25

1.5K 280 104
                                    

" korang. "

panggil taeyong lembut. 20 orang pelajar itu menoleh ke arahnya yang menggamit mereka.

mereka berpandangan sesama sendiri sebelum berjalan mendekati taeyong. " ada apa bang? " celah kun.

semenjak mereka duduk bersama dari mula pkp,taeyong tak pernah lagi berperangai macam ayah nak tegur kesalahan anak. dia selalunya akan cakap direct dan tanpa kiasan. tapi ni,macam dia nak cakap benda yang serius pulak.

" sebenarnya,aku dapat berita dari pihak kolej kita. dorang cakap kita akan dibenarkan balik rumah mulai esok. " katanya dengan senyuman kecil.

mereka senyum sampai ke telinga dan bersorak kerana akhirnya dapat juga pulang ke rumah selepas beberapa minggu terkandas di situ.

" YEAY BALIK JUMPA UMMI! "

" ABAH AKU MESTI TENGAH BUAT DODOL YA ALLAH SEDAPNYA. "

" BANG WIN DENGAQ DAK? AKU TAKMAU BALIK. TAKMAU JUMPA MIJAH SELAGI TAKDAK AWEK BARU. "

" time orang tak bagi kau la yang beriya nak balik,bila orang bagi kau balik,kau taknak pulak. "

" AKHIRNYA AKU DAPAT MENGHIRUP UDARA YANG SEGAR SEMULA. "

" SERONOKNYA BOLEH RAYA DENGAN FAMILY. "

taeyong hanya tersenyum melihat telatah rakan-rakannya. tiba-tiba johnny berdiri di sebelahnya dan menepuk bahunya perlahan.

" kau tak happy ke boleh balik? " soal johnny berhati-hati. mana tahu dapat menyakitkan hati taeyong.

taeyong menggeleng dengan senyuman. " aku happy. cuma.. " secara tiba-tiba air matanya jatuh lalu cepat-cepat dia mengesatnya agak tak diperasan oleh orang lain.

namun terlambat bila semua mata sedang memandang ke arahnya dengan senyap.

" cuma? " soal jaehyun pula.

taeyong mengesat lagi air mata yang tumpah.

" cuma kita takkan sama lagi macam ni. korang akan beransur-ansur pulang dan akhirnya squad terkandas dah tak ada lagi. aku..aku akan rindukan korang. kita dah macam family kan? aku dah lama tak rasa macam mana ada family. tiga tahun lepas family aku terlibat dalam accident dan semua meninggal dunia ketika nak ambil aku untuk beraya ke kampung. " dia berhenti melihat reaksi mereka yang terkejut.

sebelum ni taeyong tak pernah ceritakan pada sesiapa tentang keluarganya. doyoung mendekatinya dan memeluk taeyong erat.

" aku faham,aku pun kehilangan mak dengan ayah aku. aku sekarang cuma dapat bergantung harap dengan mak ayah jeno. " ujar doyoung sambil mengusap belakang taeyong erat.

kini taeyong tak bersendirian lagi.

" thanks doyoung. " katanya melepaskan kerinduan dengan pelukan hangat itu. dia menarik nafas panjang.

" aku harap korang takkan lupakan apa yang kita dah lalui bersama-sam sepanjang pkp ni. " taeyong tak sangka yang ucapannya akan menyentuh hati rakan-rakannya itu.

tak disangka-sangka,semua menyerbu ke arahnya dan berpelukan berkumpulan.

" HUWAA BANG TAEYONG! "

" NO NO NO KAMI TAKKAN LUPAKAN MOMEN MOMEN TERINDAH KITA KAT SINI. "

" BANG TAEYONG JANGAN NANGIS NANTI CHONLOH NANGIS JUGAK! "

" JISUNG DAH TEQIYAK DAHTU! "

" TAKMO CEDIH CEDIH. KAMI SENTIASA ADA UNTUK BANG TAEYONG! "

" YA! BETUL TU! "

" KAMI JANJI KAMI RAYA SAMA-SAMA DENGAN BANG TAEYONG RAYA NI. "

" YA,KAMI RELA TAK BALIK RUMAH! "

taeyong tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. walaupun dia rasa macam dia dah halang niat budak-budak tu untuk pulang ke pangkuan keluarga,taeyong amat menghargai keikhlasan mereka mengutamakannya.

taeyong tergelak kecil.

" janji? "

" JANJI! "

✩•̩̩͙*ೃ˚.˚ଘo(∗  ❛ั ᵕ ❛ั )੭່˚.*ೃ

tinggal lagi dua chapter je,semoga anda telah ready untuk move on dari bila nct berpuasa. (┛❍ᴥ❍)┛彡♡

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now