9

184 29 2
                                    

Pintu bilik aku kunci. Aku tak nak jumpa sesiapa pun harini. Aku nak bersendirian. Omma dengan appa sudah puas mengetuk pintu bilik. Aku hanya diam saja di atas katil.
Sudahlah aku geram dengan Taehyung. Tiba-tiba dekat rumah pun masalah datang. Kenapalah malang sangat ni?

Tiba-tiba kedengaran seseorang membuka kunci dari luar. Aku terus tarik selimut menutupi seluruh badanku hingga ke muka dan aku pejam mata. Aku tahu yang buka kunci tu Yoongi. Yoongi simpan kunci pendua bilik aku.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik aku dibuka.

"Ji.." Panggilnya perlahan. Dia duduk di sisi katil aku dan tarik selimut. Aku buka mata. Muka Yoongi aku pandang.

"Kenapa tak nak turun makan? Ji tak sarapan tadi. Takkan makan tengahari pun Ji tak nak? Nanti perut tu masuk angin."

"Ahjumma dengan ahjussi tu dah balik ke belum?" Tanyaku dengan suara serak. Yoongi mengeluh.

"Apa cakap macam tu? Siapa ajar Ji jadi macam ni? Bila Ji buat perangai macam ni, ibu bapa kandung Ji mesti salahkan omma dengan appa sebab tak pandai didik Ji jadi orang yang pandai hormat tua. Ji nak ke orang judge omma dengan appa macam tu? Hmm?"

Aku kembali menangis semula. Aku dah biasa dan selesa bersama mereka. Macam mana aku nak berpisah dengan mereka? 17 tahun aku hidup dengan mereka. Mereka terlalu baik. Mereka tak pernah mengungkit tentang mereka kutip aku. Sikit pun tak pernah.

"Oppa tak sedih ke kalau Ji pergi? Ji seorang je ke yang sedih bila kena berpisah dengan omma, appa dengan oppa?" Tanyaku. Terlalu sedih.

"Siapa cakap kami tak sedih. Kami lagi sedih kalau nak dibandingkan dengan Ji. Tapi, lagi sedih dengan ibu bapa kandung Ji. Diaorang tak pernah jumpa Ji. Tak pernah rasa macam mana jaga Ji. Tak tahu apa yang Ji suka, apa yang Ji tak suka, Ji ambil kelas aliran apa, Ji berkawan dengan siapa. Diaorang tak pernah rasa semua benda tu."

"Habis kenapa buang Ji? Siapa suruh diaorang buang Ji?" Aku masih tak puas hati.

"Oppa tahu sebab apa. Tapi biar Ji yang tanya sendiri dekat ibu bapa Ji. Oppa tak nak cerita. Ji tak happy ke dapat jumpa keluarga kandung?"

"Mestilah happy. Tapi, Ji sedih. Kenapa diaorang buat Ji macam ni?"

"Go and get your parents. Diaorang tunggu Ji."

______________

Taehyung campak telefonnya ke tepi. Dia baring sambil berpeluk tubuh di atas sofa. Mata dipejamkan. Dia mesej Yoonji tetapi tidak berbalas. Dia call Yoonji pun tak angkat. Yoonji ni pelik.

Ada apa-apa dah jadi ke?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Taehyung terus ambil telefonnya dan jawab.

"Hello Ji! Kau kenapa? Kenapa kau tak jawab call aku? Kenapa kau tak baca mesej aku? Aku risau tahu tak?" Kata Yoonji.

"Ermm.."

Balasan itu menyebabkan dahi Taehyumg berkerut seribu. Dia lihat skrin telefonnya. Matanya membulat.

"Yeoreum! Mianhae, saya ingat Yoonji call tadi." Kata Taehyung. Rambutnya diramas-ramas tanda kesal. Yang ditunggu orang lain, yang call orang lain.

"Kenapa dengan Yoonji?"

"Tak tahulah. Dia tak baca mesej saya. Call pun angkat. Saya risau. Dia tak pernah macam ni."

"Pergilah rumah dia." Kata-kata Yeoreum itu buat Taehyung terfikir. Kenapa dari tadi dia tak pergi rumah Yoonji tadi? Haih, bebal betul kau Taehyung!

"Gomawo Yeoreum. Saya pergi rumah dia dulu lah." Kata Taehyung dan terus tamatkan panggilannya. Baru saja dia nak keluar, Taehyung pegang perutnya. Dahinya berkerut.

"Ahh.." Taehyung terus berlari ke tandas.

______________

Yeoreum letak telefonnya atas meja makan. Dia termenung. Dia rindu Taehyung. Baru sekejap tak jumpa, dia dah rindu. Dia call Taehyung tadi sebab dia rindu nak dengar suara Taehyung. Tak sangka pula Taehyung ingat dia Yoonji.

Yoonji...

Yeoreum mengeluh. Kejadian di shopping mall semalam kembali bermain di mindanya.

"Yoon, tengok ni. Dekat aiskrim ni tulis Say 'I love you' to your ice-cream partner and your relationship will be forever. "

"So?"

"I love you."

"Stop it."

"I love you I love you I love you! Cakaplah balik I love you dekat aku. Nanti hubungan kita sebagai kawan berterusan sampai bila-bila."

"Kau ingat kita ni couple ke? Perkataan I love you tu, berharga bagi aku. Aku bukan senang-senang  je nak luahkan I love you tu dekat sebarangan orang. Kau pergilah cakap dekat Yeoreum tu. Dia pun ice-cream partner kau juga. Sibuk je nak cakap dekat aku"

"Hish kau ni tak romantik lah! Kayu!"

Yeoreum mengeluh. Dia nampak. Dia pergi tandas sekejap je. Lepastu bila dia keluar dari tandas, dia nampak Yoonji menangis. Taehyung lap air mata Yoonji lepastu diaorang share aiskrim. Taehyung suap Yoonji. Lepas tu, dia cakap I love you.

Taehyung tak pernah cakap I love you dekat Yeoreum.

Dia jealous. Dia jealous dengan hubungan persahabatan Yoonji dan Taehyung. Kadang-kadang dia rasa seperti mahu menjadi Yoonji yang sudah mengenali Taehyung sejak kecil. Bukan macam dia yang baru kenal Taehyung dua bulan.

Sebenarnya, dia rasa Yoonji suka Taehyung. Tapi dia diam saja. Mungkin sebab diaorang terlalu rapat sampai dia salah faham. Ya, mungkin dia yang salah faham. Diaorang cuma kawan baik je.

_______________

Aku keluar dari bilik. Muka Yoongi aku pandang.

"Takutlah..mesti omma marah adik buat perangai." Kataku.

"Tak. Omma mana pernah marah Ji." Yoongi tarik tangan aku kemudian kami berjalan ke ruang tamu. Ibu bapa kandung aku masih ada di sini.

"Ji? Sini sayang." Panggil omma. Aku turuti saja.

"Mianhae." Ucapku. Kepalaku digosok perlahan.

"Gwenchana. Ji pergilah dekat mummy dengan daddy. Diaorang rindu Ji." Kata omma. Aku pandang ibu bapa kandung aku. Muka daddy ada iras-iras muka aku. Tak sangka macam ni rupa ibu bapa kandung aku.

"Ji kena fikir dulu pasal ikut mummy dengan daddy tu. Lagipun lagi sebulan je sebelum Ji tamat sekolah tinggi. Ji boleh ikut mummy dengan daddy lepas Ji tamat belajar dekat sini. " Jelasku. Mummy dan daddy kelihatan mengangguk.

"Nae, araso. Mummy dengan daddy boleh tunggu. Tapi sekarang kan cuti sekolah seminggu. Ji tak nak ke ikut mummy dengan daddy balik rumah. Ji boleh tengok bilik Ji. Ji boleh jumpa adik beradik Ji yang lain."

"Adik beradik?" Aku terkejut. Aku ada adik beradik kandung yang lain? Biar betul?

"Err..nak!" Aku tiba-tiba jadi teruja. Teruja nak jumpa adik beradik yang lain. Ajaibnya, kehadiran ibu bapa kandung aku ini buat aku lupa seketika masalah aku dengan Taehyung. Aku suka situasi begini. Kalau boleh aku tak nak ingat pun tentang Yeoreum. Sampai bila-bila.

"Kalau macam tu, pergi siap-siap. Baju tak payah kemas. Dekat rumah sana dah ada baju Ji. Mummy dah sediakan."

"Oh nae, gomawoyo!" Aku terus berlari ke bilikku. Entah kenapa aku gembira. Aku nak tanya kenapa mummy dengan daddy buang aku dulu. Tapi, aku kena cari masa yang sesuai. Tak apalah, Yoongi cakap dia pun dah tahu sebabnya. Yoongi tak marah pun. Maksudnya, mesti mummy dengan daddy aku ada sebab yang munasabah kenapa diaorang tinggal aku dekat situ.

Hmm, aku kena belajar terima mereka.

To Be Continue

His CinderellaWhere stories live. Discover now