001 (i)

1K 165 76
                                    

◦•●◉✿ 𝓱𝓲𝓭𝓭𝓮𝓷 𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 ✿◉●•◦
001

dua orang adik beradik tersebut akhirnya menjejakkan kaki di tanah perkampungan mereka yang sudah berbulan tidak dijejaki.

kerinduan terhadap ibu dan ayah yang sedang menunggu di rumah semakin membuak-buak apatah lagi di hari lebaran ini.

si abang menoleh kepada si adik dan menepuk bahunya. dia menghadiahkan senyuman penuh comforting yang mampu mencairkan janda bedah anak 3 yang lalu di situ dengan motor kapcainya.

" ready jun? " soalnya dan mengangkat kening penuh menawan.

renjun menghembus nafas berat dan mengangguk dan membalas senyuman abangnya,winwin.

sebentar tadi,sewaktu masih melepak di rumah taeyong beramai-ramai, winwin terpaksa menggunakan kuasa vetonya untuk meminta pertolongan bagi menarik renjun yang mendakap tiang seri rumah taeyong dengan begitu erat.

alasannya,renjun tak ingin pulang ke kampung selagi awek belum dicari.

" aduhh! hang jangan buat pasai boleh dak! ketegaq sangat aih. jom la balik!!! " marah winwin menarik tubuh kurus renjun yang setia memeluk tiang seri sambil diperhatikan 19 orang yang lain.

" takmau!! takmau hadap muka mijah coki ngan felix tu! takmau! " teriak renjun dengan air mata yang mengalir di pipi. hingusnya disedut dan tangannya terus memeluk tiang seri,tanpa ada sikit pun niat untuk melepaskannya.

winwin mengeluh dan berdecit. dia mencekak pinggang dan mengesat peluh di dahi. dia mengerling tajam ke arah jeno dan jaemin.

" mai la tolong pujuk member hampa ni! " rungut winwin agak garang. kecut nomin dibuatnya.

mereka berdua lekas bangun menuju ke arah member kecil kesayangan mereka.

setelah beberapa ketika sesi pujuk memujuk,renjun kelihatan agak convinced untuk melepaskan tiang seri tersebut. namun perlian haechan membuatkan dia kembali menangis dan mendakap tiang seri tersebut.

" ala sape nak kat renjun tu. dah la pendek macam tauge. "

namun ya renjun dapat dibawa pulang juga akhirnya. itu pun selepas doyoung tampar kepala haechan dan haechan menangis di sisi johnny. di saat itulah renjun dapat tersenyum kemenangan dan rela turun dari tiang seri tersebut.

dua beradik kacak itu berjalan kaki ke arah rumah yang tidak jauh dari perhentian bas. semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah kedengaran suara kumpulan gangster kampung sedang menyanyi sumbang di tali air,tempat mereka melepak.

dan ketua mereka si felix.

mereka terpaksa melintasi tali air itu untuk sampai ke rumah. oleh itu renjun terpaksa berhadapan dengan felix,kekasih mantannya mijah.

" 1 2 1 2 3! " lino menjerit dan mengetuk gitarnya.

" BALIK KAMPUNG WOWOWO BALIK KAMPUNG WOWOWO BALIK KAMPUNG HATI RIANG. " anak anak liar itu menyanyi sepenuh jiwa dan raga tak kisah nyanyian mereka memekakkan telinga renjun dan winwin.

" PERJALANAN JAUH TAK KU RASA. "

" EWAHH!!! "

" KERNA HATI KU MELONJAK SAMA. "

" SKRRR SKRRR! "

" INGIN BERJUMPA SANAK SAUDARA! "

" BUMBUMCKK! "

" YANG SELALU BERMAIN DI MATAAAA— "

" eh shh shh! "

" macam kenal dua orang tu. "

" eh itu bang win kan! anak aji syafie! "

" yang tepi dia tu sape. "

" ala kecik kecik macam tu. mesti renjun la siapa lagi HAHAHAHA. "

ketawa mereka terhambur.

renjun mempercepatkan langkah sambil menarik lengan winwin. dia malas nak bergaduh di hari yang mulia seperti hari raya ini.

namun perjalanannya terhenti apabila muncul tangan milik seseorang menyekat mereka dari melintasi tali air tersebut.

" hai renjun! lama tak nampak kau. "

renjun mengetap bibir dan mendongak memandang si felix yang tersenyum senget.

tiba-tiba tangannya dihulur kepada renjun. " selamat hari raya renjun. " ujarnya agak manis. renjun teragak-agak untuk menyambut huluran felix tersebut.

" terima kasih. "

tangannya yang baru hendak diangkat dia turunkan semula mengerutkan kening ke arah felix.

" untuk? "

felix mendekatinya dan berbisik di telinga renjun. " terima kasih sebab hadiahkan mijah kat aku. " sambungnya dan tertawa sinis. geng anak-anak liar yang lain ketawa bersama seperti mengejek renjun.

renjun mengepal penumbuk geram. sebelum sempat penumbuknya dihayunkan,winwin segera memegang tanganya menggeleng ' jangan. '

renjun hanya merenung felix tajam dan menepis tubuh felix ke tepi. dia menyambung perjalanannya bersama winwin pulang ke rumah.

hampir sahaja tiba di rumahnya,sekujur tubuh yang pernah dirinduinya setiap malam muncul dengan berbaju kurung moden berwarna merah jambu,sedondon dengan baju melayu felix tadi.

" eh renjun? "

" mijah? "

◦•●◉✿ 𝓱𝓲𝓭𝓭𝓮𝓷 𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 ✿◉●•◦
001

◦•●◉✿ 𝓱𝓲𝓭𝓭𝓮𝓷 𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 ✿◉●•◦001

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

gegham renjun menengoknye.

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now