08

2.4K 367 135
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

malamnya, tepat pukul 8.30 malam 21 orang lelaki itu memenuhi bilik milik dream. alasannya ada tv.

" ala cepatlah umum puasa! " ujar haechan tak sabar. eksaited dia rasa bila dapat sambut ramadhan dengan member-membernya.

begitu juga chenle. sahur sama-sama,iftar sama-sama dan terawih sama-sama tu dah jadi impian dia sejak azali.

mana taknya,kalau ramadhan kat rumah selalunya dia akan sorang-sorang. mummy dan daddynya orang business jadi jarang sangat nak ada di rumah.

chenle ni spesies yang bak kata lucas ' NeOmU LoNeLy. 'dengan familynya. jadi bila dapat buat semuanya bersama,dia rasa lain macam dan teruja.

" WEH WEH DAH NAK UMUM! "

" YE YE AKU TAU MARK. KITAORANG TAK BUTA. "

" DIAM LA BEBAL. AKU TAK DENGAR! "

" shh,diam-diam. "

mata mereka semua tertumpu ke arah skrin tv led itu. kelihatan seorang lelaki yang bersongkok dan berbaju melayu lengkap duduk di atas sofa yang empuk.

pakcik yang tidak diketahui namanya dan hanya tahu kerja dia yang umum puasa dan raya sahaja mula berkata-kata.

" bagi menyempurnakan Titah Perintah Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, setelah diperkenankan oleh Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja. maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri  seluruh malaysia telah ditetapkan pada hari jumaat
24 April 2020 masihi bersamaan 1 ramadhan 1441 hijrah. selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di seluruh malaysia dan dunia. semoga— "

orang pertama yang lompat ialah lucas. diikuti oleh anak-anak didiknya. " YEAY ESOK PUASA! " " YEAAAAAAY "

chenle dan jisung pula lambung jeno sambil melompat atas katil. " AAA TURUNKAN AKU! "

taeil hanya tersenyum cool walaupun dia sebenarnya teringin jugak nak lompat sama-sama.

" comel adik-adik aku ni. " ujar johnny agak tersoft hatinya dengan kelakuan mereka. jaehyun yang terdengar ayat yang keluar dari mulut johnny mengangkat kening dan menyikunya.

" kau nak aku lambung kau jugak ke? " tanya jaehyun,menggatal.

johnny tergamam.

" astagfirullahalazim. " ujar xiaojun dari jauh. dia menggeleng-geleng. " ini semua dunia je. " sambil buat gaya superman bila dilambung yangyang dan hendery.

xiaojun sah munafik.

kun hentikan kekecohan tu dan minta semua untuk siap-siap ke bilik sembahyang. nak solat terawih berjemaah katanya.

jadi mereka pun bergerak ambil wuduk berkumpulan kat tandas. " sape sampai dulu dia menang! " jerit yuta. semua yang dengar terus sinsing kain pelikat dan ready nak race.

perangai mengalahkan budak-budak.

semuanya berjalan lancar dan ketika doyoung yang jadi imam nak angkat takbir,barulah yuta perasan sesuatu.

" eh jap. mana renjun? dan yang paling penting mana winwin aku? "

ah sudah.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now