ada hadiah di bawah chapter utk korang. ♡♡♡♡♡
kun terjaga sebaik sahaja dengkuran winwin semakin kuat di tepi telinganya. dia membuka mata dan mengeliat kecil.
dia bangun dan duduk di birai katil. kakinya mencari-cari slipper arnab berbulu. " pukul berapa dah ni? "
gumamnya dengan suara yang masih serak. tangannya lantas menggapai jam yang sentiasa berada di bawah bantalnya.
' oh 5.26. " getusnya dalam hati.
dia baharu sahaja ingin menyambung tidur lenanya sebelum matanya terbuntang sendiri.
" 5.26?! WEH BANGUN BANGUN! "
-
di bilik milik dreamies pula,dengkuran comel masih kedengaran. lima orang yang lain sudah lama menuju ke alam mimpi namun dua orang lagi kanak-kanak yang sepatutnya tidur pukul 10 malam sedang berselubung di dalam selimut yang bercahaya.
" sung,situ sung! ambik sniper tu! " bisik chenle separuh menjerit. jeritannya walaupun perlahan masih nyaring itu mampu mendenyutkan telinga jisung.
jisung mengangguk. " ye ye aku tau la. kau diam sikit nanti yang lain terjaga kang. " balasnya dengan mata yang masih tertumpu di skrin telefon pintarnya.
ramai orang tak tahu tentang si burung hantu berdua itu. selalunya dorang masuk tidur paling awal,walhal bila orang lain dah tidur,cepat-cepat dorang keluarkan telefon pintar. alasannya? main game.
maka,nanti siang dorang akan habiskan masa dengan tidur untuk menggantikan masa tidur malam mereka yang terisi dengan bermain game bersama-sama.
yang peliknya tak ada pulak yang curiga tentang dorang ni.
" yes,terbaik ar! " sorak chenle perlahan apabila pasukannya dengan jisung menang buat kali ke-6 malam itu.
jisung pula hanya senyum bangga. " eh macam lama je kita main malam ni. sekarang pukul berapa do? " soal chenle sebaik sahaja dia tersedar tentang masa mereka bermain macam terlalu lama pulak.
malam lailatulqadar ke apa lama sangat je ni?
jisung slide telefon pintarnya dan terlihat jam yang menunjukkan pukul 5.27. saya ulang,5.27 a.m.
lelaki comel itu tergamam. dia slide lagi sekali untuk memastikan matanya tak rabun. dan ya sekarang dah jadi 5.28 pulak.
dia bangun dari katil secara drastik. " WEH DAH LAMBAT SAHUR! "
-
" nooo,saya tak rela wakk. jangan tinggalkan saya please. "
ya dalam bilik 127 ni,ada seorang yang tidur bercakap,seorang tidur berjalan dan seorang yang tak boleh tidur.
taeyong memandang ke katil sebelah di mana johnny sedang mengigau sambil menggoncang tubuh doyoung yang masih nyenyak tidur. taeyong menggeleng.
dia mengeluh dan jari-jemarinya kembali menaip di keyboard laptopnya. sedang dia kusyuk mengerjakan assignmentnya itu,bahunya ditepuk seseorang membuatkan dia hampir-hampir menyumpah.
" ah shet— jungwoo rupanya. haih,kau ni. " dia bangun memapah si jungwoo yang masih memejam mata walaupun sedang berdiri. dengkuran halusnya kedengaran.
sampai ke katil yang dikongsi jungwoo dan taeil,dia merebahkan tubuh rakannya itu berhati-hati.
taeyong menghela nafas. " lenanya korang tidur. tapi aku pula jarang dapat tidur lena macam korang. " sebagai seorang pelajar di bawah course yang susah,memang susah betul taeyong nak cari masa untuk berehat.
disebabkan terlalu sibuk menghadap assigment yang macam tak ada penghujung lah,masa tidurnya terganggu sehingakan dia lansung tak dapat tidur. insomnia.
tapi kali ni lepas tengok wajah member-membernya yang nyenyak,dia merasa mengantuk pula. dia menguap kecil sebelum menuju ke mejanya untuk menutup laptop.
taeyong mengambil keputusan untuk tidur sebentar sebelum bangun sahur nanti. " ah,tidur sekejap pun jadi lah. " katanya kepada diri sendiri.
baru saja dia nak landing di atas toto,pintu bilik diketuk dan dikuak oleh si jisung yang kelihatan cemas.
" b-bang sahur dah terlepas! "
-
nah hadiah HAHAHA.
taeyong : ehem ehem testing 123.taeil : *rampas mikrofon,senyum* assalamualaikum wbt. saya sebagai yang paling tua di dalam squad terkandas ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf andai ada silap dan salah. ini kerana rasulullah pernah berpesan—
johnny : *rampas mikrofon* YA BERSAMA SAYA,JOHNNY JOHAN,JJ. ANDA SEKARANG DI SIARAN TV3.
kun : *muncul,ketuk kepala johnny* bang johnny pls ye. kita nak pendekkan cerita ni.
yuta : *bisik dekat mikrofon* ingat yuta,ingat yusuf taiyoob.
winwin : *rapat sebelah yuta* LETS WINWIN *sengih*
all : *serang winwin* AAAA COMELNYAAA
haechan : *curi-curi ambil mikrofon* ya haechan cam dengan rating 37.5% di sini. harini kami akan—
mark : *rampas* STOP SEMUA STOPPPP
all ft winwin yang sedang berusaha nak larikan diri : *senyap*
" SELAMAT HARI RAYA DARI NCT SEKELUARGA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. DUIT RAYA BOLEH POS KAT ALAMAT SM YE. "
AHAHAHA APA AKU BUAT NI.
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-