19

1.8K 313 108
                                    

一  ₓ˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

一  ₓ˚. ୭ ˚○◦˚.˚◦○˚ ୧ .˚ₓ 一

kelihatan tiga orang pemuda bercekak pinggang di depan pintu bilik dengan gaya power rangers. yang paling penting,wajah mereka bertiga telah diconteng menggunakan pen marker dengan kreatif sekali.

chenle,contengan di mukanya boleh tahan lagi sebab hanya contengan muka kucing dan blusher macam anime girl. kira comel lagi la tu.

xiaojun pula agak hm wallahualam. tak tau nak cakap bila wajahnya diconteng dengan teruk sekali. keningnya yang menawan ditambah ketebalan sampai jadi macam kening cooky bt21. dahla kening sebelah je. malah,tahi lalat sebesar-besar alam dilukis di tepi bibirnya. freckles pun ditambah di bahagian hidung dan bawah matanya. bukanlah nak kutuk tapi siapa yang conteng ni memang tak ada unsur kesenian betul.

dan orang terakhir ialah jeno. cermin mata bulat macam nobita dilukis di matanya. yang lagi mengerikan ialah cermin mata itu diwarna hitam di kelopak mata jeno. rambut di tepi telinganya ditarik sampai ke jawline dan terus disambung dengan jambang.

hampir sahaja dorang tak kenal tiga orang itu terutama sekali jeno. dah macam bangla jual karpet.

" JISUNG! "

" HENDERY! "

" JAEMIN! "

mereka menjerit serentak dan berjalan laju ke arah tiga orang lelaki yang masih terperangkap di dalam almari yuta.

hendery,jisung dan jaemin struggle untuk keluar kerana berhimpit namun tak sempat nampaknya dorang nak larikan diri.

jaemin yang mula-mula sekali bersuara. " s-sorry jeno,tapi kau nampak hensem sangat! serius tak tipu! " pergh bertambahlah dosa jaemin haritu disebabkan menipu jeno.

selepas tu,hendery pula buka mulut. " ala xiao chill la. kita tak boleh marah-marah nanti batal puasa! lagipun marker je,boleh padamkan balik. " katanya dengan suara menyesal. menyesal sebab setuju dengan idea jisung untuk conteng muka rakan-rakan mereka sewaktu dorang tidur.

dan sebelum jisung sempat cakap apa-apa untuk menambahkan evidence,rambutnya telah ditarik chenle dan dia akhirnya dapat keluar dari almari tersebut.

" KORANG PAKAI MARKER PERMANENT TAHU TAK?! "

mereka bertiga ternganga. lansung tak menyangka perkara itu akan terjadi. tangan hendery yang memegang marker itu dari tadi ditenung lama-lama.

" eh haah lah permanent! " dia menepuk dahi sebelum memandang xiaojun yang sudah berasap.

mereka bertiga menelan air liur. maka berakhirlah riwayat tuah,nazmi dan rayyan hari itu.

一  ₓ˚. ୭ ˚○◦˚.˚◦○˚ ୧ .˚ₓ 一

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔Where stories live. Discover now