━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━
sebaik sahaja mereka naik ke tingkat hostel di mana bilik-bilik mereka berada,kelihatan mark dan haechan tengah berdiri tegak tepi koridor.
" makkohijo! " latah taeil dan mengurut dada terkejut. mana taknya,dua orang remaja itu tengah pakai bedak sejuk dengan rambut yang kusut masai.
macam zombie kampung pisang je taeil tengok.
" sabar bang bulan. ni adik-adik abang ni. " kata mark.haechan pula cepat-cepat menyorokkan sesuatu ke dalam poket seluarnya bersama wajah yang masih terkejut dengan latah taeil itu.
" mak ai tak tau pulak bang taeil melatah. "
" ee bang qamar kuat melatah. "
" boleh buat bahan ni huehue. "
gumam orang-orang di belakang taeil. taeil tersedar yang dia sudah mendedahkan rahsia terbesarnya itu.
dia lantas cuba melindunginya dengan berdehem. " a-aku masuk dulu la. " cepat-cepat dia blah ke dalam bilik milik 127.
mereka hanya memerhati taeil dan mengangkat bahu tanda ah biar la kat dia. " apasal korang tak tido lagi ni? dah pukul 11. " tegur winwin.
" aaaa! bang win! rindu abunk cangat cangat! bang gi ane,cian echan au. " sepertinya si haechan cuba nak tukar tajuk dengan buat aegyo sambil peluk winwin erat.
pelik jugak la sebab haechan ni alim orangnya. jarang mengada gini.
namun mark seperti biasa,tak faham bahasa,membuka mulut. " oh,tadi haechan cakap dia nak try vap— "
" VACUM! NAK TRY VACUM KERETA BANG JAEHYUN! " potong haechan cepat-cepat.
dia mengerling tajam ke arah mark.
" aw,so sweet. boleh la. nanti bang jaehyun upah. " ujar jaehyun sambil tersenyum. dia mencubit pipi haechan sebelum menguap.
" dahla gais,rasa macam mengantuk pulak. good night. " dia melambai dan menuju ke arah biliknya yang dikongsi dengan 7 orang yang lain.
mula lah sesi semua orang meminta diri dan hiraukan mark dengan mata yang bersinar untuk mendengar cerita fairytale sebelum tidur itu.
" eh! korang taknak cerita ke pasal winwin dengan renjun— " protes mark. dia punyalah tunggu untuk dengar kisah sebenar tentang kehilangan dua beradik haji syafie tetapi, semua nak chaw.
" ini tidak adil! "
" dunia ni memang tak adil,bang. " jaemin menyapa bahunya dan tersenyum matang sebelum dia juga pergi.
tinggal lah mark sensorang di tepi tangga. bibirnya memuncung namun tak lama selepas itu dia tersedar.
dia keseorangan di tengah malam!
bulu romanya meremang. " w-weh! tunggu aku! " tergopoh-gapah dia pecut mengikut jejak jaemin.
-
" SAHURRR SAHURR! " lucas mengerutkan wajahnya apabila ketukan kuali kedengaran betul-betul di sebelah telinga.
dia mencapai plushie si anak ayam didi dan menutup telinganya. " isk,memekak la. " getusnya.
" APA? HANG KATA AKU MEMEKAK? " satu jeritan nyaring milik ten membuatkan lucas terus berdiri tegak.
" d-dak. ingatkan orang lain tadi— " secara refleks tangannya melindungi kepala agar tidak diketuk oleh senduk nasi itu.
" ampun bang ten. "
ten sebagai seorang yang pemaaf hanya membiarkan lucas yang hampir-hampir terkencing dalam seluar. mana taknya,ten ni nampak je lembut,gentleman,sayang-menyayangi. sebaliknya dia ni paling kejam bila ada yang melawan cakap dia.
lucas dah serik bila kena sepak punggung time zaman juniornya dulu. dia tak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
" dah,cepat bangun. nanti terlepas sahur pulak. " ujar ten agak tenang. lucas lekas bangun dan berlari keluar.
sepuluh itu kemudiannya menoleh ke arah seorang lagi remaja lelaki yang menghisap ibu jari sambil mengumam beberapa perkata jerman.
" alahai,memang tidoq mati betui. "
━━━━•❅•°•❈•°•❅•━━━━
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-