Hari ni hari isnin, ada perhimpunan. Aku pun dah start pakai pakaian pengawas dah pergi sekolah. Kalau perhimpunan macamni, pengawas akan berada di belakang semua pelajar untuk mengawasi pelajar agar tak buat bising or benda tak sepatutnya masa cikgu bercakap kat depan. Aku kat belakang barisan form 4 lah sebab memang ikut form lah. Tak hadap sangat nak tengok form lain, elok awasi kawan2 kita jer.
Tapi harini pengawas form 5 tak stay belakang, dorang stay depan sebab entah aku pun tak tahu ada pengetua nak bagi amanat. Semasa penolong kanan tengah bagi ucapan kat depan, barisan form 5 ni ada beberapa orang yang tak senang berdiri, dari tadi asyik mengusik rakan form 5 yang lain dan gelak2. Yang sorang tu pulak dah asyik keluar masuk barisan dan nampak belakang ja. Aku yang tengok tu geram juga lah tapi tak berani nak tegur huhu sebab aku budak and pengawas baru takut sikit nak tegur form 5. Apa lah..
Tiba2 bahu ku ditepuk belakang, rupanya Cikgu Aty, dia terus berbisik kepada ku.
"Cuba awak tegur barisan form 5 tu, masuk baris elok2" suara cikgu Aty tegas biarpun hanya berbisik untuk tidak menganggu suasana perhimpunan. Alahai cikgu, benda yang aku taknak buat lah dia suruh. Aku pun terus mendekati barisan form 5 dan berdehem perlahan.
"Akak, boleh tak masuk baris, Cikgu Aty tegurlah" aku bersuara perlahan setelah mendekati senior yang keluar2 baris tu.
Lepas dia pusing je nak tengok aku, aku rasa jantung aku macam nak meletop.. dup dap dup dap tak henti2 entah kenapa.. telan air liur sikit.
Rupanya Kak Mal..
Dia pandang je aku yang agak terkaku tu, adalah macam dalam 10 saat, terus dia tersenyum manis.. ya ampun manis sangat dengan pipi merah natural dia tu..
"Baiklah adik pengawas" dia berkata sambil cuba masuk barisan antara kawan2 dia yang dari tadi rupanya dah mengekek ketawa.
Aku yang terkaku sekejap tu pun dah mula sedar dan bergerak ke tempat aku tadi. Pelik betul aku rasa.. aku yang tegur dia.. aku yang gemuruh siak, dah kenapa ni. Dulu tegur senior ok je masa pengawas kat sekolah lama ni apahal pula.
Aku yang dari tadi kat belakang masih memerhatikan ke arah Kak Mal dan kawan2 dia. And yeah lepas tu turn pengetua dah berucap, aku tengok Kak Mal dah keluar baris lagi macam tadi.. aduh taknaklah aku tegur lagi.. kang pengsan pula gemuruh kat situ. Cikgu Aty pun takda kat situ. So aku biar jer lah. Sekali sekala dia masuk baris balik.
Perhimpunan pun tamat. Aku masuk kelas dengan fikiran aku masih memikirkan kak mal, dah kenapa asyik fikir pasal dia ni.
Petangnya, aku lewat turun ke dewan makan sebab lepas asar Cikgu Aty ada minta tolong sikit kat bilik pengawas. Amni, Sarah dan Shila aku dah pesan turun awal sebab nanti diorang pula yang lambat. Memang lewat masatu, masa aku nak masuk ke dalam dewan makan, tiba2 ada budak junior dorm aku tegur. Ada benda nak cakap pasal dorm pasai Kak Zanah, senior form 5 aku dalam dorm tu bagi pesan macam2.
Tengah aku mendengar apa ja budak tu cakap. Aku ternampak dari jauh kak Mal and kak Nisa baru nak masuk dewan makan juga. Aku hanya tersenyum melihat kak Mal, eh dah kenapa ni asyik tersengih senyum nampak dia macam bahagia sangat. Aku mengalihkan pandangan kembali pada budak junior yang masih ada benda nak cakap. Lepas dia habis je cakap aku minta diri nak gerak ke dewan sebab lapaq and lambat dah ni wei. Sedang aku masih menuju ke sana, tiba2
PRANGG!
Bunyi tray jatuh dengan isi2 makanan dia dari dalam dewan makan, aku pun laju sikit gerak nak menyebok juga pi tengok. Sebaik aku mendekat tapi belum masuk, nampak seorang budak aku agak form 1, terduduk dengan tudung dia kotor kena makanan. Dia terjatuh hm kesian, takdak pula kawan2 dia nak tolong kat situ, malu kot sebab masa tu memang budak tu jadi perhatian.
Tiba2 aku nampak Kak Mal dan Kak Nisa datang kat budak yang terduduk tu. Kak Mal tolong bangunkan dia dan bersihkan nasi2 yang melekat kat tudung budak tu dengan tangan dia. Lepastu dia ambik tray yang kat lantai and bagi kat kak Nisa untuk diletakkan kembali kat meja dekat situ. Kak Mal kemudian menunduk sikit nak bercakap dengan budak tu. Well budak tu kecik sikit and Kak Mal tinggi sangat untuk dia. Nampak sangat gaya dia tanya budak tu ok ke tak. Lepastu mata dia melilau macam mencari seseorang, lepas tu baru dia perasan kot puteri2 kat situ tengok je dorang, termasuk pelajar putera yang terjenguk dari dinding yang memisahkan bahagian dewan makan ni.
"Ah dah, makan! Takyah tengok-tengok sini!" Suara kak Mal kuat buat semua yang menonton tadi terus kembali menghadap makanan dorang atau buat hal masing-masing situ sampai ada dua orang putera yang sebok tu terhantuk kepala sesama sendiri. Aku tak perasan yang aku dah tersenyum sengih sendiri tengok dia.. sweetnye akak Mal ni.. tengah aku tengok dia. Tiba-tiba mata dia tepat tengok aku, terus aku kelam kabut siak..
"Ah kau! Pengawas baru! Sini!"
Aku cuba tak tengok dia sebab aku tak pasti aku ke yang dia panggil."Baju biru!" Lantas aku menoleh ke arah dia sebab aku pakai baju biru masa tu. Aku buat gaya tunjuk diri aku nak tanya minta kepastian aku ke yang kena panggil.
"Ah kau lah! Sini kejap"
Cuak kejap, huh terus aku mendekati mereka."Kau tolong bawa budak ni kejap pergi tukar tudung kat asrama, dah tutup tu agaknya asrama. Kau kan pengawas kau explainlah kat makcik guard" kata Kak Mal sambil masih tepat memandang aku.
"Er tapi kak, saya pengawas biasa bukan pengawas asrama"
"Ah sama je la tu, dah bawak budak ni ha"
Aku akur lalu mengangguk dan bawa budak terjatuh tu nak gerak ke asrama.
"Eh kejap, kau dah makan ke?" Tanya dia. Aku hanya menggeleng.
"Oh takpe nanti kau dua orang balik sini kat aku lepas dah siap" ujarnya lalu terus berlalu sebelum sempat aku balas. Aku pun bawa budak tu naik, dan tukar tudung dia.Nina namanya. Nasib tak lama budak tu bersiap.
Lepas selesai aku pun kembali ke dewan makan. Tercari-cari Kak Mal tu tadikan dia suruh datang kat dia. Then aku tenampak dia kat meja yang selalunya senior form 5 je duduk situ, meja ni takdalah kena duduk ikut form tapi dah senior selalu duduk situ kira dah dorang punya dah. Aku makin mendekati, makin berdebar jantung. Dalam hati tolonglah be normal Nasha Azira kataku. Sampai kat situ, aku nampak Kak Mal and Kak Nisa belum pun makan, dorang just borak2 je. Ada 4 tray berisi makanan tak kena sentuh lagi. Terus aku tegur mereka.
"Em kak"
" eh dah sampai, ah mailah duduk. Makan, ni kitorang dah ambikkan"Rupanya makanan tu untuk kitorang, dan aku terharu sangat sebab kak Mal and kak Nisa sanggup tak makan lagi tunggu kami yang entah dia kenal ke tidak ni. Aku dengan Nina pun duduk dekat senior tu and makan. Aku duduk sebelah kak Mal. Jantung usah cakap, tak habis berdegup kuat tapi makin slow bila perut aku yang lapar cuba menguasai otak. Aku perasan ada beberapa junior form 1 yang jeling2 kat Ninsa. Jeles agaknya dia dapat duduk dengan akak2 femes sekolah.
Sesekali aku pandang kak Mal, haih dah2 lah awak menghuni fikiran saya and buat jantung saya bedegup tak menentu wahai akak senior. Tapi kalini, aku makin yakin, aku yakin yang aku crush dengan KAK MAL💖 bukan hanya rupa dia, tapi sebab personality dia.
Update je lah 😂 semoga ada yang menyukai cerita ayam2 saya ni.
-jemi

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear crush (gxg)
RomanceKisah seorang gadis jatuh crush dengan seorang gadis. Senior Junior gxg story. First time writing.