special chapter -01

1.2K 198 86
                                    

disebabkan ada permintaan sketsa nightmare taeyong disambung maka ini lah dia <3.

◇─◇────◇───◇───◇────◇─◇

peristiwa ini berlaku ketika mereka masih terkandas di kolej. dan pada hari ke-18 Ramadhan,taeyong telah bermimpi sesuatu yang aneh sekali.

" tido la bang. dah pukul 1 pagi dah ni.  " gumam jungwoo sambil menggosokkan matanya perlahan. lelaki bernama wahu itu tidur guling-guling lalu terjatuh ke atas badan johnny yang tidur di atas toto sebelah katilnya. akibatnya,dia tersedar tapi si johnny masih kaku. tidur mati gamaknya.

taeyong berpaling ke arah rakannya yang menegurnya tadi. taeyong hanya mengangguk dan menghela nafas perlahan. " hm yelah. aku pun mengantuk dah ni. " katanya mengiyakan gumaman jungwoo. jam di skrin laptop ditilik. 1.05 pagi.

lantas taeyong mematikan laptopnya yang bercahaya yakni sejak 10 malam tadi. dia sedang bekerja keras untuk presentationnya yang akan datang dua minggu lagi. walaupun macam awal sangat je taeyong buat,dia tak kisah. pada pendapat taeyong,biar siap dulu asal tak gelabah di kemudian hari.

dia menguap kecil lalu bangun dan berjalan ke katilnya. taeyong terus merebahkan badan di sebelah yuta yang berkongsi tempat tidur yang sama dengannya. dia memandang yuta yang sedang lena tidur sambil memeluk bantal busuk anime girl yang taeyong tak berani nak tanya bila last dia basuh bantal tu.

" winko.. " ngigau si yuta sambil memeluk bantalnya dengan lebih erat. taeyong gasp sebelum menggeleng perlahan. dalam mimpi pun nak teringat winwin.

taeyong cuba menghiraukan igauan yuta yang semakin menjadi-jadi. justeru,dia memalingkan wajah memandang ke atas syiling. merenung kipas yang berpusing laju.

perlahan-lahan matanya mula terkatup sama seperti rakan-rakannya yang lain.

" sudah lah doyoung! abang tak sangka kau sanggup buat macam ni kat abang. " tiba-tiba taeyong menjerit ke arah doyoung yang berambut hitam ikal mayang itu. dia mencekak pinggang dengan wajah yang memerah sekali.

doyoung yang sedang duduk sopan di atas dahan pokok ketapang di tepi pantai itu menangis teresak-esak. dia bangun lalu berlari anak ke arah taeyong. dia memeluk tubuh taeyong dari belakang lalu meluahkan perasaan hati.

" sumpah bang. doyoung tak berniat nak buat macam tu kat bang taeyong. percaya la cakap doyoung. " katanya dengn nada yang lirih sekali.

taeyong berkeras lalu menepis tangan doyoung. " ah! jangan pegang! haram! " katanya lalu berjalan pergi dari doyoung.

winwin dan taeil yang bersembunyi di sebalik bangla penjual aiskrim membulatkan mata apabila doyoung terduduk di atas pasir pantai akibat tepisan kuat taeyong tadi.

selepas dua tiga tapak,taeyong berhenti. dia mengerling ke belakang ke arah doyoung yang masih menyesal atas perbuatannya pagi tadi.

' oh,tuhan. jangan la bang taeyong nak putuskan pertunangan kami hanya sebab tu sahaja. ' rintih hati kecil doyoung penuh dukacita.

taeyong menghela nafas.

" doyoung, "








" ganti balik nasi lemak aku yang kau makan pagi tadi. kalau tak aku putuskan tali pertunangan kita! "

katanya dengan cool sekali lalu berlalu pergi.

doyoung menjerit tak sudi.

" NEHIIII! "

doyoung terbangun secara drastik. jantungnya berdegup laju sekali. dia memandang ke kiri dan ke kanan. kelihatan jungwoo di tengah-tengah antaranya dan johnny. dia beristighfar sebentar.

" watafak apahal aku yang jadi perempuan pulak! " bisiknya agak sakit hati tentang mimpinya itu. dia tak paham kenapa mesti dia jadi tunang si bang taufiq. kenapa bang taufiq naik angin sangat hanya disebabkan seketul nasi lemak. benda boleh beli lain kot,eksyen je lebih.

doyoung menggeleng. jam di bawah bantal diambil lalu direnung. 1.45 pagi. dia kembali meletakkan jam itu ke bawah bantal. tiba-tiba tubuh yuta yang di atas katil sebelahnya bergolek jatuh ke atas tubuhnya yang keding itu.

doyoung ingin menjerit kesakitan namun dia hanya mampu menahan keperitannya. doyoung kemudiannya menolak si bang yuta yang mengigau beberapa perkataan jepun yang tak diketahuinya.

yuta landing dengan selesa sekali di tempatnya dan memeluk jungwoo yang berada di tengah. dan jungwoo kembali memeluknya tanpa sedar. doyoung mengeluh.

now now,kat mana dia nak tido?

matanya mencari-cari port yang paling selesa untuk dia sambung tidur namun hampa sekali.

yep. maybe hanya ada satu tempat.

iaitu tempat yuta. di sebelah taeyong.

bukannya dia tak pernah tidur sebelah taeyong. tapi rasanya aneh sekali lepas mimpikan taeyong berambut ala ala alley cat dengan cermin mata hitam dan seluar kembang.

ya Allah apa la salah doyoung sampaikan dia bermimpi dia ditunangkan dengan orang yang macam gitu.

doyoung goosebumps memikirkan visual taeyong di dalam mimpinya tadi.

dia kemudiannya berfikir panjang hingga 20 minit. nak ke tak nak nak ke tak nak. disebabkan matanya yang kembali mengantuk doyoung lantas bangun dan merangkak ke atas katil yang menempatkan tubuh taeyong.

" ah demmit. asal aku boleh tido dah cukup! "

◇─◇────◇───◇───◇────◇─◇

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now