≿━━━༺❀༻━━━━≾
" assolatu qairu minan naum "
bisik seseorang subuh itu dengan mikrofon yang membingitkan.
semua yang sedang lena dibuai mimpi mengerutkan kening. " ah sudah,malaikat ke yang bisik tu? "
" assolatu qairu minan naum! " kali ini suara itu semakin keras.
renjun yang tak tahan bangun dan celikkan matanya memandang ke arah susuk tubuh berjubah putih dan berserban.
sekali pandang macam ulama.
dua kali pandang macam imam masjid.
tiga kali pandang—" jadah haechan ni! aku sepak hang karang! " ugutnya dan melemparkan bantal busuknya ke arah haechan.
" astagfirullahalazim, renjun. " kata si lelaki berjubah dengan penuh nada kesal. dia kemudiannya mengangkat tangan untuk mendoakan ' kesejahteraan ' renjun.
" ya Allah,kau ampunilah dosa rizqi zafri ini. dia hanyalah hamba mu yang cepat kepanasan. " ucapnya sendu. dia mengaminkan cepat-cepat apabila kelibat seseorang membuka pintu bilik yang memuatkan 6 orang itu.
" hyuck,depa tak bangun lagi ka? " soal xiaojun yang sudah siap berkopiah.
haechan mengeleng.
" hm takpa la. hang azan dulu. biar aku pulak yang kejutkan. "
tiba-tiba terdengar pula suara dari bilik sebelah yang berjalan ke situ. terpampanglah wajah taeyong dan johnny dengan cebok air.
" eh tak payah susah-susah. biar abang yang kejutkan. korang pergi tunggu kat bilik sembahyang dulu eh. dalam 10 minit,aku gerenti dorang datang ye. " kata taeyong dengan senyuman yang lain macam.
xiaojun dan haechan mengangguk lalu meminta diri. mereka keluar dari bilik tersebut dan menyarungkan selipar sebelum main kejar-kejar ke bilik yang satu lagi.
taeyong dan johnny memandang satu sama lain dan mengangguk setuju. mereka memulakan langkah ke arah jasad-jasad yang masih terlena dan bergelimpangan di atas katil dan di atas toto.
" bismillah— "
" OHMAKKAUHIJAU "
" ALLAHU AKHBAR! "
" who am i? where am i? "
" AMPUN MUMMY! CHENLE TAK SENGAJA KENCING MALAM! "
" AAAA AKU LEMAS! TOLONG! TOLONG— "
" JISUNG KAU BERMIMPI NI NAK. BANGUN! "
" fuh nasib baik. "
-
" oleh itu,kita hendaklah selalu berbuat baik sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama. hal ini kerana nabi muhammad saw telah mengatakan bahawa— "
kebanyakkan jemaah sudah pun tersengguk-sengguk dengan tazkirah ' ringkas ' yang sedang disampaikan oleh taeil pada subuh itu.
ada yang menggaru pipi dan membetulkan songkok beberapa kali. kain pelikat yang diikat kemas pun dibuka dan diikat semula. menunjukkan betapa boringnya tazkirah taeil itu.
zasss!
semua menegakkan badan serentak.
kelihatan kun sedang memegang rotan dan berdehem. " dengaq jangan tak dengaq! "
" y-ya abang kun. "
semua menjawab.
namun lepas 2 minit,mata mereka semua kembali layu. taeil sepertinya tersedar akan perbuatan mereka lalu dia menamatkan tazkirah tersebut.
" —akhirnya,yang baik datang dari Allah. saya minta maaf jika ada salah dan silap. namun siapalah saya. hanyalah manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. saya tutup tazkirah pada subuh ini dengan surah as asr. wabillahitaufiq wahidayah wassalammualaikum. wbt. " maka tamatlah ia.
tak semena-mena mata yang tadinya mengantuk sudah terbuka luas. nampak segar bugar. memang setan betul budak-budak ni.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-