Chapter 31

6.3K 192 57
                                    

"Ayah stop!"

Ayah serta merta brek mengejut terdengar suaraku dari belakang, kereta kami sekarang betul2 terhenti di tengah2 antara pintu pagar sekolah. Segera Ayah menoleh belakang memandang ku.

"Kenapa Aca? Terkejut tau tak?"

"Maaf Ayah, Aca kena balik asrama dulu, ada yang tinggal, sorry yah" ujarku langsung cepat2 membuka pintu kereta serta membawa buku pink tadi bersamaku.

"Apa yang tinggal? Aca? Aca?"

"Kejap ayah" itu sahaja aku sempat jawab kemudian terus tutup pintu kereta.

'Hati Aca tinggal, hati Aca yang tinggal kat sini, Aca nak dapatkan balik'

Aku mula berlari setelah beberapa langkah hanya berjalan sederhana laju tadi, air mata memang masih lagi tidak ada tanda nak berhenti menitis.

'Tak guna kau Malin tak guna, kau buat aku macamani' Gumamku dalam hati dalam keadaan masih lagi berlari, perasaan aku mula bercampur baur, geram marah gembira semua ada..

Tak pernah aku berlari selaju ini, untunglah sekolah memang dah lengang sekarang disebabkan kebanyakan pelajar ting 1-4 dah mula beransur balik pada pagi tadi, takdalah orang nak nampak aku yang macam dah nak ketinggalan flight kat airport.

Akhirnya aku sampai ke pagar asrama, aku berhenti sebentar mengambil nafas, dan mula mengatur langkah masuk. Ketika itu juga aku bertembung dengan Kak Nana yang entah dari mana datangnya. Nasib tak terlanggar tadi.

"Eh Nasha? Tak balik lagi? Kenapa dah lari2 ni?" Tanya dia sambil memegang lengan ku yang memang dah mengah.

"Kak Nana, Kak Mal mana? Dia kat bilik mana?" Langsung aku tak terjawab dah persoalan Kak Nana.

"Mal masih kat dorm lama kitorang, barang dia dah turun kat aras 1 cuma masih stay sana sorang2 " jawab Kak Nana, memang form 5 sekarang semua berkumpul stay bilik aras 1 sahaja sepanjang spm.

"Thanks Kak" ujarku sambil menepuk perlahan bahunya dan disambut dengan anggukan serta muka bingung Kak Nana.

Tak cukup lagi ke kau nak aku mengah ni Malin, kau buat aku naik sampai aras 3 lagi. Tapi dalam keadaan begini kaki aku memang dah jadi macam sonic x, terasa laju sahaja meniti tangga sehingga ke aras 3.
Aku terhenti di hadapan pintu dorm yang tertutup, memang aras ni dah kosong tiada orang, apa dia buat dalam ni.

Laju aku buka pintu dengan agak sedikit kuat, saat itu juga aku baru nampak dia yang tengah membelakang, menghadap katil bawah dengan kedua tangan tersangkut di penghadang katil atas. Terdengar dentaman pintu tadi terus dia menoleh ke belakang, aku boleh lihat muka dia yang memang sedang menangis berat, mata dah sedikit sembap, air mata masih mengalir di pipi. Lebih kurang sama keadaan kami. Tapi nafasku laju bernada geram sambil mata tajam melihat dia yang memang kelihatan bingung.

Aku yang masih berdiri berdekatan pintu, menarik daun pintu itu dan menghempasnya kembali menutup.

Sambil mata masih melihat dia, aku campak buku pink tadi ke katil berdekatan, matanya jadi kelihatan cemas seolah terkejut nampak bukunya dengan aku. Lantas aku bergerak dan mengambil bantal atas katil berdekatan pintu ni laju saja aku baling ke arahnya, sambil mulut mula bersuara

"Tak guna awak tak guna! Suka tak cakap! Saya suka gila sayangkan awak macam nak gila!" Ujarku sambil dihiasi tangisan perlahan.

Aku beralih ke katil seterusnya, ambil bantal dan baling lagi. Kalau aku boleh angkat tilam ni, aku angkat juga baling kat dia.
Dia hanya mampu mengelak perlahan biarpun masih kena sedikit. Aku geram tersangat2 dengan dia.

Bila makin mendekat aku buka tudung kasar dan campak betul2 kat dia, kak Mal mula menunduk. Dah terkusut rambutku hasil tarik tudung tadi.

"Saya sayangkan awak! Tak pernah hati saya nak jadi adik angkat awak! Saya ingatkan awak dengan Kak Effa!"

Dear crush (gxg)Where stories live. Discover now