Chapter 1

12K 235 18
                                    

"Aca dah siap ke?" Tanya mama menjenguk dari dalam kereta bila nampak aku keluar dari rumah.

"Kejap nak kunci ni" jawabku sambil cuba mengunci rumah.

"Hah dah takde pape yang tinggalkan?" Ayah pula bertanya lepas dia tutup bonet kereta.

"Takde kot" jawabku malas.

Ayah hanya menggeleng dan kami pun masuk dalam kereta lalu memulakan perjalanan. Aku mengeluh panjang lagi.

Kenalkan nama aku Nurnasha Azira Binti Hamdi, family aku panggil Aca and friends panggil Nash atau Nasha. Anak bongsu dari 4 orang adik beradik dan semua perempuan. Family aku baru je berpindah di daerah ni minggu lalu sebab ayah and mama ditransferkan kerja area sini. Sekarang ni aku ngan parents aku tengah otw menuju sekolah baru aku. Aku ni baru je lepas pmr (zaman pmr) and nak daftar tingkatan 4 kat sekolah ni. Aku tak kisah sangat pindah sekolah baru ni tapi yang aku kisah parents aku nak aku masuk asrama, puas juga aku memujuk tak nak tapi dorang insist jadi aku terpaksa mengalah. Kononnya nak aku belajar berdikari tapi aku tau alasannya sebab mereka berdua akan super busy dengan tempat kerja baru dorang nanti so masa nak tengokkan aku kat rumah kurang. Akak sulung aku tengah intern kat penang, angah tengah medic kat mesir and akak no 3 baru je start study kat universiti awam di Malaysia ni.

Penat betul kepala otak aku ni family aku baru je pindah rumah kat daerah ni minggu lepas sekarang dah kalut nak masuk asrama. Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju setelah mengambil masa 30 min, aku pandang sekolah ni cantik juga orang kata bangunan baru.

Lepas selesai urusan pendaftaran sekolah dan asrama. Aku dah nak sesi bersalaman dengan ayah mama, rasa nak nangis pun ada tapi ku tahan sebab sekarang banyak pelajar form 1 kat kawasan ni yang turut sama mendaftar. Tak kurang juga ada beberapa orang yang ku agak senior yang tengah duduk2 di pondok berdekatan. Nak peluk mama sampai tertolak bagasi aku hingga jatuh, buat malu ja bunyi dia bila jadi perhatian kejap. Ayah cepat2 membantu.

Ayah dan mama berjanji nak lawat aku hujung minggu ni, first week dah kena lawat, ayah kata aku manja alah bukan aku yang minta, dorang yang nak. Lepas mereka beransur pulang, aku pun memandang asrama puteri ni dan sempat mengeluh panjang lagi.

"Hai hostel life, please be nice to me" omel ku di dalam hati.

Terkial- kial juga aku nak mengangkut barang ni, baru nak masuk pagar asrama. Bagasi ada 1, beg biasa ada 2 and baldi. Hmm sabo je lah.

Tiba2 bahuku di tepuk dari belakang. Aku berpaling, ada seorang pelajar puteri memandang aku dan tampak mesra.

"Need help?" Ujarnya
Aku hanya menggeleng sebab segan, dan dia hanya tertawa, aku hanya tersenyum awkward.

"Takpelah, meh saya tolong angkatkan barang awak ni, kesian pula" dia terus je menggapai beg aku yang dua tu sementara aku mengangkat bagasi.

"Awak dorm berapa?" Tanyanya lagi. Aku segera mencapai kertas pendaftaran aku tadi yang berada dalam poket.

"Dorm 6-2" kataku

"Oh aras 2, bawah saya je ni, marilah saya bawa awak, baldi tu letak ja kat situ jap lagi boleh ambil, mari" pelawanya.

Lepas selesai tolong aku, si dia yang menolong aku tadi kenalkan diri nama dia Amni Afifah, pengawas asrama tingkatan 4, dorm dia kat atas aku ja.

Dipendekkan cerita aku dah 5 hari duduk asrama dan so far okay and aku dah rapat dengan amni sebab dia ramah dan banyak tolong aku, tambah pula kami akan sekelas. Kami ambil aliran sains. Aku juga rapat dengan Shila dan Sarah. Shila memang budak sekolah sini dari form 1 macam Amni manakala Sarah form 4 baru macam aku. Jadual harian kat sekolah asrama ni pun aku dah boleh adapt. Pagi sekolah sampai tengah hari and lepas zohor prep petang sampai asar. Lepas asar pula boleh balik asrama rehat dan bersiap2 mandi then makan kat dewan dan terus ke masjid jemaah dari maghrib hingga isyak. Kemudian sambung lah prep malam sampai jam 10 lebih pastu tidoq. Form 1 pun dah habis orientasi di hari jumaat ni.

Masa ni kitorang tengah di dalam masjid menunggu waktu isyak.

"PERHATIAN KEPADA PELAJAR PUTERI, SILA TUNGGU DI MASJID SELEPAS SOLAT ISYAK BAGI PERJUMPAAN ASRAMA, UTK PELAJAR PUTERA BOLEH TERUS KE DATARAN PERHIMPUNAN, TERIMA KASIH"

Begitulah pengunguman yang aku dengar dari mic masjid tu. Amni kata perjumpaan asrama ni senior or pengawas buat bila ada isu2 berbangkit atau sesi perkenalan & pesan2 sebab mustahil first week dah ada isu. Aku hanya ber'oh saja.

Lepas isyak ja, pelajar puteri semua berkumpul dan perjumpaan dimulakan. Betullah kata Amni, malam ni senior merangkap ketua pelajar, kak Shida nak perkenalkan barisan pengawas dan senior sambil berpesan2 kehidupan asrama kepada semua terutama pelajar baru tingkatan 4 dan 1. Nampak karisma kak Shida ni masa dia becakap, layak sangat dengan jawatan dia. Hampir 30 minit juga KP bercakap dan di selang seli senior yang lain. Lupa nak cakap sekolah aku ni hanya ada form 1 hingga form 5.

Sedang Kak Shida bercakap, terdengar gelak ketawa yang agak kuat datang dari arah luar masjid. Kak Shida terdiam sekejap sambil cekak pinggang sementara semua pelajar puteri turut sama diam dan memerhati ke arah pintu masuk masjid bahagian puteri. Setelah slide door itu dibuka, terdapat 2 figura pelajar puteri aku agak senior kot, masih bergelak ketawa dan sembang masa cuba masuk. Lepas mereka masuk dan perasan semua mata tertumpu ke arah mereka, mereka terdiam sekejap sebelum tergelak kembali.

"Uish serius sangat meeting ni, lek ahh kak kp teruskan2" kata salah seorang dari mereka yang memakai jersi merah putih. Seorang lagi memakai jersi merah kuning. Dia memandang ke arah kak shida sambil buat muka comel, tak perasan aku yang aku turut tersenyum lihat senyuman tu. Sementara itu, yang jersi kuning meletakkan beg mereka berdekatan senior form 5 yang lain.

"Ok puteri, pandang sini semua" arah kak Shida cuba mendapatkan fokus kami kembali dek kerana gangguan tadi.

Kak Shida sudah ingin menghabiskan pesanannya

"Okay kalau ada apa2 masalah boleh jumpa terus dengan pengawas2 yang ada disini" kak Shida dengan sopan menghalakan tapak tangannya ke barisan pengawas senior. Tiba2 tangan kak Shida diraih si jersi merah putih tadi, disalam dan dibawa ke dahi olehnya. Randomnya dia ni, kak KP hanya tersenyum meleper.

"Maap kak tadi lepas training tadi ada hal, tu yang lambat masuk asrama" kata si jersi merah putih lagi.

"Takpelah dek, dah pegi solat sana yerr, akak nak habiskan meeting ni" ujar kak Shida penuh senyuman kemudian seakan akan dibuat secara sinis. Kemudian kebanyakan pelajar puteri hanya ketawa kecil termasuk lah Amni sebelah aku ni. Apa yang lawak eh junior lambat masuk asrama? Tapi rupa dia takda rupa junior.

Lepas selesai perjumpaan, aku Amni, Shila dan Sarah terus bergerak ke kelas untuk prep. Actually dalam kepala aku masih memikirkan kejadian di masjid tadi. Siapa dia? Aku nekad nak tanya Amni terus.

"Weh Am, ada nak tanya ni"
Amni yang dari tadi tak buat kerja cuma menyembang dengan classmates kami memandang aku.

"Nak tanya apa Nash?"

"Tadi yang kat masjid dua orang lambat tu siapa?"

"Oh tu, yang baju merah kak Mal aka Kak Malin, baju hijau kak Nisa, senior form 5, player hoki sekolah kita ni"

"Senior? Habistu dia panggil Kp tadi akak?"

Amni mula tergelak kecil.

"Lahh, memanglah kak Mal tu, suka usik2 batchmate dia, tak kisahlah kp ke siapa"

Aku hanya ber'oh saja dengan jawapan Amni. Okay persoalan aku dah terjawab.

Maaf jika boring. Masih permulaan. Harap ada reader 😂

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now