≿━━━━༺❀༻━━━━≾
akhirnya,kereta ferrari jaehyun itu membawa lebih muatan. 5 orang di belakang dan seorang driver serta dua orang penumpang tepi driver.
maka berhimpit lah 8 orang itu dalam misi mencari winwin dan renjun.
" kun,boleh tanya? "
soal taeil yang duduk di tengah-tengah dan dihimpit oleh 4 orang di sebelah kiri dan kanannya.
kun yang duduk di hadapan mengangguk. manakala yang lain hanya diam,memberi perhatian dengan persoalan bang bulan itu.
" kenapa kau desperate sangat nak cari dorang? " soalan taeil itu seperti mengundang maut dan semua orang gasp terkejut dengan keberanian taeil.
" bukan macam tu! maksud aku,yelah. kalau dorang nak balik kita biar jelah. lagipun rumah dorang dekat je kan. " jelas taeil membuatkan mereka menarik nafas lega.
nasib baik penjelasannya baik,kalau tak mungkin mereka akan menjadi saksi kematian taeil malam itu.
kun mengeluh.
" ya bang taeil. aku tahu mesti hampa tertanya-tanya en. sebenarnya sebab aku nak cari depa ialah— "
mereka memasang telinga.
" kolej kita tak ada pak guard sejak pkp."
chenle dan jisung terjerit. tak mungkinlah renjun dengan winwin naik motor hantu!
" habis tu,dorang rempit pakai motor siapa? " celah taeyong yang sedang selesa duduk atas riba kun.
" tulah sebabnya aku nak cari depa! depa pakai motor aku! "
laaaa.
-
di bahagian lainnya pula,winwin tengah mengesat peluh sambil menyumpah perlahan.
" motor ni pun takde minyak rupanya! spoil mood betul! " rungutnya. dia dan renjun kini sedang bercangkung di tepi jalan,kematian akal.
pada waktu sekarang dengan wujudnya pkp ni,memang tak ada seorang pun hamba Allah yang lalu kat jalan tu.
jadi dorang sekarang helpless gitu.
" hah,camna ni bang? " soal renjun sambil menampar nyamuk yang mengigit pipi gebunya. winwin menggeleng. " entah la weh. macam takde jalan lain. kita kena call gak member kat kolej mintak tolong. "
renjun muncung namun apa boleh buat?
dia lantas membuka telefon pintarnya dan menekan aplikasi whatsapp dengan harapan ada la member yang online.
namun tumpuannya teralih apabila dia terslide status si aweknya dengan nama contact mijah ucux love u 3000 💞.
dan apa yang mengejutkannya ialah si awek baru post selfie bersama felix,anak ketua kampung yang gangsta dengan kapsyen : pakwe que untill jannah eheks 😍😍😍
lonjun tergamam. matanya berkaca. dia lantas membuka chat si awek yang unread lebih 4 messages.
mijah ucux love u 3000 💞
weh jantan!
aku nak break!
aku dah ada pakwe baru
yang boleh temankan
aku iftar hari-hari
bye.air mata renjun mengalir perlahan. begitu mudah si mijah menggantikannya seperti lagu fourteen ' patah seribu hilang berganti '. macam tak ada kena mengena tapi hati renjun sakit sangat.
sia-sia sahaja dia membazirkan masa dan tenaga untuk mijah selama ini. malah dia juga sanggup menggadai nyawa melarikan diri dari kolej untuk bertemu dengan mijah binti coki itu.
" taguna punya perempuan,nak jadi gay lah! " jeritnya tiba-tiba membuatkan winwin terkejut.
" hang paseipa? "
renjun muncung lalu memeluk si abang tanpa kata-kata. " jom patah balik! tak mau balik kampung dah! "
winwin menghembus nafas.
" pulak dah budak ni. "
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
YOU ARE READING
𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐍𝐂𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 | 𝐎𝐓𝟐𝟏 ✔
Short Story[ COMPLETED ] ❛ 21 pelajar kolej terkandas dan terpaksa berpuasa di kolej ketika pkp dilaksanakan.❜ sᴛᴀʀᴛ : 𝟐𝟒𝟎𝟒𝟐𝟎 ᴇɴᴅ : 𝟐𝟗𝟎𝟓𝟐𝟎 sᴛᴀᴛᴜs : 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 @LEADERWINWIN-