◇─◇────◇───◇───◇────◇─◇
manakala taeyong yang sedang nyenyak tidur pula sedang dibuai mimpi buruk. oh mimpinya lebih buruk dari mimpi doyoung.
taeyong tersenyum nipis sambil memandang ke arah rakan-rakannya yang melambai ke arahnya dari bawah pentas pelamin.
bahunya ditepuk pengapit di sebelah. taeyong menoleh ke arah rakannya yang nampak letih sekali.
" taeyong,kau pulak kipaskan aku. penat dah ni. " kata taeil sambil menghela nafas perlahan. kipas pengantin dihulurnya ke arah taeyong.
" eh mana boleh. pengapit yang kena kipas pengantin! " kata si winwin yang berbaju kurung dengan rambut pendek separas bahu. " abang qamar ni kan. " marahnya manja.
taeyong menggeleng melihat telatah dua orang fiance yang menjadi pengapit hari bahagianya itu. lalu dia menoleh ke arah si isteri yang baru saja diijabkabulkan.
dia tersenyum. " sayang nampak cantik sangat harini. " bisiknya di telinga pengantin perempuan. pengantin perempuan yang dari tadi menunduk malu terus mengangkat muka.
" ehehe bang taufiq pun hensem harini. tergoda doyoung. " kata doyoung sambil tersenyum malu.
" AAAAAAAAAAAA BINI AKU MUKA JANTAN! " taeyong menjerit lalu lompat memeluk taeil di sebelah. taeil hampir sahaja tumbang. dia lantas menyeimbangkan dirinya yang dipeluk taeyong.
" apa kau merepek ni?! tu kan doyoung bini kau! " marah taeil agak geram kerana tubuh kecilnya terpaksa mendukung lelaki berumur 25 tahun itu tanpa rela.
taeyong laju berpaling ke arah taeil. " A-APA?! kenapa doyoung?! " jeritnya. doyoung berdiri memandang ke arahnya tidak percaya. air mata doyoung bergelinang.
" s-sampai hati abang kata doyoung macam tu. hina sangat ke saya ni bang? " ucapnya penuh kekesalan. tiba-tiba jaehyun hadir di sebelah doyoung dan mengesat air matanya penuh cool.
" oh doyoung normah. usahlah kau bazirkan air matamu untuk orang seperti taufiq itu. aku ada untukmu normah. " pujuk jaehyun dengan senyuman kemenangan apabila doyoung kini di dalam pelukannya.
taeyong membulatkan mata. " k-kau ada skandal ye doyoung?! bagus! aku boleh jadikan alasan tu untuk ceraikan kau sekarang! " katanya dan bangun dari dukungan si taeil.
baju melayu warna merah jambu diperkemaskan dan dia berdehem. mic dicapai lalu dia menoleh ke arah doyoung yang sedang menangis teresak-esak dalam pelukan jaehyun sambil menjerit.
" TIDAKK! TIDAK! BANG TAEYONG HENTIKAN SEMUA INI! "
taeyong menghiraukannya dan juga tetamu yang terkejut dengan apa yang terjadi. taeyong mula bersuara di mic.
" aku ceraikan doyoung normah binti apa entah nama bapaknya tu dengan talak tig— "
" DOYOUNG MENGANDUNGKAN ANAK ABANG. "
taeyong terkesima. tiba-tiba perut doyoung yang kempis tadi memboyot macam perempuan mengandung. " k-kau biar betul! " ujarnya tidak percaya. doyoung menghampirinya lalu memegang tangannya erat.
di dalam tangisannya dia tersenyum perit.
" a-abang lupa ke malam sambutan hari merdeka tu? doyoung serahkan milik doyoung kepada abang— "
" t-tak ingat lah! anak jaehyun kot! " kata taeyong tidak mengiyakan kata-kata doyoung yang berbaur palsu. dia menyambung ucapannya tadi.
" AKU CERAIKAN DOYOUNG DENGA— " kalini dia dipotong oleh sepasang tangan besar yang menutup mulutnya. dia bergelut dengan jaehyun yang ketawa besar.
" pegang dia kuat kuat jae! biar aku curi dulu bahan presentation dia! " kata doyoung yang kini tidak se-cengeng tadi. dia menyingkap baju dress lalu berlari bak usain bolt ke laptop taeyong di sebelah mc majlis kenduri mereka itu.
kalini taeyong pula yang menjerit.
" NOOO BAHAN PRESENTATION AKU! " dia cuba melepaskan diri tapi gagal. jaehyun terlalu besar untuk dia lawan. doyoung telah mengambil laptopnya dengan wajah yang mengejek taeyong.
" padan muka kau! siapa suruh kau ceraikan aku. jom jae. aku dah dapat laptop dia MUAHAHA. " kata doyoung sambil ketawa jahat lalu berlalu pergi membimbit laptop taufiq." tidakkkk!!! "
" TIDAKK! "
sekali lagi doyoung terjaga apabila terdengar jeritan taeyong di sebelah. dia mengeluh sebelum menampar pipi taeyong yang mengigau lebih over dari yusuf tadi.
" oi bang taeyong! bangun! " katanya sambil menampar lagi. kali ini taufiq terjaga dan membuka matanya luas-luas.
tiba-tiba kelihatan doyoung di sebelahnya membuatkan dia terjerit kecil. selimut ditarik ke dada. " kau jangan nak mengandungkan aku pulak! " kata taeyong sambil melindungkan dirinya.
doyoung merengus. " amenda bang taeyong ni. sekeh kang! bising je nak tido. " dia menggeleng lalu menghiraukan si lelaki yang masih mamai. dia kembali tidur membelakangkan taufiq.
taeyong cuba untuk relaks dan menghadam apa yang berlaku. dia kemudiannya turun dari katil dan mengambil laptop di atas meja. laptop tersebut dipeluk erat sebelum dia berbaring semula di sebelah doyoung.
" tak ada sesiapa yang boleh ambil bahan presentation aku. tak ada sesiapa yang boleh ambil. tak ada sesiapa.. " suaranya kian perlahan lalu tertidur lah dia semula.
kedengaran dengkuran mereka semua bergema dalam kesunyian pukul 2.15 pagi itu.
◇─◇────◇───◇───◇────◇─◇
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-