" dah tiga hari sahur makan kuih raya je. "
rungut chenle sambil memandang sebekas kuih raya di hadapannya. yang lain pun merasa hal yang sama dengan chenle namun tak berani nak bersuara.
kalau lah dia bukan keturunan charlotte,mungkin dia dah call si mummynya untuk membeli makanan yang enak-enak untuknya. namun,keturunan charlotte bukan lah orang kaya yang mengada dan riak dengan harta sendiri.
mereka dah diajar dari kecil untuk hidup humble dan bergaul dengan orang kebanyakkan.
tapi,kali ni dah melampau! chenle tak mampu lagi nak telan kuih raya yang bercorak ais krim itu. baru pertama kali dalam hidupnya terpaksa sahur dengan kuih raya sebab mummynya takkan buka kuih raya selagi belum raya.
hari pertama eksaited jugalah sebab boleh rasa kuih raya. sedap betul! hari kedua mula rasa muak. dan kalini hari ketiga!
oh nehi nehi chenle tak bisa.
" excuse me chenle. " ten bersuara memecahkan kesunyian. tanpa mempedulikan mulutnya yang masih penuh dengan kuih raya itu dia menyambung.
" hang antara member-member yang kebulur sangat time bukak puasa sampai habis segala makanan kita. bukan sehari tau,TIGA HARI. TIGA HARI CHENLE KITA TERPAKSA MAKAN KUIH RAYA BILA SAHUR DISEBABKAN HAMPA SEMUA,U UNDERSTAND? "
chenle tercyduk.
" c-cita lama takyah la ungkit. " protesnya dan cepat-cepat capai kuih yang tadi ditolak mentah-mentah.
para member yang lain yang sejenis chenle juga mendiamkan diri. kerana mereka tahu mereka yang bersalah dalam hal ni. dan dorang tak berani bersuara macam chenle disebabkan ni semua salah dorang.
namun,chenle nak jugak tunjuk kejahilan dirinya di depan umum.
taeil menggeleng. dia pun sebenarnya dah bosan hadap kuih raya ni. tapi nak buat macam mana. mana ada orang nak delivery time sahur.
" dahla,bersyukur je dengan apa yang ada. nasib baik ada jugak kuih raya ni. kalau tak,tak makan la korang. " tegur johnny.
mereka mengangguk lambat-lambat.
slurp slurp!
semua mata terarah kepada jungwoo dan doyoung. mereka berdua itu sedang menjamah maggi kari dengan selera sekali. jungwoo smirk apabila ramai yang dah meleleh air liur.
dia menyedut lagi maggi itu dan menghirup kuah karinya dengan wajah yang amat riak. " hmm,sedapnya! makasih bang doyoung. " katanya lalu dia meletakkan kepala di bahu doyoung.
dari jauh macam pasangan bahagia yang baru menjalankan pernikahan. bermanja-manjaan dan berkasih-sayang.
doyoung sebagai panicked gay terkejut dengan tindakan jungwoo yang drastik itu. terus dia tersedak kuah maggi yang masih meruap-ruap.
" OHOK OHOK! " batuknya dan mencapai segelas air sejuk. selepas tersedaknya itu reda dia mengangguk dengan blush.
" y-ya. sama-sama. "
lucas menghentak meja dan bangun berdiri.
" NI TAK ADIL! KENAPA AKU CAKAP SALANGHAE KAT BANG DOYOUNG DIA TAK BAGI PUN AKU MAGGIKARI "
jeritnya tak puas hati.
jungwoo jelirkan lidah. " sebab bang doyoung sayang aku. aku comel,kau tak comel. gi makan kuih raya sana! " ujarnya dan kalini memeluk lengan doyoung erat.
lucas hampir-hampir nak menangis lalu disabarkan oleh jaehyun. " sabarlah lucas,aku nak tukar ferrari aku dengan maggicup pun bang doyoung tolak. sabar ye sabar. "
chenle mencelah. " betul tu,aku nak bagi dia iphone 11 aku pun dia reject. katanya harta tak penting ketika ni. hanya kasih sayang yang sejati penting untuk bang doyoung. "
" ya,dan malangnya,kita semua meluat dengan doyoung sehinggakan tak mampu nak pupuk semangat sayang-menyayang itu. " kata taeyong dengan suara yang lirih.
mereka mengangguk lemah.
uwu happy 300 followers yehehehe. esok raya tapi geng nct macam tak sempat je nak raya esok HAHAHA
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-