━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━
sempatlah dorang singgah seveneleven nak beli roti la chococrunch la. dan bayarannya ditanggung jaehyun yang gembira apabila dapat memandu keretanya setelah sekian lama.
maka berduyung lah 10 orang itu di dalam seveneleven. cashier hampir je nak call polis namun sempat digoda taeyong.
" akak dah kerja sini lama ke? " soalnya ramah cuba menarik perhatian si kak cashier dari terus memerhati member-membernya.
kak cashier blush.
" jangan panggil akak,panggil mun je. haah dah lama,sejak lepas spm lagi. " ujarnya dengan suara yang tertahan-tahan. tak sangka ada lelaki yang akhirnya notice dia selepas lebih 12 tahun bekerja di situ. bukan hanya lelaki,tapi lelaki tampan bak character komik ana muslim yang dia selalu baca! fangirling akak bertahi lalat di bibir itu.
terus dia lupa dengan niatnya untuk mengadukan kepada polis tentang kemunculan 8 jejaka yang berhimpit dalam kereta ferrari dan 2 orang yang tunggang motor ysuku itu.
" oh,nama awak mun? sama lah dengan kawan saya sorang tu, " taeyong berlagak mesra dan menunjukkan jari ke arah taeil yang sedang peluk air fanta strawberry dan roti gardenia buttercup.
" tu nama dia mun juga. tapi mun melayu,qamar gitu. hensem kan dia? macam mun jugak la. " dia menyambung dengan senyuman paksa.
' bangang apa yang aku cakap ni? hensem macam taeil? '
cashier itu hanya ketawa menutup mulut demi menyembunyikan gigi palsunya. " hahaha,kelakar la awak ni. eh nama awak sape? " dia menyoal soalan maut.
taeyong menelan air liur.
dia pantas menoleh ke arah kun,mengisyaratkan mereka supaya berhenti rembat makanan dalam kedai serbaneka tersebut. dan kun mengangguk dan cepat-cepat dia forwardkan mesej tersebut ke arah rakan-rakannya yang lain.
" ah,nama saya— "
" bang,kitaorang done. " sengih chenle dan meletakkan sekotak cornflakes dan susu kotak ke atas kaunter. taeyong menghela nafas lega. di belakang chenle kelihatan jisung yang membimbit honeystar dan 2 botol susu coklat.
jaemin pula hanya beli coklat bar berjenama kitkat,cadbury dan jenama yang belum femes lagi. renjun di sebelahnya sedang menunduk kepala dan mengenggam dua bungkus oreo. masih bad mood lagi budak comel ni.
kun dan taeil pula tengah berdebat pasal perisa mentos mana yang lagi sedap di belakang dua orang adiknya itu. manakala yuta sedang cuba nak cium pipi winwin yang beratur kat depan dia dengan roti bun kacang merah di tangan.
taeyong menggeleng. ( in front of my salad? )
akhir sekali jaehyun dengan air sprite dan tiga maggicup kepunyaan taeyong dengan senyuman.
taeyong membalas senyumannya. " oh ya,silakan scan kak. kami nak cepat ni. " dia memberi laluan kepada chenle.
kak cashier tu menggelabah dan cepat-cepat dia capai scanner. fokus betul dia scan barang sampai terlupa dengan soalannya yang belum dijawab taeyong.
" orang belakang bayar. " chenle tersengih dan mengambil plastik berisi barangnya lalu keluar dan masuk ke dalam kereta.
" o..orang belakang bayar. " kata jisung pula gugup dan cepat-cepat dia ambil plastik lari keluar.
gaya jisung macam baru lepas buat jenayah pulak.
dan bila giliran jaemin dan renjun,jawapan yang sama diberikan membuatkan si cashier bingung sebentar.
ah,jangan sampai budak-budak ni scam aku sudah. takpe mun,kau boleh je karate dorang kalau dorang berani tipu kau.
kak mun bersabar apabila jawapan kun dan taeil juga sama.
" orang belakang bayar " berlanjutan sehingga ke orang terakhir iaitu jaehyun.
" ni orang belakang bayar jugak ke? perli cashier tanpa menyedari tiada lagi orang di belakang jaehyun.
" eh tak kak. saya la orang belakang tu. berapa ye kak? " ujar jaehyun sedikit sinis namun senyumannya amat manis. kak cashier kini dapat tersenyum senang.
selepas menambah harga semua barangan itu dan bagitahu jumlah tersebut,jaehyun sebagai anak dato'mengeluarkan black cardnya secara slowmo. dan taeyong sempat memakaikannya cermin mata hitam agar nampak thug di situ.
" ni kak. "
kak cashier ternganga. menggeletar tangan dia ambil natang yang scan kad tu. sejak bekerja di kedai serbaneka itu selama 12 tahun,inilah kali pertama dia melihat black card.
pergh bukan besye besye.
" adios kak. selamat bekerja. " jaehyun wink dan berlalu. lemah lutut kak tu dengan wink jaehyun. maka ketika itu,dia berazam. dia berazam untuk mengahwini orang kaya dan dapat tengok black card macam tu lagi lepasni dalam hidup dia.
titik!
━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-