≿━━━━༺❀༻━━━━≾
" cepat la bang. depa tak perasan tu. " bisik renjun sambil memeluk beg pakaian winwin yang sedang cuba mengstart motor pak guard yang ditinggalkan di tepi pondok pengawal.
" sat la! " dengus winwin.
" sibuk ja nak balik. kalau balik sorang-sorang takpa gak. ni babit aku pulak. kalau taeyong hyung tau ni masak kita. " risau juga winwin dengan cadangan renjun untuk melarikan diri dari kolej mereka dan pulang ke kampung halaman yang hanya 30 minit dari kolej.
" ala. tak sayang ka adik abang yang comel ni? lagipun urgent. kalau tak balik ni nanti mijah mintak clash. huwaa. " rengek renjun lagi.
" ish yelah yelah. dah boleh start ni! jom. " walaupun renjun perangai cam mintak penampar,tapi dia tetap adiknya winwin. dia akan mengalah juga akhirnya.
renjun tersengih lalu laju dia membonceng motosikal ysuku tersebut. pergh kaya jugaklah pakguard tu. boleh buat sugardaddy.
selepas winwin membaca bismillah,mereka pun perlahan-lahan keluar dari perkarangan kolej.
manakala di dalam bangunan kolej pula,semua orang berkerjasama mencari renjun dan winwin yang ghaib secara tiba-tiba.
" memang takde la bang. " ujar hendery selepas mereka kembali ke bilik tempat berkumpul.
semua orang mula buat spekulasi sendiri.
" dorang kena culik dengan hantu ke? "
" e-enggak mungkin kok! "" entah-entah dorang dah chaw balik rumah! "
" ish kau ni. tak mungkinlah bang winwin nak buat perkara yang tak masuk akal tu. kalau renjun aku percaya. kalau winwin no wayyy— "
taeyong menggeleng kesal. dia sendiri pun tak tahu ke mana hilangnya dua beradik itu. penat dia cari belakang sofa dan dalam kolah. tak ada jugak.
jaehyun pula hanya melihat sambil memujuk si bang yusuf yang seperti kehilangan anak. yuta menghembus hingus di hujung kain pelikat sebelum menangis lagi.
entah apa yang dia sedih sangat.
" bang! "
semua orang mengangkat kepala apabila jeno dan jaemin berlari masuk ke dalam bilik dengan wajah yang panik. hampir tersembam jugaklah.
dua orang soulmate itu menghampiri taeyong dan abang-abang senior lalu menghulurkan sepucuk surat yang ditulis dengan darah— ececece takdelah darah. ditulis dengan pen merah yang terpampang hadapannya " DARI RENJUN DAN WINWIN "
tanpa membuang masa,mereka membukanya lalu membaca isi surat itu perlahan.
assalam ehehe. okay serius. bila hampa dah baca surat ni kami berdua dah tak ada di sini. kami maybe tengah berak kat rnr atau masih bertungkus lumus start motor pak guard. abang-abang sekalian,renjun ingin memohon maaf atas kehilangan kami yang sebenarnya ingin pulang ke kampung halaman. mesti abang-abang semua risau but no worries! kami berdua akan stay safe dan lepas selamat sampai di rumah nanti winwin inform. adios!
" bertuah punya budak. " doyoung menggeleng kepala manakal kun dah sinsing lengan dan capai rotan.
" jeffrey atau apa pun nama kau! bagi kunci kereta kau cepat! " arahnya.
jaehyun tertanjat.
" tapi bang takde minyak. "
" takpa aku ada jumpa minyak spare belakang stor. " sambung kun dan jaehyun pantas mengangguk lalu mengambil kunci keretanya. seterusnya kun menyuruh chenle dan jisung berdua-duaan pergi stor dan ambil minyak petrol tersebut.
walaupun budak-budak tu protes,tetap sahaja mereka terketar-ketar lari ke bilik stor di hujung tangga.
kun menoleh ke arah taeyong dan mengangkat kening.
" nak ikut tak? "
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-