26 : epilogue

1.5K 276 76
                                    

kalau nak feel lebih boleh play timeless - nct u

" WOI CAKAP NAK RAYA SAMA-SAMA! "

jerkah kun bila kelibat doyoung dan jeno berjalan keluar dari kolej. mereka menoleh dengan sengihan.

" sorry la,macam tak jadi pulak. balik dulu k. selamat hari raya! " sahut mereka dan cepat-cepat blah.

kun mengerutkan kening. tiga hari lepas bukan main janji nak raya dengan taeyong kat kolej tapi hampeh!

semua dah balik dan yang tinggal hanya dia,jisung,jaemin dan taeyong. nampak tak betapa janji melayunya dorang ni?

nak je kun maki dan heret masuk hostel balik tapi takut jugak la viral dera,kurung anak orang dalam kolej.

lengan baju melayunya disinsing cuba menghilangkan rasa kepanasan di dalam hati. tiba-tiba taeyong menyapanya dengan senyuman lemah.

kun tersentak. ' alahai. mesti bang taeyong terasa dengan perangai dorang. ' getusnya dalam hati.

namun dia sempat perasan taeyong tengah bimbit beg balik kampungnya. " bang taeyong,pasal budak-budak tu-"

" sokay la. dorang ada hal yang lagi penting la tu. takpe,aku faham. aku pun ingat nak balik dulu lah. maybe boleh jenguk kubur keluarga aku. kau pun baliklah. aku tahu kau pun nak beraya dengan keluarga. tu, " ujar taeyong dan menuding ke arah jaemin dan jisung yang sedang berbual di tangga.

" mintak dorang balik sekali eh? kalau dorang stay pun takde sesapa yang boleh jaga dorang kat sini. dahla,aku balik dulu. selamat hari raya kun. " dia mengakhiri kata-katanya dengan ucapan itu dan memeluk kun erat.

kun hanya dapat mengangguk dan membalas pelukan dan ucapan taeyong itu. tubuh lelaki itu perlahan-perlahan mengecil apabila dia berjalan menyusuri koridor ke tangga.

kemudian baru kun sedar.

" eh jap bang! biar aku hantarkan! "

lalu,dia memasuki biliknya dan mengemas apa yang patut. kunci motor pun dicapai dan menyarung selipar selepas pintu dikunci.

taeyong masih berdiri drastik di situ seperti terkejut dengan kata-katanya. kun cepat-cepat menghampirinya dengan senyuman.

" eh tak payah la susah-susah. " kata taeyong segan.

" tak ada susahnya. jom. " dia menarik lengan taeyong dan mereka berdua turun dari hostel,menghiraukan kanak-kanak berdua yang sedang memerhatikan mereka.

jaemin menghidupkan telefon pintarnya lalu number johnny ditekan.

" hello bang. dorang dah gerak. "

✩•̩̩͙*ೃ˚.˚ଘo(∗ ❛ั ᵕ ❛ั )੭່˙ ˚.*ೃ

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now