jihoon yang sedang ketawa sama-sama sambil berjalan.
Ingat sweet ke?
"Lupakan Taehyung. Anggap je kau tak nampak. Mata kau tak benarkan tengok shit things." Kata Taehyung pada diri sendiri dan terus berlalu pergi.
________________
Yoon's
"Yah palliwa! Kenapa kau terhegeh-hegeh ni?" Aku merengus kasar. Padahal cuaca sangat sejuk, boleh pula Taehyung jalan lambat-lambat.
Taehyung sepak batu-batu kecil di atas jalan sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket kot panjangnya."Sabarlah. Aku..sakit kaki. Tak boleh jalan laju-laju." Kata Taehyung. Aku mencebik. Taehyung suka bagi alasan tak munasabah. Sebenarnya dia sengaja jalan lambat-lambat sebab dia tahu aku tak pakai kot ataupun hoodie. Cuma pakai uniform sekolah.
YOU ARE READING
His Cinderella
RomancePerbuatannya, tingkahnya, ayatnya, semuanya memberi kesan pada hati si gadis sehingga dia berharap. Yoonji rapat dengan lelaki lain ataupun punyai crush di media sosial, pastinya Taehyung tak suka. Reaksi dia jelas menunjukkan dia cemburu tapi dia m...