11

2.2K 349 187
                                    

━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━

jaehyun tenang memandu sambil jamming dengan lagu raya yang dipasang di radio.

sama juga dengan yuta dan di atas ribanya si jaemin yang sudah terlentok terlelap.

sebenarnya orang-orang yang ikut pencarian dorang ni dah ditapis sebelum dibenarkan ikut.

contohnya kun ajak taeyong,taeyong seharusnya ikut sebab dia ketua. dan jaehyun pula wajib ikut untuk drive kereta mewah dia tu. manakala taeil dan yuta begitu mengambil berat tentang si winwin.

dan dorang mengaku dapat cam winwin bila tengok kuku dia je. jadi terpaksa kun setuju.

manakala jaemin pula sebagai pemujuk renjun. hanya dia lah member renjun yang paling memahami ( dia kata ). jadi kalau renjun cuba nak larikan diri atau lompat masuk longkang jaemin dapat pujuk kawannya tu.

si chenji pula sebagai nak memenuhkan kereta. k dorang kan dah beranikan diri ambil minyak petrol kat stor so dorang dibenarkan ikut.

walaupun doyoung dengan jungwoo nak ikut dan sanggup nak duduk dalam bonet atau atas kereta,namun kun amanahkan dorang jaga budak-budak kat kolej tu.

jadi budak-budak yang berbaki kat hostel tu tengah meraung sekarang di bawah penjagaan doyoung. johnny pula ambil peluang untuk buat live setelah sekian lama dan biarkan arnab psiko itu gila kuasa.

( boleh follow ye ig bang johnny yang instafamous ni : orangchicagojerr_. )

okay kembali kepada pengembaraan kun dan rakan-rakannya.

" bang,tu dorang! "

jisung tunjuk di tepi tingkap dengan muka terkejut habis.

semua menoleh ke tempat yang ditunjuk jisung. kelihatan seorang lelaki tinggi lampai dan seorang lelaki kerdil—maaf renjun,sedang menolak motorsikal dengan payah sekali.

kelihatan juga beg balik kampung digalas dan muka dorang pergh macam kepayahan betul.

yuta menjerit. " WONWON! "

taeil pun sama. " YUNYUN "

jaemin yang mamai. " AYANG JENO. "

semua pandang dia shock. nevermind si jaemin. yang pastinya jeritan dua orang peserta taranum itu dapat mengejutkan adik-beradik tersebut.

riak wajah mereka berubah dan kelihatan senyuman terukir di bibir winwin. jaehyun memberhentikan kereta.

tanpa sepatah kata,kun tolak taeyong yang duduk di atas ribanya ke depan dan tersembam atas dashboard. dia lansung tak memperdulikan taeyong dan pantas turun dari kereta.

wajahnya kelihatan risau. " hang ni la,tahu tak bahaya? " kun meluru ke arah anak-anak itu. mereka menelan air liur dan redha dengan ketentuan ilahi.

" bukan hampa,blah! " rengusnya dan menepis adik-beradik itu ke tepi. rupa-rupanya kun risau terhadap motorsikalnya itu.

" lainkali jangan buat dah tau? ayang ni la. " dia mengusap motorsikal itu penuh kasih sayang.

semua ternganga.

jaemin hanya menghiraukan mereka lalu menuju ke arah renjun yang bermasam muka. kelihatan matanya sembam dan muncung sedepa. jaemin sebagai seorang member yang prihatin memeluk renjun erat.

" nasib baik korang still ada dekat dekat sini jugak. " ujarnya namun renjun hanya mendiamkan diri.

taeyong yang bersandar di kereta jaehyun itu memeluk tubuh dan memandang sketsa di tepi jalan itu. " dahla,jom balik. "

" tapi bang,minyak motor habis. " kata winwin serba salah.

sebelum sempat taeyong bersuara lagi,kun menjawab. " aku ada bawa minyak spare. "

sekali lagi minyak petrol yang dijumpai di stor menyelamatkan mereka. maka,hargai lah minyak petrol selagi ada.

━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now