002 (i)

759 142 53
                                    

◦•●◉✿ 𝓱𝓲𝓭𝓭𝓮𝓷 𝓬𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 ✿◉●•◦
002

" bye jisung! "

lelaki berkulit pucat itu tersenyum lebar dan memeluk rakannya itu. " bye chenle! thanks tumpangkan aku balik. " kata jisung segan silu.

sewaktu di rumah taufiq tadi jaemin dan janji nak hantarkan dia balik disebabkan jisung tak ada transport nak balik. namun jaemin terpaksa pulang lebih awal bersama jeno dan doyoung yang sekampung dengannya.

dalam jisung menggelabah mencari idea untuk balik rumah, chenle memegang bahunya dan tersenyum bagaikan hero.

" kau tumpang aku je la. lagipun satu jalan. "

dan jisung dapat mengesat air matanya yang takut terpaksa tidur di bus stop.

" no problem. nanti chat aku tau! byeee! "

chenle melambai ke arah jisung dengan senyuman comelnya dari dalam kereta. jisung membalasnya dan menunggu sehingga kereta yang dipandu driver chenle itu hilang dari pandangan matanya.

jisung berjalan memasuki halaman rumahnya yang hanya 5 meter dari perhentian bas tempat dia turun dari kereta chenle tadi. kelihatan adiknya sedang bermain bunga api dan mercun bersama rakan-rakannya di sebelah buaian.

" lia! " panggilnya dengan senyuman yang melebar. si gadia kenit yang selalu dirinduinya itu menoleh dan tersengih gembira.

" bang ayyan! " sahutnya lalu berlari ke arah jisung. bunga api yang berada di tangan dilupakan apabila melihat si abang yang dirindui berada di depan mata.

tiba-tiba percikan bunga api terkena di tangannya yang comel.

" aduh! " lia melempaskan bunga api yang dah bertukar menjadi abu ke atas tanah dan mengosok tangannya yang panas. jisung membulatkan mata lalu dia berlari menuju ke arah adiknya sepantas kilat.

dia melutut memegang si tangan adik yang kelihatan melecur sedikit di ibu jari. lia menangis teresak-esak ( lebih manja dari sakit ).

" shh dah jangan nangis. fuang fuang! jom abang ayyan letak ubat. " pujuk jisung dan bangun mendukung si adik menuju ke rumahnya. baru sahaja ingin menaiki tangga rumah, lelaki berusia pertengahan keluar.

" kenapa bising-bising tu lia- " kata-kata berunsur tegas itu tergantung sebaik melihat lelaki yang mendukung anak bongsunya.

haji nuh yang terkejut berlari turun dari tangga dan mendepakan tangan ke arah anaknya jisung yang telah lama tidak berjumpa.

" rayyan anak bapakkk! "

" bapakkk!!! "

jisung yang juga merindui bapanya hampir-hampir melempar si adik ke udara untuk memeluk bapanya. namun jisung sempat berfikiran waras lalu dia berlari ke arah bapanya bersama lia di dukungan.

" oh rayyan anak ku. rayyan dah makan ke? " soal bapanya bertubi-tubi sambil mengesat air mata penuh dramatik mengalahkan lia yang sakit.

belum sempat jisung membalas, ibunya menariknya dari pelukan si bapa membuatkan bapanya muncung sedepa. jisung tersengih dan menyalami tangan ibunya selepas berpelukan.

" rayyan balik dengan siapa? " soal ibunya memanjangkan leher mencari awek yang mungkin dibawa balik anak bujangnya itu.

" dengan kawan. " jawab jisung lalu memberikan lia ke ibunya. bapanya kembali di depan mata menarik pipi jisung seperti anak anak kecil.

" kesian anak bapak datang dari jauh ye alololo. " tak dapat disangkal lagi, bapanya benar-benar menyayangi anak sulung alias anak lelaki tunggalnya.

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now