一 ₓ˚. ୭ ˚○◦˚.˚◦○˚ ୧ .˚ₓ 一
" mana aci! "
protes renjun bila dia kalah dalam permainan yang dimain secara duo dengan chenle.
chenle menjelirkan lidah dengan wajah yang gembira kerana dapat mengalahkan renjun.
" aci kat india! " jawabnya. renjun merengus. " b-bang,turn jisung pulak. " kata jisung sopan membuatkan hati renjun yang terbakar sejuk perlahan-lahan.
" nah. " telefon pintar milik chenle itu diberikan kepada jisung. kesian pulak dia tengok jisung tunggu dari tadi.
dia kemudian bangun dari katil membuatkan dua lelaki paling muda itu mengangkat kepala. " bang renjun nak pergi mana? "
" nak pi join bang win tengok drama korea. ada yang nak ikut dak? " soal renjun sambil mengangkat kening. mereka berdua menggeleng dan kembali bermain permainan di dalam telefon pintar itu.
" jap! aku nak ikut! " kata jeno tiba-tiba dan meletakkan telefon pintarnya di atas meja sebelum berjalan ke arah renjun dengan sengihan.
" boring la kat sini. kalau layan drama macam best jugak. " sambungnya lagi dan renjun mengangguk.
mereka berdua keluar dari bilik dream dan berjalan ke bilik wayv yang hanya selang satu bilik dari mereka iaitu bilik 127.
" oi! " mereka menoleh dan terlihat kepala johnny yang terjengul di pintu. " korang nak pergi mana tu? " pintu bilik 127 dibuka luas lantas menampakkan penghuni-penghuni bilik itu yang bergelimpangan di atas lantai.
kecuali doyoung yang tengah lipat baju dan taeil yang tengah baca buku. oh,dan ada juga lucas yang meniarap di sebelah jungwoo yang terkekeh-kekeh ketawa. renjun menjawab soalan johnny tadi. " nak pergi bilik wayv,nak tengok drama korea dengan bang win. "
" drama korea? " kata johnny dan mengurut dagunya sambil berfikir sejenak. " macam seronok jugak. " sambungnya.
dia menoleh ke dalam bilik,bertanya ke arah rakan-rakannya yang lain. " weh korang! bilik sebelah nak tengok drama korea. siapa nak ikut angkat ketiak! " jeritnya.
maka sekarang ada 4 orang sedang berdiri di depan bilik wayv. itu termasuklah johnny dan taeil. kata taeil dia dah bosan hadap buku.
pintu bilik itu dibuka oleh ten dan terus dirempuh masuk johnny. " hai,gais. kami datang nak tengok drama korea—yuta! " johnny menutup mulutnya yang ternganga dan matanya yang membulat.
kelihatan yuta tengah berbaring di sebelah winwin. " hai john. " sapanya dengan sengihan.
" apa kau buat kat sini eh kejap. apahal mark dengan haechan kat bawah tu? " tanya taeil yang kedengaran agak jeles dan curious bila dia nampak kepala dua orang adiknya di bawah katil.
" kan aku dah cakap dorang akan perasan! " keluh mark dan perlahan-lahan keluar dari bawah katil hendery dan xiaojun.
" siapa suruh kau kentut! " tuduh haechan membela diri bila idea geniusnya untuk prank renjun menjadi sia-sia.
" mana ada aku kentut! "
" ada! tadi aku dengar! "
" m-mana ada! kau tak ada bukti aku kentut! "
" ada! tadi aku dengar ' proottt! ' ha! "
" ee kau jangan nak tuduh aku tanpa bukti yang kukuh eh! "
maka mereka semua membatalkan plan untuk menonton drama korea kerana drama yang sudah cukup menarik ada di depan mata.
drama ' Siapa Yang Kentut? ' akan bersiaran pada pukul 7 malam setiap hari Khamis hingga Jumaat di slot Akasia *suara johnny*
一 ₓ˚. ୭ ˚○◦˚.˚◦○˚ ୧ .˚ₓ 一
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-