Chapter 21

3.7K 131 22
                                        


Hello!
#Just a friendly reminder guys, this is girlxgirl story, read at your own risk but anyway thankyou reading.




"Cepatlah cakapp...."

"Kejaplah..hahah nak buat apa?"

"Nak masaklah untuk akak..."

Aku dah merungut ni, dahlah penat baru habis teman mama shopping grocery sekali kak Mal pula banyak dalih lepas aku call dia nak tanya dia suka makan apa. Kemain aku kat supermarket tadi bersungguh cari bahan2 nak buat ayam paprik, nak belajar buat untuk si dia masa balik asrama nanti petang. Sebab aku pernah nampak dia berselera makan ni dulu tapi aku tetap nak tanya dia suka makan apa.

Aku dengan Kak Mal macamni lah, dah jadi terlebih mesra dah sekarang walaupun kadang2 dia pandai datang mood shy2 cat. Aku pula makin berkeyakinan dan always craving attention. Tapi taklah setiap masa kat sekolah tu, kak Mal sentiasa juga ingatkan aku pasal study and so on. Kalau orang nampak memang kitorang dah macam real sisters dah, ini menguatkan spekulasi aku ni adik angkat Kak Mal dah. Ceh spekulasi konon, ingat ni motif viral ke. Ok merepek

"Aku sebenarnya suka .. makan..." dia masih sengaja mengantung ayatnya dalam panggilan. Kalau depan aku ni dah lama aku cubit perut dia. Buat geram je.

"Lambatnya Kak, sempat subuh tau" jawabku pula makin tak sabar. Tangan dah pegang senduk kuali ni tak sabar nak masak kat dapur sambil oncall.

"Hahah, taklah. Aku paling suka makan ni ha, nasi dengan ikan bilis goreng biasa je Nasha. Gabung dua2 tu sekali perhh.."

Terus aku jatuh bahu. Lah, tu makanan fevret dia? Aku kemain dok hingaq kat supermarket cari bahan sampai mama kata aku cari barang macam nak kenduri. Ni lah kejadahnya tak tanya sebelum ni tadi.

"Seriously?" Tanya ku semula.
"Serious lah.. fevret aku tu, tapi tak makan selalu sebab boleh membuatkan i tambah nasi berkali2, i kan kena jaga badan" jawabnya pula pastu gelak2.

"Okaylah kak see u petang nanti" kata ku akhir sebelum dia bagi salam dan menutup panggilan telefon. Lantas aku cari stok ikan bilis kat rumah ni dan goreng untuk Kak Mal, tak lupa nasinya sekali. Simple je makanan fevret dia, haih walaupun hampa sebab aku baru nak tunjuk skill masak aku tapi i still adore youu Amalina! Hang makanlah nasi dengan ikan bilis ni nanti.

****

"Amboi kemain siap ada name tag kakak dia kat pencil case" kata Sarah bila dia ternampak name tag nama Amalina siap cantik ter'pin di p.case aku. Aku hanya tersengih je. Aku culik name tag ni haritu masa dia pakai uniform kadet polis, dia duk cerita name tag dia banyak sangat entah kenapa dia nak bangga diri pasal tu, tah pape hahah, so aku dengan takde malunya pandai2 buka dan ambik satu. Dia tak kata apa pun.

Kitorang berdua tengah prep sekarang kat jurassic park, malas aku nak ke kelas kalau lepas balik bermalam ni. Bising sangat classmates kitorang macamlah berminggu tak jumpa padahal baru 2 hari, tak fokus i nak belajar. Belajar ke. Shila dan Amni aku pula rasa pergi belajar kat kelas sebelah.

Tak lama tu aku terdengar suara dari mana mendekati jurassic park ni, aku toleh angkat muka. Eh Kak Effa dan Kak Hikmah, ketika pandangan kami bertemu aku hanya memberi senyuman mesra sahaja. Mereka duduk meja sebelah. Dia juga sedang membawa paperbag kecil di tangannya. Pastu aku sambunglah buat kerja aku. Tak lama then, Kak Effa dah datang kat meja kitorang.

"Nasha.. sarah.. nah ambik.. " suara lembut Kak Effa menerjah di telinga sambil menyuakan bekas yang ada isi kek lapis. Sarah pula terus mengambil kemudian baru aku.

"Thanks Kak Effa.." kata kami berdua agak serentak. Lepastu dia hanya tersenyum manis. Kak Effa ni memang cantiklah, plus ayu gila tapi aku tak pernah dengar gosip or khabar angin dia dengan mana2 lelaki kat sekolah ni. Mustahil takde kan sangkut kat dia. Haih menyebok je Nasha. Lepastu dia kembali ke meja bersama Kak Hikmah.

Dear crush (gxg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang